4 | Empat

25 0 0
                                    

[ Delima buat Qayyum ]
The right person will walk into your life when you aren't looking for them. 


"Tengah masak ke tu?"

Rashdan yang sedang khusyuk mengacau kuah tomyam memalingkan pandangan. Seorang gadis yang sedang elok bersandar pada dinding menjamah pandangan. Rashdan melemparkan satu jelingan. "Awak rasa saya tengah buat apa?"

"Alaa cef ni. Nak ajak gurau pun tak boleh," Delima membalas dengan nada tidak puas hati. Tangannya sudah bersilang di dada.

Rashdan tersenyum senget melihat keletah gadis itu. "Awak nak apa masuk dapur ni? Pergi depanlah. Dapur ni untuk orang yang pandai masak je tahu tak?" Usik Rashdan sebelum dia tergelak dengan kata sendiri. Sedikit pun tidak takut hendak bergurau dengan majikan sendiri.

Delima pantas menjegilkan matanya. "Wahh ini dah lebih. Saya ni boss cef tahu tak? Lagi pun, siapa kata saya tak pandai masak? Saya cuma malas je. Cef jangan macam-macam eh. Potong gaji kang baru tahu."

"Tak takut," Rashdan menjelirkan lidahnya. Terhibur hatinya berlawan kata dengan Delima yang memang terkenal dengan sikap mudah bergaulnya. Semua pekerja dianggap seperti teman rapat.

"Tak nak kawan cef!" Delima terus membuka langkah menuju ke bahagian hadapan restoran. Kaki dihentak tanda protes. "Semua jangan kawan cef Rashdan!" Dari jauh telinga Rashdan menangkap laungan suara itu. Semakin melebar senyuman di bibirnya. Dia menggeleng kecil melihat Delima yang entah bila hendak matang itu. Tangannya kemudian terus menyambung tugas yang tergendala.

Delima melabuhkan duduk di kerusi yang tersedia di kaunter pembayaran yang kosong tidak berpenghuni. Kepala ligat memerhati restoran yang sedang dipenuhi dengan pelanggan. Hatinya bersyukur dengan rezeki kurniaan illahi. Kini nama Restoran Rosellia tidak lagi asing di telinga masyarakat sekeliling walaupun pada mulanya agak payah dirinya hendak memajukan perniagaan sendiri. Delima tersenyum senang.

Dan sehingga ke hari ini, Delima masih bertanya pada diri sendiri mengapa dia memilih untuk menguruskan restoran sedangkan periuk dan kuali pun masih sukar hendak dibezakan. Hendak memasak memang jauh sekali. Delima tergelak, terhibur dengan diri sendiri.

"Excuse, ada seat kosong lagi tak?"

Suara yang tiba-tiba mencelah mengusir jauh lamunan Delima. Kepala dipusingkan mencari punca suara yang menegur. Sebaik sahaja kornea mata dipenuhi dengan susuk tubuh wanita yang berada di hadapannya, dia terkaku. Matanya dikelipkan berkali-kali untuk memastikan apa yang dilihatnya benar dan bukan khayalan.

"Kaku pula dah. Oi aku ni." Afeefa menepuk perlahan pipi Delima.

Buk! Delima melayangkan penumbuknya pada bahu Afeefa tanpa sebarang amaran.

"Woi! Sakitlah!"

"Efa my baby!"

Delima laju berlari turun daripada kerusi dan keluar daripada kaunter. Afeefa sudah bersedia mendepakan tangan dengan luas. Akhirnya setelah 4 tahun berhempas-pulas di negara orang, kini dia berjaya pulang ke tanah air sendiri bersama segulung sijil. Rindu yang menggebu terhadap kawan dunia akhiratnya itu akhirnya dapat ditipiskan. Walaupun dia ada pulang beberapa kali ke Malaysia dalam tempoh 4 tahun itu, tapi hatinya tidak puas dengan pertemuan singkat tersebut. Kini, dia tidak lagi perlu menyabarkan hati dan menghitung hari.

Dia tersenyum lebar sambil menanti Delima. Entah bila kali terakhir mereka berpelukan-

Pap!

Pap!

"Sakitlah oi!" Afeefa memegang kedua belah pipinya yang terasa pijar kerana ditampar Delima. Sangkanya gadis itu akan memberikan pelukan hangat, tapi sebaliknya pula yang dia dapat. Delima menayangkan sengih, seperti tiada apa yang baru berlaku.

Delima buat QayyumWhere stories live. Discover now