BAB 18

4 0 0
                                    

Setelah selesai kelas tazkirah pada pagi itu, Husna dan Alwani pun menuju ke kantin ingin membeli makanan untuk dibawa ke asrama. Setelah selesai memesan makanan yang diingini, mereka pun duduk di meja yang berdekatan untuk menunggu makanan mereka. Alwani hanya memerhatikan Husna yang dari tadi asyik termenung memikirkan sesuatu. Dia mula perasan bahawa sejak kebelakangan ini Husna sering termenung.

"Termenung jauh nampak. Fikirkan apa?" Tegur si Alwani memecah lamunannya.

"Oh. Takde apalah." Jawab Husna pendek.

"Husna. Aku ni kawan kau dari sekolah lagi tau. Aku tahu sangat kau ni dah. Kau fikirkan pasal apa sebenarnya?" soal Alwani lagi.

Husna terdiam seketika. Fikirannya terhadap Uzair dan siapa perempuan bertuah itu tidak putus-putus menghantuinya.

"Hm. Abang Uzair ada sukakan someone." Jawab Husna lemah.

"Aik? Bukan ke someone tu kau?"

"Tak. Dia anggap aku macam adik je. Sebab tu kitorang rapat. And aku teringin sangat nak tahu siapa perempuan yang bertuah sangat dapat tawan hati Abang Uzair. Untungnya dia." Jelas Husna.

Tidak lama kemudian, Munirah melintasi Husna dan Alwani lalu menuju ke kaunter pembayaran.

"Ada pesanan atas nama Uzair tak kak?" soal Munirah sehingga didengari oleh Husna dan Alwani.

"Ada. Uzair pesankan untuk kamu ke?" soal penjual itu tadi.

"Haah." Jawab Munirah sambil tersenyum malu.

"Ada apa-apa ke kamu berdua ni?" usik si penjual itu kerana dia sudah lama mengenali Uzair yang tidak pernah memesan makanan untuk perempuan yang jarang didekatinya.

"Eh takdelah. Hahaha. Kawan je. Berapa kak?" soal Munirah ingin menukar topik.

"RM10" jawab penjual itu tadi lalu memberikan bungkusan makanan kepada Munirah.

Munirah mengeluarkan beg duitnya di dalam beg dan mengluarkan RM10 lalu diberikan kepadanya.

"Terima kasih kak." Munirah mengambil bungkusan makanan lalu memberikan senyuman ke arahnya.

Perbualan itu jelas didengari oleh Husna dan Alwani. Ini menimbulkan tanda tanya buat mereka berdua. Sebelum ini, Munirah terkenal dengan perempuan yang berperwatakan kasar terhadap lelaki. Bagaimana pula Uzair boleh rapat dengan Munirah sehingga dia memesan makanan untuk Munirah sedangkan mereka berdua tidak pernah berbual antara satu sama lain. Setelah mengambil bungkusan makanan, Munirah melangkah kaki untuk pulang ke asrama. Namun matanya lekat menoleh ke arah Husna dan Alwani yang begitu dekat dengan kaunter pembayaran. Dia teringat kembali perbualannya bersama kakak penjual itu namun dia hanya memberikan senyuman kearah mereka lalu mula meninggalkan kantin seolah-olah tiada berlaku apa-apa. Munirah berharap agar Husna dan Alwani tidak mendengar apa yang dibual oleh mereka berdua.

***

Setelah menunaikan solat Asar di surau, Uzair menuju ke depan dewan dengan membawa sebuah beg berisi buku dan makanan ringan. Dia mencapai telefon lalu menghubungi seseorang.

"Helo, Assalamualaikum. Awak kat mana?" soal Uzair.

"Waalaikumsalam. Jap ye. On the way." Sahut Munirah dari dalam telefon.

"Okay."

Uzair meletakkan telefon. Tidak lama kemudian, Munirah dan Hana mula kelihatan dari depan dewan tempat Uzair menunggu. Hati Uzair mula berdebar saat Munirah mempamerkan senyumannya dari jauh ke arah Uzair. Langkah kaki Munirah mula mendekati Uzair.

"Nah. Ni buku yang awak nak." Uzair menghulurkan begnya lalu diberikan kepada Munirah.

"Okey. Hihi. Terima kasih. Saya balik dulu ye." Ujar Munirah sambil matanya tidak lekang memandang wajah Uzair.

"Ala. Dah nak balik dah ke?" gurau Uzair.

"Haha. Awak nak apa lagi?" soal Munirah tertawa kecil.

"Hm. Takde apalah. Baik-baik jalan. Kang tersadung tengah jalan, saya jugak yang susah." Pesan Uzair.

Munirah memberikan tanda 'okey' kepada Uzair lalu mula melangkah kaki meninggalkan Uzair dari situ. Dia mula melambai-lambai Uzair dari jauh dan memberikan senyuman yang paling ceria ke arah Uzair. Secara tidak sedar, Uzair mula mengukirkan senyuman apabila melihat senyuman ceria Munirah lalu dia membalas kembali lambaian Munirah dari jauh. Hana yang berada di sebelah mengiringinya hanya memerhatinya sahaja.

"Baru first time aku tengok kau ceria, Ira." Ujar Hana.

"Hm? Ye ke? Selama ni aku rasa sama je."

"Aku kenal kau lama, Ira. Aku dah boleh agak senyuman kau macam mana. And this is the brightest smile I've ever seen. And aku dah boleh agak yang kau dah mula sayangkan dia." Ujar Hana.

Munirah hanya mendiamkan diri sahaja. Dia sendiri juga tidak mengetahui tentang perasaannya sendiri. 

Capal UnguWhere stories live. Discover now