6

129 22 4
                                    

"minju yaaah!"

"oh chanyeol!" minju melambai tangan padanya, chanyeol balas lambaian tersebut. minju menepuk tempat di sebelah, menyuruh chanyeol duduk di tepinya. chanyeol terus duduk.

"maaf eh sebab kejadian yang berlaku dua hari lepas." kata chanyeol sambil membaiki posisinya untuk duduk. minju memandang chanyeol, kemudian memandang taman permainan yang dipenuhi dengan kanak-kanak yang sedang bermain.

tangan kanannya diangkat "boleh tak kita berhenti cakap pasal tu? lagipun aku dah maafkan kau kan?" tanya minju. lalu tangannya dibawa turun ke bawah.

chanyeol hanya mengangguk. namun dia perasan sesuatu semasa minju mengangkat tangannya.

lengan baju gadis itu terselak, menyebabkan lengan belah kanan terdedah. chanyeol lihat garis-garis putih menghiasi lengannya.

chanyeol percaya bahawa garis-garis tersebut ialah parut.

minju menghidupkan suasana "umur kau berapa?"

"dah kenapa tiba-tiba?" chanyeol mengerutkan keningnya.

"dah kenapa dengan aku? aku nak berkenalan dengan kau lah. tak boleh ke? mahalnya engkau."

"ohh, boleh boleh. aku 25."

"hahahaha tua." jawapan minju menyebabkan chanyeol memberi jelingan maut kepada minju.

"alah, macam kau muda sangat."

"tahu, tapi lebih muda dari kau."

"kau berapa tahun?"

"22"

"ceh."

dari situ, mulalah mereka berbual rancak, seperti kawan yang lama tidak jumpa selama sedekad. padahal baru jumpa selepas dua hari.

secara tiba-tiba, minju tanya satu soalan pada chanyeol.

"chanyeol, kau suka warna apa?"

chanyeol memandang minju. "aku? suka warna apa??" soal dia, sambil menunding jari ke arah diri sendiri.

minju angguk. "ha ah, aku nak kau bagitahu aku tiga warna yang kau suka."

masa tu, chanyeol fikir warna kegemarannya. dia suka semua warna, tapi kalau dia jawab macam tu mungkin minju tak terima.

kemudian dia teringat akan parut-parut putih pada lengan minju. lalu dia jawab soalan minju tanpa teragak-agak.

"aku suka warna putih."

🌈

chanyeol dah bagitahu warna pertama yang dia suka, sekarang sekmg cubalah teka yang dua warna lagi tuhh...

colours; chanyeol ✓ Where stories live. Discover now