[ Delima buat Qayyum ]
The right person will walk into your life when you aren't looking for them.
13 tahun kemudian"What the-" Delima membeliakkan mata melihat situasi yang terhidang. Bibirnya digigit melepaskan rasa geram yang mula bertandang. Tangannya sudah berada dipinggang. Dada pula mula naik turun tidak sekata.
"Ada yang nak mati sebelum tarikhnya ni."
Delima merengus kasar sebelum bergerak memerhati kereta mewah yang berada betul-betul di hadapan kotak parkir motornya. Kaki dilangkah mengelilingi kereta itu untuk melihat mungkin ada nombor telefon yang ditinggalkan. Tapi haram! Langsung tiada. Dasar tak bertanggungjawab.
"Macam mana aku nak keluar ni? Aduhh! Fikir kereta mahal boleh buat suka hati je ke?" Bebel gadis itu. Kemudian, ringan pula kakinya menendang bahagian pintu kereta itu. Padan muka!
"Excuse, you buat apa tu?"
Soalan yang dilaung dari jauh itu membuat Delima menoleh. Susuk tubuh seorang lelaki yang nampak segak dengan kemeja merah jambu sedang berlari ke arahnya. Mungkin pemilik kereta tak guna ni, tembak hati Delima. Delima menyilangkan tangan menanti lelaki itu datang mendekat.
Qayyum melajukan langkah menuju ke arah orang yang lengkap bertopi keledar tanpa mengangkat visor berwarna legapnya. Semakin curiga dirinya dengan orang itu. Apa pula dia buat dekat kereta aku? Sudahlah gaya seperti seorang perompak paling berjaya, pakaian pun hitam dari kepala hingga ke kaki. Kata Qayyum didalam hati.
"Siang-siang buta pun nak mencuri ke?" Tegur Qayyum sebaik sahaja tiba. Dia menjeling Delima sebelum pergi menilik kereta kesayangannya, risau jika ada calar atau apa-apa sahaja yang akan mencacatkan penampilan Ferrari itu.
Delima yang melihat kelakuan lelaki itu jadi semakin panas. Visor helmetnya diangkat ke atas. "Bro, kau dengan tanpa rasa bersalah terus tuduh aku pencuri. Apa masalah kau ek?"
Suara yang menyapa telinga membantutkan pergerakan Qayyum. Perempuan? Pantas gadis itu didekatinya semula. Wajah gadis itu dipandang sekali imbas sebelum dia jadi kaku. Dia kenal raut muka itu. Dia kenal bibir itu. Tapi satu sahaja, dia tidak kenal mata hitam bundar itu.
"Woi!"
Sergahan itu menyentakkan Qayyum. Dia segera membuang jauh segala yang bermain difikirannya sebentar tadi. "Yes. Apa tadi?"
"Apa apa? Aku tak cakap apa-apa pun. Kau yang terpegun tengok muka aku."
Qayyum melepaskan gelak sinis. "What? I terpegun tengok muka you? You tengah buat lawakkan? You fikir muka you cantik sangat ke? Setakat muka macam you ni, dekat rumah warga emas berlambaklah." Qayyum tidak mahu nampak lemah. Apa sahaja yang terlintas difikiran terus dihamburkan.
"Eh kau membebel apa ni? Mulut dahlah busuk. Sekarang, aku cuma nak dengar kau minta maaf sebab panggil aku pencuri dan sebab kau dah halang motor aku nak keluar." Delima memberikan arahan seraya tangannya diletakkan dibelakang badan. Lagak muka seperti majikan syarikat besar ditunjukkan.
Qayyum mengangkat kepalanya ingin mencari motor yang dimaksudkan gadis itu. Ohh ada motor eh, tadi tak perasan sebab nak cepat. Hehehe.
"Bagi I 5 sebab kenapa I kena minta maaf dekat you? Dah jelas kot you yang salah. You perhatikan kereta I macam perompak. Siap jenguk ke dalam lagi. Then, you juga yang bijak sangat letak motor dekat tempat kereta dah kenapa? Motor sana, tu sana."
Delima memandang tajam jari yang sedang tegak menghala ke arah tempat parkir motorsikal dihujung sana. Ingin sahaja dipatahkan jari itu. Bukannya dia saja-saja hendak parkir motornya di sini, dia hendak cepat. Kawasan untuk meletak motor pula penuh. Jadi, ini sahajalah penyelesaian yang dapat difikirkan. Tambahan lagi dia singgah kedai runcit saja, satu jam pun tidak sampai.
YOU ARE READING
Delima buat Qayyum
Random"Motor murah pun nak kecoh." "Kau cakap apa?" Siapa sangka si pondan yang asyik dikutuk itu akhirnya menjadi suami sendiri? Itulah orang tua-tua pesan, jangan benci sangat. Nanti lama-lama kahwin. "Kau ada rancangan nak ceraikan aku lepas 6 bulan...