[ Delima buat Qayyum ]
The right person will walk into your life when you aren't looking for them.Qayyum perlahan mencelikkan kelopak matanya. Cahaya matahari terus memanah anak matanya sebaik sahaja dia celik. Laju Qayyum menghalang sinaran mentari itu dengan tangan kanannya. Kepala ditolehkan ke kiri. Dahinya berkerut melihat pemandangan yang terhidang di hadapan mata.
Tubuh yang terbaring segera ditegakkan. "Aku dekat mana ni?" Soal Qayyum kepada diri sendiri. Sekelilingnya ketika itu ialah kawasan berpasir yang seperti tiada penghujung. Qayyum berdiri sambil meliarkan matanya ke segenap penjuru kawasan itu.
"Ada siapa-siapa tak? Hello?!"
Senyap tanpa sebarang respon. Qayyum menelan liur yang terasa kesat di tekak. "Tolong!" Jerit Qayyum dengan kuat. Dia sudah mula cemas.
"Tolong! Tolong!"
Qayyum berdiam buat seketika, cuba untuk menenangkan diri. Dia menarik nafas dalam. "Mimpi. Ini mesti mimpi," kata Qayyum positif.
Pap! Pipinya ditampar agak kuat. Jika benar ini mimpi, pasti tamparan itu cukup untuk membuatkan dia terjaga.
"Auch!"
Ini bukan mimpi?
Aku dekat mana ni?
Mana semua orang?
Aku dah mati ke?
Mana papa?
Mana mama?
Qayyum hampir berputus asa. Matanya mula bertakung. Semua persoalan yang bermain di minda membuatkan kepalanya mula terasa sakit. Dia terduduk diiringi dengan titik jernih yang jatuh di pipi. "Apa semua ni?" Rintih Qayyum perlahan.
"Kenapa awak menangis?"
Suara yang tiba-tiba datang menyapa itu membuatkan Qayyum laju mengangkat wajah. Susuk tubuh seorang gadis muda yang sedang berdiri di hadapannya dipandang tidak berkelip. Separuh wajah gadis itu ditutup dengan selendang dan yang hanya boleh dilihat Qayyum cumalah anak mata. Walaupun begitu, dia tidak dapat menyangkal kecantikkan gadis misteri itu.
"Awak siapa?"
"Jodoh awak," balas gadis itu bersahaja.
"Jodoh?" Qayyum menjongketkan keningnya. "Tapi nampak awak macam budak sekolah rendah je. Tak rasa awal sangat ke cakap pasal jodoh? Dan lagi satu, kenapa saya? Saya pun baru 14 tahun."
Hiks, gelak halus gadis itu kedengaran. "Usah banyak tanya. Sekarang awak kena pulang. Ramai yang sedang menunggu awak."
"Pulang? Saya sekarang dekat mana?"
"Ini bukan tempat awak. Ini semua hanya maya. Cepat, bangun. Awak kena berjumpa dengan keluarga awak. Mereka semua risau pasal awak."
"Kenapa saya kena percayakan awak?" Tanya Qayyum sedikit ragu-ragu. Sudahlah muncul entah dari mana, tiba-tiba suruh orang ikut dia pula.
"Terpulang. Kalau awak pilih untuk terus tinggal disini, saya tak boleh halang. Tapi, awak tak rindukan keluarga awak ke? Kalau awak tak percayakan saya, siapa lagi awak nak percaya?"
Qayyum termenung seketika, cuba memikirkan perkara dengan sudut logik. "Okay saya percayakan awak. Tapi kalau awak tipu, saya tanam awak," ugut Qayyum. Walaupun dia ada juga rasa takut dengan gadis misteri itu, tapi sekurangnya dia cuba nampak berani.
Gadis itu sekadar mengangkat bahu dan mula melangkah ke satu arah. Qayyum laju berdiri apabila sedar langkah gadis tadi sudah menjauh. Pasir yang melekat pada seluarnya ditepuk-tepuk dan kemudian laju dia berlari untuk menyaingi gadis itu.
Dia rindukan papanya, mamanya dan juga adiknya. Harapnya, gadis itu tidak menipu dan betul-betul akan tunjukkan jalan pulang padanya. Entah sudah berapa purnama dia berada di situ. "Dah berapa lama saya ada dekat sini?" Soal Qayyum, ingin tahu.
