(Chara's POV)
Aku membuka mataku perlahan-lahan apabila terasa cahaya matahari memancar masuk melalui tingkap bilikku. Kepalaku berasa sangat sakit.
''Apa yang terjadi semalam?'' tanyaku perlahan sambil tanganku mengurut-ngurut pada kepalaku.
Tiba-tiba pintu bilikku dibuka oleh seseorang.
''Sir Baekhyun?'' aku memandang Sir Baekhyun yang baru masuk ke bilikku bersama dengan segelas air dipegang olehnya.
''Chara..minum air ni. Semalam awak mabuk.'' Sir Baekhyun menghulurkan air tersebut kepadaku.
''Mwo???? Ahhh Jinjja?!!!'' mataku terbuntang luas. Ini adalah kali pertama aku mabuk dan aku langsung tak ingat apa yang berlaku semalam. Yang aku ingat hanya semalam aku pergi ke party sekolah dan ada majlis pertunangan Sir Kris? Dan.. aku... OMO!!! Aku terminum air yang membuatkan aku mabuk dan... aku..
''Siapa yang hantar saya balik rumah semalam masa saya mabuk?'' Tanyaku ingin tahu. Takkan lah Sir Kris? aahhh andwae!!
''Sir Kris.'' jawab Sir Baekhyun.
''Mwo??!!!'' Sekali lagi mataku terbuntang luas. Dadaku mula berasa tidak senang.
''Wae?'' Tanya Sir Baekhyun pelik melihat aku terkejut sebegitu.
''aahh....aniyo..takde apa..''
Tiba-tiba telefon bimbitku berbunyi dan aku segera menjawab panggilan tersebut.
''Yeoboseyo? Omma????'' Aku terjerit keriangan kerana mendapat panggilan daripada parentsku yang berada di Jepun.
''Chara-yah...Omma dengan Appa rindu sangat dekat kamu!'' Kata omma didalam talian.
''Chara pun rindu dekat Omma dengan appa!! Bila omma nak balik Korea semula?'' Tanyaku dengan excited dan tidak sabar menunggu kepulangan ibubapaku.
''Chara...Omma dengan appa nak bagitahu kamu ni..Kami dah buat keputusan yang kami akan terus tinggal di Jepun. Appa suruh kamu pun pindah ke Jepun..''
''Andwae!!! Aniyoo! Chara taknak! Chara nak duduk di Korea!'' Jeritku. Mataku mula berair. Aku taknak pindah ke Jepun. Aku nak tinggal di Korea. Aku nak Sekolah di Korea. Dan aku nak selalu jumpa dengan 'the 12 Hottest Teachers'!
''Chara...kamu kena pindah Jepun. Ni keputusan appa kamu. Jangan risau, kamu masih ada masa dua minggu untuk menghabiskan masa kamu di Korea. nae?'' Pujuk omma ku.
''Nae...'' Jawabku mengalah sebelum ommaku mematikan taliannya.
''Wae Chara?'' Tanya Sir Baekhyun yang masih berada di dalam bilikku.
''Omma dengan Appa suruh saya pindah Jepun. Saya taknak. Saya nak duduk di Korea. Saya nak sekolah kat korea..Saya nak selalu jumpa dengan Sir Baekhyun,Sir Kris,Sir Kai, Sir Luhan, Sir Sehun, Sir Chen, Sir Tao, Sir Chanyeol, Sir Lay,Sir DO, Sir Xiumin dan Sir Suho.'' terangku sambil menangis. Sir Baekhyun datang kepadaku dan memberi pelukkan.
''Chara..gwenchana..awak boleh selalu melawat kitorang kat sini. Rumah kitorang ni rumah awak juga.'' pujuk Sir Baekhyun sambil mengusap rambutku.
''Sir Baekhyun..jangan bagitahu yang lain yang saya nak pindah Jepun..nae?''
''Nae..'' balas Sir Baekhyun dengan senyuman.
-----skip-----
"Mwo???? Chara akan pindah ke Jepun??" Jerit the 12 hottest teachers dengan serentak apabila terkejut mendengar khabar tersebut daripada Sir Baekhyun.
