BAB 1

43 2 0
                                    

Munirah mula mengosongkan lokernya kerana hari itu merupakan hari terakhirnya menjadi pelajar institusi itu. Seorang demi seorang kawannya sudah balik membawa bagasi dan kotak-kotak yang besar.

"Bye, Ira. Jumpa masa konvo nanti tau. Ingat. Prepare yourself pretty kalau nak cantik masa konvo nanti. Manalah tau kau salah seorang student yang dapat anugerah dekan. Hihi." Usik Aisyah yang sudah siap untuk berangkat pulang ke kampung halamannya.

"Ish. Ada-ada je kau ni. Hahaha. Kau pun sama jugak. Jaga diri tau." Jawab Munirah lalu memeluk tubuh kawannya yang sudah lama menjadi rakan sebiliknya.

Aisyah pun membawa bagasinya sambil dibantu oleh Munirah untuk dihantar ke kereta ibu bapanya yang sudah lama menunggunya. Setelah itu, Munirah kembali ke biliknya untuk mengemas kembali barang-barang didalam lokernya untuk dimasukkan ke dalam beg. Ketika dia sedang mengemas, dia menjumpai satu pin capal ungu yang dipinkan di begnya. Munirah hanya mampu tersenyum melihat pin capal itu kerana banyak kenangan terindah yang terkandung pada pin capal itu. Dia membuka kotak kecil yang berhampiran dengannya yang berisi gambar polaroid miliknya dan membelek setiap satu gambar itu. Munirah terhenti pada satu gambar iaitu gambar yang merupakan kenangan bersama si dia lalu memusingkan gambar itu. Terpapar nama Uzair Afiq disebalik gambar itu membuatkan dia teringat kembali kisah lama.

*FLASHBACK*

"Hehe. Uno Game." jerit si Munirah sambil mencampakkan kad uno terakhirnya ke tengah-tengah bulatan mereka bermain.

Suara riuh rendah mereka memecah kesunyian asrama tersebut. Pelajar lain telahpun balik bermalam ke rumah masing-masing untuk berbuka puasa bersama keluarga. Maklumlah. Pelajar asrama hanya dibenarkan balik 2 minggu sekali sahaja. Yang tinggal hanyalah pelajar yang menetap jauh dari kampus dan juga pelajar yang ingin menyiapkan kerjanya di asrama.

"Ala. Malaslah nak main lagi." Keluh si Hana mencampakkan sisa-sisa kadnya yang banyak ke lantai dan mencampakkan dirinya ke katil Aisyah tanpa meminta izin tuannya terlebih dahulu.

"Amboi kau. Sedapnya badan tu baring kat katil orang. Ketepilah. Aku pun nak baring jugak." Ujar Aisyah sambil menolak Hana ketepi katil.

Munirah duduk di meja belajar Aisyah dan mula membuka lagu di laptopnya yang terpasang begitu sahaja sejak mereka mula bermain permainan Uno. Lagu Twice kedengaran sehingga ke luar asrama. Mereka pun menyanyi sepuas hati mereka kerana pada waktu itu mereka sahaja yang tinggal di asrama tersebut tanpa ada pengawal yang jaga.

***

Setelah menghabiskan helaian juzuknya yang terakhir, Uzair pun menutup Al-Quran dan membangunkan kawannya, Jabbar yang terlena menanti Uzair.

"Jab. Bangunlah. Jom balik bilik. Dah akhir dah ni. Takut akhir pulak sahur esok."

Jabbar pun terjaga dari lenanya lalu menutup semua lampu surau kerana mereka berdua sahaja yang masih tinggal di surau itu.

"Jab. Aku lupa nak isi air dalam botol masa moreh tadi la. Kalau kau nak balik bilik dulu, balikla. Aku nak isi air jap." ujar Uzair.

Jabbar pun hanya mengangguk tanda mengiyakan sahaja apa yang dikatakan oleh teman karibnya lalu menuju ke asrama. Sedang Uzair mengisi air botolnya, terdengar riuh dari asrama banat sehinggakan jelas kedengaran di tempat Uzair mengisi airnya.

"Uish. Macam ramai je banat tak balik minggu ni. Hm." bisiknya dalam hati.

Lantas fikirannya beralih ke arah gadis yang diminatinya sejak dia mulai masuk ke institusi ini. Gadis yang merupakan pelajar senior di institusi itu yang lebih selesa dipanggil Ira. Dia belum pernah lagi menyapa gadis tersebut dengan ramah kerana bimbang gadis tersebut tidak melayannya. Uzair hanya mampu melihat gadis itu dari jauh sahaja. Terukir senyuman dibibirnya mengingatkan kembali waktu pertama kali dia cuba menyapa gadis itu namun gadis itu membalasnya dengan kasar. Gadis itu tidaklah seperti yang gadis ayu diluar sana. Dia tidak tahu mengapa dia meminati gadis tersebut yang berpenampilan dan perwatakannya yang agak kasar dan tidak ramah dengan orang sekeliling. Gadis itu hanya ramah kepada sesiapa yang menyapanya dahulu. Bunyi notifikasi memecah lamunan Uzair lantas dia membuka telefonnya. Alangkah gembiranya bahawa notifikasi yang masuk itu merupakan notifikasi dari gadis idamannya yang telah menerimanya menjadi rakan Instagramnya. Senyuman semakin naik ke telinga kerana dapat melihat postingan gadis idamannya di laman akaun Instagramnya.

"Tak dapat tegur dia, tengok post dia pun jadilah. Hehe. Agaknya dia dah ada yang punya ke tak ya?" Uzair bermonolog di dalam hati.

"Dik. Dah lewat dah ni. Cepat masuk asrama sekarang." Lamunannya terhenti apabila seorang pengawal yang meronda kawasan tersebut menegurnya.

"Oh ya bang. Maaf." Uzair pun berlalu pergi meninggalkan tempat itu setelah mengisi air botolnya.

Capal UnguWhere stories live. Discover now