"satu lagi." kata minju. chanyeol teruskan berfikir, lamalah juga.
minju mengeluh. "oklah... sambil kau fikir tu, bagitahu aku bunga yang paling kau suka." kata minju.
chanyeol melihat minju yang sedang tersenyum melihat padang yang dipenuhi dengan bunga matahari. bagi minju, bunga matahari amat menenangkan.
chanyeol membaiki rambutnya. " aku tak suka bunga, lagi-lagi bunga tu." jawab chanyeol sambil menunding jari ke arah padang tersebut.
senyuman minju menghilang."kenapa tak suka bunga-bunga tu?" soal minju.
"sebab warna dia silau sangat, sakit mata aku. lagipun aku tak suka kuning."
"oh."
chanyeol memandu keretanya, balik ke rumah. terus mencari katil untuk merehatkan dirinya. dia benamkan mukanya pada bantal.
setelah beberapa ketika, dia tertidur.
dua jam terlelap, akhirnya dia bangun. masih mamai. chanyeol menggosok matanya. tiba-tiba dia teringat sesuatu.
"minju!!!!" chanyeol segera bangun dari katil. dia baru teringat yang minju ingin tumpang dia dan pergi ke taman sama-sama.
namun, akibat satu panggilan telefon daripada pengurusnya, dia menjadi terlampau kecewa sehinggakan dia menolak minju. padahal minju hanya ingin menenangkannya.
lantas chanyeol mengambil kunci keretanya, masuk ke dalam keretanya dan memulakan enjin keretanya. dia terus memandu ke rumah minju.
dia ingin minta maaf.
───────────────
10 minit sudah berlalu dan chanyeol kini berada di depan rumah minju (tapi masih ada dalam kereta.)
masa dia dalam perjalanan, dia sudah merancang semuanya. nak minta maaf, lepastu cerita perkara yang sebenar. sampai-sampai rumah dia, hilang terus keberanian tu.
jarinya bermain dengan stereng. dia tak tahu nak buat apa. patut ke dia keluar pastu ketuk pintu rumah minju lepastu minta maaf?
setelah lama berfikir, dia buat keputusan untuk pulang ke rumah.
───────────────
"selamat datang ke cosmic shop. apa yang saya boleh bantu?"
chanyeol mencuci mata melihat barang-barang yang ada di kedai tersebut, macam-macam jenis ada.
semasa perjalanan pulang ke rumah, dia terjumpa satu kedai ini. daripada dia teruskan perjalanannya, dia singgah sebentar ke kedai tersebut.
chanyeol ingin minta maaf dengan cara yang baik pada hari jadi minju esok.
seorang pekerja perempuan menghampiri si tinggi tu. "boleh saya bantu encik?" chanyeol memandang pekerja tersebut sambil melihat tanda namanya, park soobin.
"hmmm, boleh cadangkan saya hadiah yang sesuai?" soal chanyeol.
"oh, boleh.. nak bagi siapa? ibu? kakak?kawan? ke.... nak bagi girlfriend??" soobin melirik ke arah chanyeol sambil menjungkitkan keningnya.
chanyeol abaikan lirikannya. "nak bagi kawan la, kawan perempuan.. ada cadangan tak?"
"cadangan? eyhhh, mestilah ada, saya cadangkan yang ni." kata soobin sambil mengambil barang yang di cadangkan olehnya.
hadiah yang dicadangkannya ialah patung teddy bear.
chanyeol geleng "saya nak barang nak jadikan hadiah hari jadi, yang ni dah macam hadiah hari valentine."
"mhmm, kalau macam tu, encik fikirlah hadiah apa yang dia nak.. haa fikir fikir." ujar soobin. lalu chanyeol pun memandang ke atas untuk berfikir.
chanyeol memetik jari "sini jual earphones tak?" soal chanyeol. soobin terus menunjukkan jalan ke bahagian elektronik.
dia teringat satu ketika dimana minju suka mendengar lagu, jadi dia selalu bawa earphones kepunyaanya. namun, pada suatu hari tiba-tiba ianya hilang, terpaksalah chanyeol berkongsi airpods dengannya.
chanyeol terus mengambil sepasang earphones berwarna merah jambu itu lalu terus ke kaunter pembayaran. agak mahal. tak apa, demi kawan chanyeol sanggup buat apa-apa sahaja.
🌈
qotd: rasanya cerita colours ni happy ending ke sad ending?
aotd: uhuk uhukkk tiba2 batuk, saya ambil ubat dulu.. korang pandai2 lah teka ye ✌🏻
YOU ARE READING
colours; chanyeol ✓
Short Story| completed | "bagitahu saya tiga warna yang awak suka" -park chanyeol // exo chanyeol ⚠️ tw: mention of blood, suicidal start :: 28.05.2020 end :: 19.06.2020