Aku dan The 12 hottest teachers sedang duduk melepak diruang tamu. kecuali Sir Kris. Sir Kris sahaja yang tiada disitu. aku pun taktahu dia keluar kemana. Sejak pagi tadi aku langsung tak nampak dia.
Aku hanya mengangguk perlahan.
"chara..jangan sedih. Kami takkan lupakan awak walaupun awak dah pindah nanti." Kata Sir Chanyeol lalu memegang bahuku.
aku tersenyum.
"Boleh tak awak semua tolong jangan bagitahu Sir Kris pasal ni.." kataku perlahan.
"Wae?" Tanya Sir Tao dengan nada sedikit terkejut.
Sir Baekhyun segera menyiku lengan Tao.
"Ahh nae Chara..kami takkan bagitahu." Kata Sir Baekhyun dengan senyuman.
"Saya masih ada masa 2 minggu tinggal di sini. Jadi boleh tak setiap hari saya nak keluar dan habiskan masa dengan awak semua?" Tanyaku dengan muka excited.
"Kyaaaaaahhh. Mestilah boleh! Kalau nak keluar berdua dengan saya pun boleh." Kata Sir Luhan yang sedang mendekatkan wajahnya denganku lalu mengenyitkan matanya.
"Yaaaah!" Jerit Sir Sehun lalu menolak Sir Luhan.
"Chara, awak kena keluar date dengan saya!" kata Sir Sehun lalu memegang tanganku.
"Aniiiiii!" Jerit Sir Chen lalu menolak Sir Sehun.
"Chara, kita akan pergi jalan jalan berdua nae?" Kata Sir Chen lalu mengangkat angkat keningnya sambil tangannya bermain main dengan rambutku.
"Aissshhhh jinjja!" Sir Baekhyun menolak Sir Chen.
"So Chara ada lagi 14 hari tinggal dekat sini. 2 hari untuk Chara packing barang dia. Dan 12 hari lagi Chara akan keluar dengan sorang demi sorang antara kami. So semua ada chance untuk keluar jalan berdua dengan Chara. Setuju?" sir Baekhyun memberi cadangan.
"Yaaah! Setuju!!!" Kata the 12 hottest teachers yang lain.
aku hanya mengangguk dan tersenyum.
"Aku nak jadi orang pertama keluar date dengan Chara!" Kata Sir Luhan dengan excited.
"Andwae!! Aku kan maknae! So bagi lah aku keluar dengan Chara dulu!" Balas Sir Sehun.
"Aisshh jinjja..korang berdua ni selalu gaduh je! Kita undi lah baru adil." Sir Suho memberi pendapat.
Sir Suho mengoyak beberapa keping kertas dan menulis nama sorang demi sorang pada setiap kertas tersebut dan digulungkan.
"Aku akan cabut undi." Kata Sir D.o
Sir D.o mengambil satu kertas yang bergulung itu.
"Orang first yang akan kekuar date dengan Chara ialah......." Sir D.O membuka kertas yang bergulung itu perlahan lahan.
"Tao."
"Yeeeeeeehuuuuuu" jerit Tao gembira.
"Ahhhhh mwo???" Semua the 12 hottest teachers memandang Tao lalu mereka memukul mukul Tao.
"Yaaaaahhhh. Sakitlah. Bukan salah aku. D.o yang cabut undi tu. Yaaaahh!" Sir Tao menjerit kesakitan.
aku hanya tersenyum gembira melihat gelagat mereka.
aku harap aku dapat lupakan Sir Kris dalam masa 14 hari ni. Detik hatiku.
---------------------------------------------
Haiiiii. Saya akan update lambat sikit. Mianhae. Jangan marah saya sebab bukan senang nak cari idea untuk letak dalam fanfic. :'(
Harap awak semua dapat tunggu dengan tenang hihi
YOU ARE READING
Me and The 12 hottest teachers [EXO]
Fanfiction''chara, saya suka kan awak'' Sir Sehun ''If you love someone else then you go. Don't care about me'' Sir Kai ''Saranghae'' Sir Luhan ''I will always beside you'' Sir Baekhyun ''Don't make me fall for you'' Sir D.o ''Chara, why you are so cute'' Sir...