epilog

142 22 8
                                    

majlis pengebumian kim minju berjalan dengan lancar. chanyeol kini berada di rumah minju. lawatan terakhir sebelum rumah minju dijual.

ketika chanyeol memasuki bilik tidur minju, dia baring di atas katil minju. tiba-tiba kepalanya rasa tidak selesa, merasakan bahawa terdapat sesuatu di bawah bantal.

ternyata ianya sebuah jurnal

"MINJU PUNYAA!!"

itulah yang tertulis pada kulit buku itu.

chanyeol membuka jurnal tersebut, membaca setiap helaian. dalam jurnal itu, banyak juga lukisan yang dilukis olehnya; pemandangan, bunga, kucing dan sebagainya. minju memang suka melukis.
kemudian,chanyeol perasan terdapat satu lukisan figura yang mirip sepertinya.

oh, bukan. bukan mirip sepertinya. memang dia ialah figura itu.

chanyeol tersenyum sendirian. dirinya menjadi seni. lalu dia teruskan membelek jurnal. setiap helai yang diselak menyebabkan senyuman chanyeol makin lama pudar.

selain lukisan, terdapat juga luahan-luahan pahit yang ditulis oleh minju.
jurnal tersebut bagaikan buku cerita tentang dirinya.

menurut jurnal tersebut, dikatakan bahawa ibu minju  tinggalkan keluarganya demi lelaki lain. sejak itu, ayahnya menjadi tidak tentu arah, menyebabkan minju menjadi mangsa deraan. minju buat keputusan untuk lari dari rumah.

namun baru-baru ini, ayahnya sudah tahu tempat tinggalnya. bila-bila masa sahaja ayahnya akan datang ambil dia. jadi, minju membuat keputusan terburu-buru untuk bunuh dirinya pada hari jadinya.

jadi itulah alasan kenapa dia awalkan parti hari jadinya.

chanyeol terbaca satu bahagian, di mana minju menulis warna yang dia suka dan dia benci.

dan dari situlah chanyeol tahu bahawa warna kegemaran minju ialah warna yang dibenci oleh chanyeol.

dan warna yang dibenci oleh minju ialah warna kegemaran chanyeol.

ternyata mereka ada perasaan yang berbeza terhadap warna-warna tersebut.

minju benci putih kerana ia mengingatkannya pada parut-parut di lengannya.

minju benci merah kerana ia mengingatkannya pada darah-darah yang terkeluar setiap kali pisau cukur bertemu lengannya.

minju benci biru kerana ia mengingatkannya pada dinding bilik air, tempat dia cederakan dirinya dan juga tempat terakhirnya sebelum bunuh diri.

tetapi

minju suka warna kuning.

kerana ianya mengingatkannya pada bunga-bunga matahari.

dan minju sukakan bunga matahari kerana ianya mengingatkannya pada matahari yang melambangkan kegembiraan dan kebahagiaan.

minju cuba untuk menjadi gembira,

tapi dia tak boleh.



setitis air mata terjatuh pada jurnal tersebut. ya, chanyeol sedang menangis.

rasa bersalah kini wujud dalam dirinya, kerana dalam tempoh berkawan dengan minju, tidak pernah sekalipun dia bertanya tentang keadaan minju.

dia juga rasa bersalah kerana menyukai warna yang dibenci oleh rakannya.

"semoga tenang di sana, minju"

tamat

qna ──

colours; chanyeol ✓ Where stories live. Discover now