._______..♦.._______.
Sejak bila kau jadi bengap ni minjae. Selama ni kau tak sekolah okay je, pandai je. Ni tetiba duduk rumah puaka Jeon terus bengap ke macam mana.
Sah-sah lah ni bukan fail. Ni kan album gambar. Takkan tu pun tak reti nak beza. Aduhh..
Aku duduk bersila di hadapan TV itu sambil membelek-belek helaian album itu. Semua nya gambar Jungkook. Aku rasa ni album tumbesaran lah. Gambar dia dari kecil sampai lah besar ada dalam ni.
Comel je Jungkook.
Bibir aku perlahan-lahan menaik mengukir satu senyuman nipis. Aku perhati setiap satu gambar di dalam itu sehinggalah aku terjumpa satu gambar yang sudah separuh terbakar.
Ternyata itu ialah gambar Jungkook dan juga seseorang. Tapi siapa??
Muka nya aku tidak boleh nampak dengan jelas kerana kesan terbakar telah mengaburkan gambar tersebut.
Aku tetap berusaha untuk melihat gambar itu dengan lebih teliti. Mata aku di kecil kan.
"Haihh.." aku tahu usaha aku ni tetap sia-sia. Kalau aku nampak muka dia pun, tetap aku tak tahu siapa. Buang masa je.
Sumpah aku kata gambar dia memang comel. Senyuman pun tak lekang di bibir aku. Makin aku selak helaian, makin lebar senyuman aku.
Satu gambar ni telah menarik minat aku. Gambar Jungkook bersama senapang. Muka dia dalam gambar ni serious Handsome nak mati.
Bibir bawah aku di gigit sedikit. Aku menyelak helaian lain. Kini aku terjumpa beberapa gambar jungkook bersama senjata.
"Dia ni Handsome siot.."
Helaian demi helaian aku buka. Makin banyak gambar dia bersama senjata. Dahi aku sudah mula penuh dengan kerutan. Aku mengetap bibir ku lama.
Makin laju selak, makin aku rasa berdebar. Aku tak tahu kenapa tapi aku tak boleh berhenti menyelak.
"Kau buat apa?"
Album itu tercampak. Mata aku menatap susuk tubuh yang sedang duduk bersandar di sebuah kerusi. Mata redup nya menikam anak mata ku.
"Saya tengok album tu..." Kata aku sambil menunduk. Tidak berani mahu bertentangan mata dengan 'dia'
Aku bangun dari duduk lalu aku berdiri di hadapan dia. Kedua belah tangan aku di silang di belakang badan aku.
Okay minjae..tahan..tahan..tahan..tahan..kau boleh minjae..tahan sikit je..okay aku tak tahan dah.
"Nama awak siapa? Awak pun duduk dekat sini eh? Bila masa awak masuk? Saya tak dengar pun. Okay btw, nama saya Ryu Minjae. Panggil minjae je."
Kata aku dengan satu nafas. Aku harap dia dapat tangkap lah apa yang aku cakap tadi tu. Aku malas nak ulang.
Gegendang telinga aku menangkap helaian tawa halus dari nya. Dia tersenyum nipis sambil memandang aku. Aku cuma balas dengan senyuman kekok.
"Duduk lah..tak penat ke diri?"
Aku terus tersengih lalu mengambil tempat di sofa lagi satu.
"Kim Seokjin. Panggil aku...emmm" Dia meletakkan hujung jari runcing nya di atas dagu. Sedang berfikir lah tu~
"Seokjin oppa??"
Panahan mata nya memandang aku. Alahh jangan lah pandang aku macam tu. Naik bulu roma aku nanti.
"Saya bagi cadangan je..kalau tak nak--"
"No, okay je. Nae Seokjin oppa." Sempat dia tersenyum manis ke arah ku.
"Aku duduk dekat sini jugak. Bila aku masuk? Dah lama dah. Sejak kau gelabah tengok gambar jungkook yang Handsome tu." Kata-kata nya yang berbaur sindiran. Aku menahan malu. Dia dengar lah pulak yang aku puji Jungkook tadi emmm malu.
"Kau suka jungkook?" Soal Seokjin oppa.
Aku menggigit bibir bawah ku. Mata aku tidak berkelip seolah-olah aku bertukar menjadi patung di situ.
Aku tak tahu nak jawab apa. Aduhh..kenapa lah soalan ni jugak dia nak tanya.
"Aku ambil tu sebagai ya."
"Tapi saya tak cakap apa-apa lagi." Kata ku tak puasa hati.
"Habistu kau tak suka dia lah ni?" Tanya nya lagi. Aku terdiam lagi sekali.
"See, kau suka dia. Dah aku menang kau kalah." Kata-kata Seokjin oppa membuat kan aku mencebik. Bebola mata aku diguling kan ke atas.
Seokjin tergelak kecil sambil memandang aku. Aku tak pernah menang kalau berdebat.
"Emmm..siapa lagi yang tinggal dekat sini?"
Seokjin oppa merenung ke arah jam tangan nya lama. Dia membiar kan soalan aku itu pergi seperti angin. Lama dia menatap jam di tangan nya. Kemudian dia mengalihkan pandangan nya kepada aku.
Bibir nya menaik membentuk satu senyuman.
"Tu.." dia mengalihkan pandangan nya ke arah pintu begitu juga aku.
Dedaun pintu di tolak dari luar. Terlihat beberapa orang namja memasuki rumah itu. Mereka melempar kan senyuman kepada aku. Aku seolah-olah di tembak dengan senyuman.
Adakah ini kenyataan, bahawa kau tinggal bersama jejaka yang handsome. Oh no.....mati aku kalau macam ni.
Minjae heart : jangan layu minjae, jangan layu. Ingat, setia dengan jungkook.
OH..NO..
Kalau macam ni lah...macam susah nak setia..
._______..♦.._______.
TO BE CONTINUE ;
VOMMENT
YOU ARE READING
-SWEET BLOOD-
Romanceapa yang bakal terjadi apabila seorang yeoja telah terperangkap di dalam dunia Jeon Jungkook? Atau pun Jungkook yang terperangkap dalam dunia yeoja itu?? Beautiful cover by @ddygguk- ...on going...