BAB 13

4 0 0
                                    

Hari Raya Aidilfitri menjelang tiba. Masing-masing sibuk menyiapkan diri untuk ke masjid menunaikan solat sunat Aidilfitri. Munirah mengenakan jubah coklat yang cantik dihiasi butang-butang di lengannya. Warna coklat merupakan warna tema bagi keluarga Munirah pada tahun ini. Abangnya menantinya berkemas di dalam kereta memandangkan ibu dan ayah mereka telahpun pergi ke masjid lebih awal berbanding mereka berdua.

"Adikk. Cepatlahhh. Aiyaaa. Bersiap pergi masjid je pun." Munir mula melenting dari luar rumah.

"Yelahh. Dah siaplah ni. Abang ni pun. Tak bagi can adik nak cantik-cantik." Munirah mencebik lalu mengunci pintu rumahnya.

"Yelah. Adik bersiap bukannya kejap. Atur tudung dah 15 minit. Belum lagi nak tunggu adik bermekap lah apa lah." Bebel si abangnya.

"Ish. Girls want to be the best in front of people okay. Kalau kawan abang puji adik cantik, abang jugak yang hidung kembang kan?" Munirah membidas pernyataan abangnya.

"Dahlah. Malaslah abang nak cakap lagi. Debat dengan adik ni sampai habis raya pun tak habis." Ujar Munir bersahaja membuatkan Munirah tersenyum puas.

***

Setelah selesai menunaikan solat sunat Aidilfitri di masjid, Uzair bergegas pulang ke rumah bersama ayah dan ibunya. Sebelum berangkat ke masjid, dia belum menjamah lagi makanan kerana terbangun lewat.

"Uzair. Bawak kereta tu jangan laju sangat. Tak lari makanan kat rumah tu." Tegur uminya.

"Dah lapar sangatlah tu umi." Seloroh abahnya menduga.

"Ini semua salah umi sebab tak bangunkan Uzair. Kan dah lapar." Ujar si Uzair seolah-olah merajuk.

"Aik? Hahaha. Dah berapa kali umi bangunkan Uzair. Uzair yang taknak angkat dari katil. Jadi, umi fed up la." Gurau uminya dengan anak kesayangannya.

Setelah sampai di rumah, dia bergegas ke dapur untuk menjamah makanan yang sudah tersedia di atas meja.

"Aik? Uzair. Sebelum makan, selalunya buat apa?" soal abahnya.

Uzair terdiam lalu menuju ke ruang tamu mengikuti abah dan uminya. Dia duduk berhadapan dengan kedua orang tuanya.

"Abah. Umi. Maafkan salah silap Uzair dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki. Uzair tahu selama ni Uzair ada kecilkan hati abah dan umi. Maaf ye. Halalkan segala makan minum dan belanja Uzair selama ni, abah. Doakan kejayaan Uzair di dunia dan akhirat." Uzair bersalam dengan kedua-dua orang tuanya.

"Ye. Abah dan umi maafkan Uzair. Belajar elok-elok ye nak." Ujar umi lalu memeluk anak tunggal kesayangannya.

"Ye umi." Jawab Uzair tersenyum.

"Boleh ke dapur kan sekarang ni umi?" soal Uzair lagi.

"Hahaha. Yelah. Pergilah makan."

Uzair pun bergegas ke dapur dan mula menjamah makanan yang tersedia di atas meja. Setelah selesai mengisi perutnya, dia menuju ke bilik untuk membuka telefonnya.

Selamat Hari Raya. Maaf Zahir dan Batin -Munirah-

Uzair tersenyum setiap kali melihat notifikasi yang tertera nama kesayangannya di skrin telefonnya.

Selamat Hari Raya jugak. Maaf Zahir dan Batin. -Uzair-

Uzair mula melihat status dari kawan-kawannya dan Munirah turut mengepos gambarnya di statusnya lantas dia membukanya.

Cantik -Uzair-

Uzair membalas statusnya.

Nak tahu something? -Munirah-

Apa dia? -Uzair-

Post tu awak sorang je yang dapat tengok -Munirah-

Hati Uzair semakin berbunga-bunga membaca mesej yang dihantar oleh Munirah seolah-olah dia merupakan orang yang paling beruntung dan istimewa di hatinya kerana Munirah hanya menunjukkan status itu hanyalah untuk Uzair seorang sahaja.

Thank you. -Uzair-

Uzair membalasnya dengan senyumannya masih tidak lekang dipipinya.

Capal UnguWhere stories live. Discover now