"Sebulan awak terbaring dekat situ. Lama saya tunggu awak bangun."
"Sebulan?!"
"Sudah. Cepat. Awak kena balik," kata gadis itu apabila perasan lelaki dibelakangnya memberhentikan langkah.
Qayyum sekadar membuntuti gadis itu walaupun kepalanya sarat dengan persoalan. Dalam perjalanan hanya sepi yang menemani mereka. Tiada seorang pun yang membuka mulut ataupun memulakan perbualan.
Tiba-tiba dan dengan tidak semena-mena, datang angin yang bertiup dengan kuat lalu menerbangkan selendang merah yang tadinya terletak di atas kepala gadis misteri itu. Qayyum sempat menangkap selendang tersebut sebelum ia terbang lebih jauh.
"Nah," Qayyum menghulurkannya kepada pemiliknya.
Gadis itu segera mencapai selendangnya. Walaupun dalam masa yang singkat begitu, Qayyum sempat melihat keseluruhan wajah gadis itu. Rambut keperangan yang ikal dihujungnya, mata kelabu yang buat sesiapa saja merenung terkaku dan juga bibir semerah delima elok terletak. Qayyum jadi terkesima dengan kecantikan bak bidadari itu.
"Kenapa awak kena tutup wajah dengan selendang? Bukankah lebih elok kecantikan begitu ditayangkan?" Soal Qayyum sedikit kecewa apabila melihat gadis itu terburu-buru menutup wajah.
"Kecantikan wanita bukanlah barang perhiasan yang boleh sewenangnya lelaki lihat."
Qayyum memandang gadis itu dengan senyuman di bibir yang perlahan terukir. Dia suka dengan pemikiran gadis itu. Tidak seperti kebanyakkan orang yang lebih suka menayangkan kecantikan diri.
Gadis itu memulakan kembali langkahnya yang terbantut tadi. Rasanya sudah tidak jauh daripada destinasi terakhir mereka.
Benar seperti yang disangka, tidak lama selepas itu, mereka tiba di hadapan sebuah pintu. Qayyum mengerutkan keningnya. Pelik dengan kehadiran pintu kayu ditengah-tengah padang pasir. Jika ini bukan mimpi, entah apa yang sedang berlaku.
"Sekarang awak dah boleh pulang."
Qayyum memandang gadis itu lama. Rasa berat hendak meninggalkannya walaupun tidak sampai sehari mereka berkenalan. "Kita boleh jumpa lagi?"
"Takdir kita dah tertulis, Qayyum. Kita pasti akan berjumpa satu hari nanti."
"Tapi macam mana saya nak tahu itu awak? Dalam dunia ada tujuh orang muka sama. Kenapa awak boleh pasti yang kita akan jumpa lagi?" Qayyum melepaskan keluh. Kalau boleh dia tidak mahu tinggalkan tempat itu, tinggalkan gadis yang sudah berjaya curi hatinya. Tapi, semuanya mustahil. Dia perlu pulang.
"Awak akan tahu itu saya tanpa bertanya. Awak akan jumpa saya. Kita akan bersama. Syaratnya, awak percaya dengan kuasa Allah yang maha esa. Percaya saya jodoh awak."
"Jodoh? Kenapa daripada tadi awak cakap pasal jodoh? Saya ni memang jodoh awak ke?"
Gadis itu tidak menjawab sebaliknya hanya mengangkat bahunya rendah. "Sudah, cukup dengan persoalan. Pulang."
Qayyum mengukir senyum buat gadis itu. Tangannya dilambai walaupun hatinya berat untuk terus melangkah. "Saya tunggu awak," ujarnya
YOU ARE READING
Delima buat Qayyum
Ngẫu nhiên"Motor murah pun nak kecoh." "Kau cakap apa?" Siapa sangka si pondan yang asyik dikutuk itu akhirnya menjadi suami sendiri? Itulah orang tua-tua pesan, jangan benci sangat. Nanti lama-lama kahwin. "Kau ada rancangan nak ceraikan aku lepas 6 bulan...