[ Delima buat Qayyum ]
The right person will walk into your life when you aren't looking for them.Kubur yang masih merah tanahnya ditenung bersama mata yang bertakung. Tidak disangka, dia hilang segalanya dalam masa yang singkat. Aturan Allah tiada siapa yang boleh jangka. Kun fa ya kun, maka jadilah ia.
"Delima, meh balik nak. Tumpang pak, kita balik eh."
Delima laju menoleh ke tepi. Pak Kassim yang sudah berdiri bersama yassin ditangan dipandang. Satu gelengan kecil diberikan. "Pak Kassim baliklah dulu. Delima nak teman mama sekejap. Nanti Delima balik naik grab. Pak janganlah risau," ujar Delima bersama senyuman kelat.
"Baiklah kalau macam tu. Tapi jangan lama sangat dekat sini, dah nak hujan ni. Pak Kassim balik dulu ye, jaga diri."
Delima hanya memasang telinga mendengar langkah jirannya yang sudah semakin jauh. Kini, hanya tinggal dia dan beberapa lagi orang yang sedang melawat kubur ahli keluarga masing-masing. Tangannya naik meraih kayu tebal yang dipacakkan didalam tanah. Diusap lembut kayu yang menjadi batu tanda itu. Air matanya sedaya upaya ditahan.
"Delima tak akan menangis, ma. Delima tak akan mungkir janji."
Melihat orang yang semakin ramai menggerumuni mamanya membuatkan Delima segera menggagahkan diri mendapatkan Melia. Dia berlari dan menolak setiap orang yang menghalang jalannya. Melia yang sudah terbaring di jalan raya dipandang Delima sebelum kepala wanita itu dipangku Delima.
"Mama, Delima ni ma."
Melia memaksa matanya untuk celik. Jika ini kali terakhir mata itu celik, biarlah wajah anak kesayangannya yang menghiasi. Tangannya naik cuba untuk menggapai pipi gadis itu. Ada sesuatu yang dia mahukan daripada Delima.
"Jan-ji dengan ma-mama, jangan pernah na-nangis lagi. Janji," Melia berkata dengan payah. Itu sahaja pintanya. Cukuplah 2 bulan hidup anaknya dipenuhi dengan air mata. Dia mahu Delima hidup dengan penuh senyuman seperti anak yang lain.
Delima menggeleng. Terlalu payah janji itu untuk ditunaikan. "Mama, kenapa mama cakap macam ni? Jangan tinggalkan Delima, ma. Delima dah tak ada siapa-siapa. Mama!"
"Janji, sa-sayang. Jan-ji dengan mama."
Wajah Melia ketika itu memaksa Delima untuk mengangguk. "Delima janji," dia berkata payah. Sebaik sahaja dua patah perkataan itu dituturkan Delima, mata Melia terus terpejam rapat. Bibirnya pula mengukir senyuman seperti sudah bersedia menghadap apa yang bakal mendatang.
"Mama. Mama bangun ma. Mama! Jangan tinggalkan Delima. Mama!"
Delima memandang ke sekelilingnya. Semua yang berada disitu sibuk dengan telefon dan tidak kurang juga yang bercakap sesama sendiri. "Yang korang ni dah tak tahu nak call ambulans ke? Kalau sekadar nak upload ig, baliklah bodoh! Berambus!"
Delima sudah hilang kawalan. Pipinya ditampar berulang kali. Tolong katakan semua ini mimpi ngeri. Siapa sahaja tolong kejutkan aku. Mama bangunlah!
"Farid kau syaitan! Aku bunuh kau!" Delima menjerit kuat. Melepaskan segala rasa yang terpendam.
"Sabar ye dik, ambulans on the way." Itulah ayat terakhir yang didengar Delima sebelum dunianya gelap.
Apabila teringat kembali kejadian itu, esak tangis Delima semakin jelas kedengaran. Air mata yang daripada tadi cuba ditahan kini jatuh melimpah. Hujung baju kurungnya digenggam kuat.
"Maafkan Delima, mama. Delima mungkir janji. Delima tak kuat. 12 tahun Delima hidup, ada papa, ada mama dekat sisi Delima. Hari ni semuanya hilang ma. Sekelip mata Delima jadi anak yatim piatu. Kenapa mama tinggalkan Delima? Kenapa tak bawa Delima sama?"
YOU ARE READING
Delima buat Qayyum
Random"Motor murah pun nak kecoh." "Kau cakap apa?" Siapa sangka si pondan yang asyik dikutuk itu akhirnya menjadi suami sendiri? Itulah orang tua-tua pesan, jangan benci sangat. Nanti lama-lama kahwin. "Kau ada rancangan nak ceraikan aku lepas 6 bulan...