"terima kasih sebab mari. selamat balik ya!"
minju melambai pada tetamu yang hadir ke parti hari jadinya. agak meriah juga parti hari jadinya tadi.
sekarang, masa yang ditunggu-tunggu. sesi pembukaan hadiah. minju mula membuka hadiah yang dia terima daripada kawan-kawannya yang hadir.
lima belas minit telah berlalu, dan ianya hampir sampai ke penghujungnya. tinggal satu lagi hadiah yang belum dibuka.
dan hadiah terakhir itu ialah hadiah daripada chanyeol.
chanyeol mari tapi dia hanya dapat menjamah kek sahaja, tak dapat jumpa birthday girl. patutnya dia cuti hari ini, tapi salah seorang pekerja di kafe itu mempunyai urusan penting menyebabkan dia tidak dapat bekerja, terpaksalah chanyeol ganti.
berbeza dari yang lain, hadiah yang chanyeol beri berbentuk beg kertas, warna putih. kepala minju penuh dengan pertanyaan. apa yang chanyeol bagi?
lantas, minju terus membuka beg kertas, dengan senyuman melekat di muka. tidak sabar untuk mengetahui isi kandungannya.
setelah menarik keluar barang di dalam beg itu, senyuman minju hilang. seperti di luar, dalamnya juga barang yang bukan yang disangkakan olehnya. bukan teddy bear, bukan minyak wangi, bukan bunga, bukan bom.
ianya
dua paket,
pisau cukur.
🌈
YOU ARE READING
colours; chanyeol ✓
Short Story| completed | "bagitahu saya tiga warna yang awak suka" -park chanyeol // exo chanyeol ⚠️ tw: mention of blood, suicidal start :: 28.05.2020 end :: 19.06.2020