21

148 10 0
                                    

◢◤◇◥◣◥◤◢◤◆◥◣◥◤◢◤◇◥◣

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

◢◤◇◥◣◥◤◢◤◆◥◣◥◤◢◤◇◥◣

Semua nya sudah pun selesai dengan selamat. Hati Jungkook kini sudah sedikit  tenang kerana keadaan Namjoon sudah normal.

Jungkook pulang ke rumah nya semula di temani Jung Hoseok. Black Swan risau akan keadaan Jungkook jadi mereka menyuruh Hoseok supaya menemani Jungkook buat seketika.

Jungkook hanya diam tidak mampu bersuara. Ketakutan dalam diri nya sudah terzahir sekarang. Hoseok risau melihat keadaan Jungkook yang sekarang ini kerana dia lebih diam berbanding sebelum ini.

Kereta yang tadi nya dipandu dengan laju kini di perlahan kan.

"Kau OK tak ni jungkook ? Aku risau tengok kau macam ni." Siapa je tidak risau bila melihat jungkook dalam keadaan sebegini. Dia yang paling mahir dan cekap antara semua.

[ Jungkook POV ]

"Kau OK tak ni jungkook ? Aku risau tengok kau macam ni."

Aku hanya diam tidak menjawab soalan yang Hoseok tanya. Lidah ku menolak dinding pipi dari belah dalam sebelum kelopak mata aku di tutup rapat kepala mu juga di lentok kan supaya bersandar pada seat kereta.

Hoseok memandang aku sekilas sebelum dia melepas kan keluhan berat.

Penat yang aku rasai. Kotak memori aku membawa jiwa aku kembali pada satu masa dahulu di mana keluarga aku dibunuh.

Flashback

Seorang budak lelaki yang berambut hitam dalam lingkungan 6 tahun.

Budak itu ialah jungkook.

Jungkook menyorok kan diri nya di bawah katil apabila pintu rumah nya di ketuk dengan kuat beberapa kali. Ibu bapa nya kelihatan sungguh takut begitu juga dengan abang sulung nya Jung min.

Jungmin berdiri di hadapan pintu sambil memegang sepucuk pistol. Tidak pernah seumur hidup nya menggunakan pistol. Tapi mereka berada dalam keadaan yang sungguh genting.

Jungkook masih lagi kecil dan tidak tahu apa yang sedang berlaku. Mata nya tidak lekang memerhati keadaan sekeliling.

Kelibat seseorang lelaki yang berbadan sasa memecah kan pintu rumah itu sehingga kan Jungmin jatuh terduduk.

Jungkook memerhati kedua ibu bapa nya lama. Kelihatan Puan Jeon menyuruh supaya anak nya itu mendiam kan diri.

Jungmin di belasah dengan teruk membuat kan mata jungkook tertutup dengan rapat. Sungguh dia tidak sanggup mahu melihat kejadian ini.

Hanya bunyi jeritan yang di dengari oleh nya. Jungkook memagut bibir bawah nya perlahan. Mata nya masih lagi tidak mahu di buka.

Sehingga lah jungkook terasa basah pada bahagian muka nya. Membulat mata budak itu saat mata nya bertembung dengan mata Jungmin. Namja itu masih mampu tersenyum nipis saat dia di tikam berkali-kali tanpa belas kasihan.

Mata nya melilau mencari susuk tubuh keluarga nya yang lain. Ternyata, mereka sudah pun tiada. Air mata jungkook mengalir tanpa esakan.

Namja itu tersenyum puas. Jungkook tidak mampu melihat muka namja yang telah membunuh keluarga nya dengan jelas. Hanya kesan parut di lehar namja itu sahaja yang kelihatan.

Jungkook keluar dari tempat persembunyian nya itu. Tompokan darah yang masih baru di wajah nya di biar kan.

"Hyung.." setitik demi setitik air mata nya jatuh.

Kini pandangan nya jatuh kepada kedua ibu bapa nya pula. Tangisan jungkook mula memenuhi rumah usang itu. Kini dia sudah bersendirian tanpa sesiapa.

Dia juga tidak tahu apa yang perlu di lakukan. Adakah dia patut mati bersama mereka atau kekal hidup ?

Jungkook hanya lah seorang budak kecik yang tidak tahu erti kehidupan.

Bahu nya terasa seperti di pegang. Jungkook mengangkat muka nya ke atas sebelum wajah seorang gadis memenuhi ruangan mata nya.

"You're lucky cause I'm here."

Seorang gadis bernama Aeyrah menjadi kiriman Tuhan. Dia juga punya nasib yang sama dengan jungkook di sebabkan namja bertopi itu mereka kehilangan orang tersayang.

Namun, aeyrah telah kehilangan mereka pada lima hari yang lepas. Gadis itu menghulur kan tangan nya di hadapan jungkook.

"Tapi..hyung..hiks.."

"Hyung awak dah tak ada sama macam keluarga awak. Awak perlu terima semua ini."

"Tak ! Hyung hidup lagi !"

Aeyrah mengeluh berat. Kalau macam ni susah lah dia mahu memujuk jungkook. Dia tidak terlalu kejam mahu meninggal kan jungkook keseorangan di situ.

"Haishh ye lah. Dah jom tolong noona letak keluarga awak dekat tempat yang selesa untuk diorang tidur." Ujar aeyrah seraya melihat ke dalam anak mata jungkook yang berair itu.

Jungkook hanya mengangguk perlahan. Air mata nya di lap kasar menggunakan telapak tangan nya. Senyuman nipis mula terukir pada bibir nipis jungkook.

Bayangan Jungmin ketika di tikam masih lagi berlegar di dalam otak nya. Jungkook berdiri dengan perlahan kerana kaki nya masih lagi menggeletar. Aeyrah menolong jungkook bangun dan membawa nya duduk di atas katil.

End of flashback


Sungguh jungkook tidak kuat. Bayangan namjoon pada ketika itu teringat kan dia terhadap peristiwa lampau. Namjoon juga sebahagian dari keluarga nya.

"Kita dah sampai dah. Kau tak nak turun ke ?" Ujar Jhope seraya membuka pintu kereta.

Jungkook tersenyum tawar sebelum dia membuka langkah memasuki rumah nya. Jhope menolak dedaun pintu perlahan. Mata nya menangkap beberapa tompokan darah di atas lantai.

Jhope memandang jungkook yang masih lagi berada di luar kemudian sebelah kening nya diangkat kan ke atas.

"Darah siapa pulak ni ? Kau buat apa semalam ?"

Jungkook mengerut kan dahi nya sebelum berjalan mendekati Jhope. Mata bergerak mencari kesan tompokan darah yang di maksud kan oleh hyung nya itu.

Namja itu sendiri tidak tahu dari mana datang nya kesan tompokan darah itu sehingga lah kotak memori nya mula bermain kembali.

"OH SHIT !"

Detik di mana Minjae di tolak kasar oleh nya diingati kembali. Mata nya membulat kemudian jungkook berlari menaiki tangga.



++++++++

Rah tahu rah lambat update. I'm sorry ;)

TO BE CONTINUE ;


-SWEET BLOOD-Where stories live. Discover now