(warning!)
chanyeol cepat-cepat berlari ke arah pintu. pintu rumah minju terkunci.
"minjuuuuu!! minjuuu!!" jerit chanyeol sambil mengetuk pintu. sekuat manalah chanyeol menjerit, tiada sebarang sahutan yang diterima olehnya.
chanyeol semakin risau. dia terpaksa menggunakan cara kasar. dia gulungkan lengan bajunya sehingga ke arah siku, dia undur ke belakang. kemudian, berlari sekuat hati ke arah pintu dan cuba pecahkan pintu.
cubaan pertama tidak berjaya, cubaan kedua pun sama. cubaan ketiga pula, chanyeol mengumpul kekuatannya lalu merempuh pintu.
cubaan ketiga berjaya.
chanyeol kini berada di dalam rumah minju. chanyeol kini dalam keadaan susah hati. di mana minju?!!!!
chanyeol tergopoh-gapah mencari bilik minju. dia nampak satu papan tanda yang tergantung pintu.
kim minju's room
sah. ini bilik minju. lalu dia memulas tombol pintu itu. tidak berkunci. syukur.
chanyeol membuka pintu seluas-luasnya;
dalam bilik itu ada katil, almari danmeja sahaja. kosong.mana tuannya?
chanyeol perasan terdapat sebuah pintu. pintu bilik air. chanyeol ingin membuka pintu itu tapi gagal.
chanyeol yakin, minju pasti ada dalam bilik air.
sekali lagi dia mengumpul kekuatan untuk memecahkan pintu. seperti pintu di bawah, pintu bilik air memerlukan tiga kali cubaan untuk buka.
ya. lengan dia rasa sakit, tapi itu bukan apa yang dikisahkan sekarang. apa yang penting sekarang ini ialah minju.
chanyeol masuk dalam bilik air minju, melihat siling. ternyata siling itu berwarna putih, manakala dinding berwarna biru. warna kegemarannya.
kakinya mengorak langkah, berharap agar minju masih ada, berharap agar usaha dia tak sia-sia, berharap dia tidak terlambat untuk selamatkan.
namun semuanya sudah terlambat.
terdapat satu badan di dalam tab mandi, dikelilingi oleh bunga-bunga matahari yang terapung. cecair merah juga kelihatan, mengalir dari lengan minju.
chanyeol ternampak pisau cukur, hadiah yang diberi olehnya kepada minju dalam tab mandi itu.
fikiran chanyeol kosong. tak percaya dengan apa yang disaksikannya sekarang ni. tak, tak mungkin.
"minju-yaaahhh!" chanyeol berlari ke arah minju yang kini sudah tidak bernyawa itu. dia perlahan-lahan mengangkat minju dan letakkannya pada lantai.
"minju, bangunlahhh!" mata chanyeol terbeliak. tanganya menepuk bahu, menyuruh minju untuk bangun.
"tak, tak mungkin!!" mata chanyeol kini dibanjiri air mata. "minju-yaah!"
saat itu, chanyeol tahu bahawa minju sudah tiada, dia peluk minju seperti minju peluknya dahulu. tiada lagi orang untuk dipeluk.
chanyeol sedar bahawa pada hari itu, semua warna yang disukai olehnya berada di atas perempuan yang disukainya.
🌈
bagi aku, bab ni cringe lol... lagi-lagi yang ayat akhir sekali tu.
YOU ARE READING
colours; chanyeol ✓
Short Story| completed | "bagitahu saya tiga warna yang awak suka" -park chanyeol // exo chanyeol ⚠️ tw: mention of blood, suicidal start :: 28.05.2020 end :: 19.06.2020