BAB 14

4 0 0
                                    

Cuti pertengahan semester sudahpun berakhir. Semua pelajar pun pulang ke kampus. Masing-masing membawa juadah raya dari rumah untuk dikongsikan bersama kawan-kawan. Seperti biasa, asrama mulai riuh dengan bising dan tawa mereka. Ada sahaja cerita yang ingin mereka kongsikan semasa mereka pulang ke kampung. Kawan-kawan mula memenuhi di ruangan bilik Munirah dengan membawa juadah raya masing-masing kerana biliknya sahaja mempunyai tempat yang luas untuk duduk dan lepak walaupun kipas siling di biliknya agak perlahan tetapi Munirah dan Aisyah masing-masing mempunyai kipas sendiri.

"Aku first raya dah gemuk. Ingatkan puasa ni dah turun sikit berat badan aku. Rupa-rupanya tak. Baju raya aku sempit wei. Dah macam dugong aku tengok diri aku." Jelas Kamarina yang suka bercerita sambil mulutnya diisi dengan kuih-muih di depan mata.

"Memang patutlah kau macam tu. Tengokla kau sekarang. Kalau nak bercerita bukannya nak berhenti makan. Mulut tu penuh sentiasa." Tegur Syakinah disebelahnya.

"Hm. Aku tak biasalah nak bercerita sambil tak makan. Sebab tu lah aku senyap je sepanjang puasa. Malam baru aku banyak cakap." Jelas Kamarina lagi tidak mahu mengalah.

"Hahaha. Eh. Aku ada dengar yang Uzair ni ada sukakan someone. Betul ke?" soal Syakinah mula membuka cerita.

Munirah yang turut berada disitu tersedak mendengar nama Uzair. Hana dan Aisyah yang berada didepannya hanya memerhatikan sahaja kerana mereka berdua sahaja yang tahu tentang Uzair dan Munirah.

"Dari mana kau dengar ni? Punyalah si Uzair tu jarang nak rapat dengan perempuan. Dari celah mana pulak yang dia pandai sukakan orang ni? Eh jap. Maksud kau someone tu lelaki ke perempuan?" soal Intan mula melabuhkan punggungnya mengikut serta membuat halaqah(bulatan) di tengah-tengah ruangan bilik bersama Munirah, Hana, Aisyah, Kamarina dan Syakinah.

"Siotlah kau. Mestilah perempuan. Takkan dia gay pulak." Jawab Syakinah hanya mampu menjeling Intan dengan soalan tidak munasabahnya.

"Manalah tau. Kadang-kadang orang macam tu kita tak dapat nak duga tau. Siapa perempuan tu? Wah untungnya." Soal Intan lagi sambil tangannya mencapai biskut didepannya.

Munirah hanya menunduk dan hanya membuat tak endah dengan perbualan mereka. Dia hanya menyambung menjamah kuih-muih dan biskut-biskut sambil diperhati oleh Hana dan Aisyah yang sudah mula tersengih-sengih sesama sendiri. Munirah hanya mampu menjeling.

"Entahlah. Aku dengar khabar angin je. Tak tahulah betul ke tak. Tapi aku dengar cerita ni pun dari banin sem kita jugak. Aku kan ada sumber yang boleh dipercayai." Ujar Syakinah senyum lebar kerana sumber itu merupakan adiknya.

"Boleh percaya ke adik kau tu?" soal Intan ingin membuat kepastian.

"Em. Setakat ni, dia tak pernahlah bercerita benda bohong dengan aku. Semuanya benar-benar belaka. Lagipun dia kan sama bilik dengan Uzair. So dia perhatilah semenjak puasa ni dia selalu on-phone je. Sebelum ni, Uzair nak bukak phone pun cuma nak main game dengan kawan je. Selalu senyum sorang-sorang pulak tu." Jelas Syakinah.

Munirah yang masih berada disitu memasang telinga apa yang Syakinah kongsikan.

"Ira. Awat hang diam ja ni? Selalunya ada je cerita nak ditambah." Soal Syakinah menyiku Munirah.

"Memanglah. Aku tak rapat dengan Uzair. Macam mana aku nak menyampuk perbualan korang?" ujar Munirah ingin menyelamatkan dirinya.

"Hahaha. Kau kan tahu si Ira ni kalau bab lelaki, dia ada kuno sikit." Hana mula bersuara ingin menyebelahi kawannya.

"Ye tak ye jugak kan? Lupa pulak aku dengan si Ira ni."

Munirah menarik nafas lega.

***

Munirah dan Hana melangkah kaki ke dewan santapan untuk makan tengah hari memandangkan kelas mereka habis tepat pada pukul 12.00 tengah hari. Pelajar mula memenuhi dewan santapan apabila mendengar menu makan tengah hari merupakan ayam penyet. Pelajar mula berbaris panjang menunggu giliran. Setelah mereka berdua mendapatkan makanan, mereka terus duduk di meja kosong.

"Hehe. Ira. Macam biasa." Ujar Hana sudah memberi signal memberikan ayam penyet lebihan Munirah kepada Hana.

Hana mengetahui yang Munirah tidak berapa menyukai ayam yang besar dan bertulang. Jadi kebiasaannya Hanalah yang menghabiskan ayamnya.

"Ambiklah. Tinggal sikit untuk aku. Aku nak ambil air jap." Munirah bingkas bangun dari tempat duduknya menuju ke tempat mengambil air lalu kembali ke tempat duduknya semula.

"Kau tak rasa ke yang abang Uzair sukakan kau? Baru-baru ni aku dengar yang dia ada sukakan someone. And aku rasa itu kau." Munirah dan Hana mendengar dengan jelas perbualan adik-adik junior mereka yang berada disebelah mereka sahaja.

"Yelah kan. Sebab dia jarang tau nak rapat dengan perempuan. Kiranya kalau nak ditengok lagi, aku sorang je banat yang selalu dia tegur kalau kitorang bertembung." Jelasnya.

"Haa kan. Uish untungnya kau Husna. Dapat tegur dia." Ujar kawannya.

Husna tersenyum gembira mendapat tahu bahawa orang yang disukai Uzair merupakan dirinya sedangkan dia tidak sedar bahawa Munirah mendengar semua perbualan mereka. Terukir kekecewaan di wajah Munirah yang mendapat tahu bahawa bukan dia seorang sahaja banat yang dia selalu tegur. Tidak lama selepas itu, muncul Uzair masuk ke dewan santapan lantas dia melihat Munirah. Ataupun Husna.

"Dia pandang kau la, Husna. Senyum kat kau pulak tu." Tegur kawannya. Husna kembali tersenyum.

Sukar untuknya duga dengan siapa Uzair memberikan senyuman itu kerana Munirah dan Husna hanya duduk bersebelahan sahaja. Hana tidak mampu berkata apa-apa. Dia hanya menggenggam tangan Munirah dengan kuat untuk menenangkannya.

Capal UnguWhere stories live. Discover now