16

108 18 2
                                    

chanyeol kini berada di bahu jalan, cuba untuk mengenal pasti mesej yang dihantar oleh kawannya minju.

agak lama juga kerana dia telah menghabiskan hampir 30 minit melihat telefon sambil memegang pen untuk mencatat di atas kertas. amat tekun si chanyeol ini.

"eee susahnya.." chanyeol mengeluh. masih tak dapat pecahkan kod rahsia itu.
chanyeol melihat semula mesej tersebut;

minju
blv obl cvovi ejsj

qvlvm tfcfmbt qbhj

czf dibozfpm

"hmmm..." chanyeol memerhati perkataan tersebut. kemudian sebuah idea melintas pada pemikirannya.

"mungkin aku perlu gantikan huruf ni dengan huruf yang sebelumnya. macam 'b' , huruf sebelumnya ialah 'a'.. jadi 'a' "
chanyeol teruskan mencatat.

"haaa dapat satu perkataan!!"

blv = aku

chanyeol gembira kerana dia dapat selesaikannya. dia cuba untuk selesaikan yang lain. namun semakin berjaya dia dapat selesaikan kod tersebut, semakin luas mata chanyeol dibuka.

dia membaca mesej semula tersebut, kemudian melihat jam tangannya.

10:54a.m

"oh tidak... tidakkkk!!" tanpa terburu-buru, dia alihkan telefonnya dan terus memandu. pen dan kertas masih ada di ribanya.

chanyeol memandu melebihi had laju. dia cepat-cepat pergi ke rumah minju.

setelah sampai, chanyeol terus membuka pintu keretanya dan berlari ke rumah minju. kertas dan pennya jatuh dari ribanya tetapi chanyeol hanya hiraukan sahaja.

pada kertas tersebut, tertulisnya perkataan-perkataan yang sudah diselesaikannya, dan ianya tertulis;

aku nak bunuh diri

pukul sebelas pagi

bye chanyeol

🌈

colours; chanyeol ✓ Where stories live. Discover now