akibat kejadian yang berlaku pagi tadi, chanyeol terpaksa bekerja dua shift, shift pagi dan shift petang. walaupun agak meletihkan, tapi ianya lebih baik daripada potong gaji.
semasa chanyeol mengelap kaunter, beberapa pekerja shift pagi berada di hadapannya.
"hahaha kerja lebih shift." ujar sehun, jarinya menunding pada chanyeol sambil ketawa.
"diam ah kau." marah chanyeol sambil sapu tangan diangkat tinggi lalu mendarat pada sehun. sehun jarak ke belakang sikit agar tidak terkena pukulan chanyeol.
minseok mencelah, "tapi kan, betul ke pelanggan tu tak buat apa-apa kat kau? dia tak saman kau ke?". chanyeol hanya menggeleng sambil menyusun cawan-cawan.
"bertuahnya kau. haritu, suho kena saman tau. nak tahu sebab apa? sebab salah hantar kopi! tak logik wei. perbuatan kau ni, layak kena saman!" kata minseok. chanyeol hanya menjeling sahaja.
sehun tiba-tiba bisik kepada chen, menyebabkan mata chen terbuka luas, "weh serius ah?!" suara chen yang kuat itu menarik perhatian.
chanyeol mengerutkan keningnya "apa yang serius?". chen cuba untuk jawab namun mulutnya ditekup oleh sehun.
"wei bagitahulah!!" chanyeol tertanya-tanya. akhirnya sehun beritahu kebenaran yang sebenar.
"ummm biasanya kita kena selitkan quotes pada cawan pelanggan kan?"
"tapi aku selitkan nombor telefon kau ahahahaha." sehun ketawa, diikuti dengan chen.
chanyeol terkejut, matanya yang sudah bulat dibulatkan lagi "asal kau bagi dooo? kau ingat dia tak fikir benda pelik ke bila kau buat cam-"
chen memotong percakapan chanyeol, "ala rileks ah... mungkin dia buang kertas tu kut. takkan lah dia nak simpan." sehun angguk, bersetuju dengan penyataan chen.
"haaa yela yela. korang pergi la balik, ke korang nak ganti aku?" chanyeol jeling sambil senyum.
lantas tiga orang tu pun keluar dari kafé. akhirnya, kafé itu menjadi aman damai. fuhhh
aman selama 5 minit sahaja.
tiba-tiba chanyeol mendapat panggilan, lalu dia mencapai telefonnya dan menjawab panggilan tersebut.
"hello?"
tut tutt tuttt~
"eeee aku pantang orang macam ni, telefon aku lepastu tutup panggilan haduh." geram chanyeol
🌈
YOU ARE READING
colours; chanyeol ✓
Short Story| completed | "bagitahu saya tiga warna yang awak suka" -park chanyeol // exo chanyeol ⚠️ tw: mention of blood, suicidal start :: 28.05.2020 end :: 19.06.2020