"Eh? Awak ada sekali? Bila awak sampai?" soal Munirah yang masih kehairanan.
"Dah lama awak. Saya datang sekali dengan Iqram tadi." Jawab Uzair tersenyum.
"Eh? Jap. Kata kita tiga je?" Munirah mengalihkankan pandangannya ke arah Hana yang tersenyum seolah-olah ada yang tersirat disebalik senyumannya.
"Em. Okay. Kita duduk dulu ye. Nanti aku cerita." Senyuman Hana tidak lekang di pipinya lalu menarik Munirah duduk disebelahnya dan berhadapan dengan Uzair.
Bagi mereka, inilah kali pertama mereka berdua duduk berdekatan dan berhadapan antara satu sama lain. Selama ini, kedua-dua mereka saling berjauhan apabila ingin menegur sesama sendiri.
"Hehe. Ira. Okay. Macam ni ceritanya. Mulanya memang aku cadang nak iftar sama dengan korang berdua tapi... Si Uzair ni nak sangat iftar dengan kau so aku suruhlah Iqram bawak dia sekali tanpa pengetahuan kau. Sebab aku tahu kau takkan setuju punya kalau aku tanya boleh tak bawak Uzair sekali. So, kitorang plan la nak set up kau." Jelas Hana.
"Oh ya. Flight aku malam esok ye. Bukan malam ni. Hehe. Sebab ayah aku suka beli tiket last minute. Cakap nak beli malam ni. Rupa-rupanya malam esok. Lagipun, kau jangan cakap aku tak tahu apa-apa aa. Aku boleh baca tau fikiran orang. Aku tahu korang ni ada something tapi taknak bagitau. Eyy. Nak berahsia pulak. Tapi dua-dua malu. Eh tak. Kau sorang je malu. Hahaha." Usik Hana membuatkan Munirah malu.
"And lagi satu, tujuan kitorang nak iftar sama ni sebab korang berdua jugak. Inilah masanya korang nak berkenalan. Kalau tak, sampai bila nak hai hai bye bye jauh. Aku pun muak tengok. Malulah sangat." Iqram menjeling ke arah Uzair yang berada disebelahnya sahaja.
"Tak. Kitorang tak biasa jumpa depan-depan macam korang berdua." Uzair bersuara ingin menyebelahi Munirah. Iqram mencebik.
Pesanan mereka pun sudah sampai dan doa buka puasa pun kedengaran.
***
Setelah menunaikan solat Maghrib di masjid berdekatan, mereka pun menuju ke pusat membeli-belah untuk menemani Hana membeli keperluan dan barang raya. Iqram seperti biasa berjalan mengiringi Hana dan tinggallah Uzair dan Munirah di belakang mereka. Keadaan amatlah janggal bagi mereka berdua kerana mereka tidak pernah berbual sesama sendiri melainkan di alam maya sahaja. Walaupun suasana pusat membeli-belah itu riuh, tapi bagi mereka berdua, ia amatlah sunyi.
"Awak tak beli barang raya?" Uzair memecah kesunyian dengan memulakan bicara.
Munirah memandang ke arah Uzair yang berada disebelahnya. Itulah kali pertama mereka berpandangan dekat antara satu sama lain membuatkan Munirah tergamam seketika.
"Takde kut. Sebab dah beli sama dengan parent haritu. Awak?" soal Munirah kembali.
"Teman saya jum. Saya nak cari kasut." Jawab Uzair lalu menuju ke kedai kasut berdekatan diikuti Munirah.
Uzair sedang sibuk memilih kasut yang diminatinya sedangkan Munirah hanya duduk di kerusi berdekatan dengannya menantinya.
"Awak rasa mana yang sesuai? Ini ke ini?" Uzair menunjukkan dua kasut yang berbeza corak dan gaya.
"Awak suka yang simple ke fancy?" soal Munirah kembali.
Uzair berfikir sejenak.
"Simple and nice."
"Then go for that one." Jawab Munirah sambil dia menunjukkan kasut yang dipegang Uzair yang dipegang disebelah kanannya.
"Okay." Uzair mengukirkan senyuman manis ke arahnya lalu pergi ke kaunter untuk membuat pembayaran.
Senyuman Uzair membuatkan Munirah tergamam buat kali yang kedua. Selama ini, dia memang selalu melihat senyuman Uzair tetapi hanya dari jauh. Mungkin kali ini, mereka saling berdekatan membuatkan Munirah berasa lain. Setelah selesai membuat pembayaran, mereka berdua pun beredar keluar dari kedai itu. Mereka singgah ke salah satu kedai yang diminati Munirah dari dahulu lagi. Munirah melihat satu-persatu pin capal yang yang tersusun di atas meja dan pandangannya terkunci ke arah warna yang menarik minatnya lalu mengambilnya dan melihatnya dengan penuh teliti. Uzair yang berada disebelahnya sahaja hanya memerhati sahaja Munirah lalu tersenyum.
"Cantik." Tutur Munirah sendirian lalu meletakkannya semula di tempat asalnya.
Munirah memaling mukanya ke arah Uzair yang sedang memerhati Munirah.
"Kenapa?" soal Munirah.
"Takde apa. Bukan selalu tengok orang yang saya sayang dekat-dekat. Jadi saya manfaatkanlah." Jawab Uzair sambil memandang tepat ke anak mata Munirah sambil tersenyum membuatkan wajah Munirah kemerahan.
"Jomlah keluar cari Iqram dan Hana." Jawab Uzair lalu melangkah keluar dari kedai itu sambil tersenyum.
"Comel." Bisik Uzair dalam hati.
YOU ARE READING
Capal Ungu
RomanceAkak nak tanya something. Adik masih sayangkan dia? -Khadijah Adik tawakkal je dengan Allah. Kalau ada jodoh, adalah. Kalau takde, adik mintak satu je dengan Allah. Jaga hati kami masing-masing dan hadirkan perasaan sayang kepada orang yang tepat sa...