5 | Lima

25 1 0
                                    

[ Delima buat Qayyum ]
The right person will walk into your life when you aren't looking for them.

Deretan novel yang terhidang di hadapan mata berjaya membuat senyuman di bibirnya melebar hingga ke pipi. Matanya jadi rambang ingin membuat pilihan. Afeefa melepaskan tawa kecil tanpa sebab. Begitulah dirinya apabila dikelilingi dengan novel. Boleh bahagia tanpa payah.

"Ya allah dia boleh ketawa pula. Dapat aku siku kepala perempuan ni," Delima yang sudah hampir 10 minit berdiri menanti Afeefa mula mengeluarkan komen. Tidak betah dirinya termenung membuang waktu begitu. Ditambah pula terpaksa melihat aksi tiga suku sahabatnya yang seperti orang putus fius hanya kerana novel. Boleh jadi gila aku!

"Rileklah, Delima. Kau fikir senang ke nak buat keputusan? Semua ni--" Afeefa berjeda seketika. Tangannya dilayangkan ke arah rak yang menempatkan lambakan novel pelbagai genre. "Novel. Kau tahu? N.O.V.E.L. Macam makanan, ada variasi menu. Novel pun macam tu. Kau selalu ambil masa tenung buku menu aku tak ada bising pun. So, sekarang ni pergi main jauh-jauh. Dah siap nanti aku roger."

Delima mencebik. "Aku bagi kau masa lagi 30 minit je. Lebih, aku tinggal je kau. Perut aku dah lapar ni. Pilih novel pun susah. Ambil je lah yang mana pun. Sama saja semuanya. Pusing-pusing itu juga ceritanya. Tengok kulit buku tu cantik, ambil, bayarlah terus. Ini, baca sinopsis lah itu lah ini lah. Tak faham aku!" Delima berlalu meninggalkan Afeefa diiringi bebelan di mulut. Pelanggan lain sudah memandang semacam.

Afeefa menggeleng kecil mendengar bebelan yang keluar dari mulut Delima. "Membebel macam mak nenek."

Delima melangkah mendekati bahagian yang menempatkan pelbagai jenis buku nota dan alat tulis. Entah kenapa sejak dulu lagi dirinya suka benar mengumpul buku nota pelbagai bentuk, saiz dan warna. Bondanya di rumah juga sudah acap kali menegur. Tapi, Delima hanya memekakkan telinga.

"Nak ambil yang biru ke hijau ek? Bonda marah tak nanti agaknya?" Delima bersoal jawab dengan diri sendiri. Dua buah buku nota di dalam pegangannya dipandang silih berganti. Otaknya pula ligat berfikir membantu tuan membuat pertimbangan.

"Ambik saja dua-dua. Rafi belanja."

Suara garau yang menyapa gegendang telinga membuat pergerakan Delima terbantut. Tangan yang sudah berura hendak mencapai buku nota lain ditarik laju. Badannya dipusing perlahan. Lelaki yang sedang tegak berdiri dihadapannya dipandang mahu tidak mahu. Lelaki itu masih sama tanpa sedikit pun perubahan walaupun sudah hampir berbulan tidak bersua.

"How are you? Rindu Rafi? Rafi rindu Delima sangat-sangat. Setiap hari wajah Delima--"

"Ohh please. Goodbye, au revoir, adios lah dengan rindu kau. Aku ingat kau dah dalam tanah berbulan tak nampak. Eh eh hidup lagi rupanya," Delima laju menyela menghalang lelaki itu daripada menyambung kata. Tekaknya mula berasa mual dengan ayat romatis daripada Rafi itu.

Rafi meledakkan tawa seolah-olah pertuturan Delima sebentar tadi lucu benar. "Pandai you buat lawak."

"Mental." Delima yang malas hendak melayan karenah menjengkelkan itu terus meletakkan kembali buku di tangan dan laju melangkah ingin meninggalkan kawasan itu. Tapi belum sempat dia pergi jauh, dia terasa ada tangan sasa yang memeluk dari belakang. Delima menggigit bibir sendiri. Dia dah mula dah.

Tanpa banyak kata, kaki lelaki itu pantas disadung Delima dan menyebabkan Rafi hilang imbangan. Delima bertindak tangkas menghadiahkan hentakan sikunya pada perut Rafi sebelum lelaki itu jatuh mencecah lantai. Rafi menyeringai kesakitan. Sementara Delima tersenyum puas.

"Kau memang tak faham bahasa eh? Nak rasa pengalaman makan guna straw ke baru kau nak insaf? Sekali lagi kau sentuh aku, kau mati." Delima sempat menitipkan pesan walaupun dia tahu lelaki itu langsung tidak mengambil pusing setiap patahnya. Sudah acap kali Rafi bertindak menyentuh Delima sesuka hati seolah mereka sudah halal. Bikin panas!

Delima buat QayyumWhere stories live. Discover now