Cuti pertengahan semester sudahpun tiba. Pelajar sibuk mengemas barang masing-masing untuk pulang ke kampung halaman menyambut raya bersama keluarga tercinta. Hana menuju ke bilik Munirah yang sedang sibuk mengemas bajunya.
"Ira. Kau free tak lepas kau balik ni?" soal Hana.
Munirah berfikir sejenak.
"Em. Free kot. Kenapa?" soal Munirah kembali.
"Malam ni takde orang nak hantar aku pergi airport. Kau boleh hantarkan tak? Kalau tak menyusahkan kau la."
"Oh ye ke? Aku call parents aku dulu. Kalau diorang kasi aku keluar malam okay je." Jawab Munirah lalu mencapai telefon di tepi katilnya ingin menghantar mesej kepada ibunya.
"And. Satu lagi. Hehe." Hana memaut erat lengan kawan karibnya.
Munirah hanya mampu menjeling sahaja.
"Ni kalau bukan hal Iqram, kau dah gila. Hm, apa dia?" soal Munirah acuh tak acuh.
"Waaa. Hebatnya kawan aku ni. Tu yang aku sayang kat kau. Hehe. Teman kitorang iftar kat luar jom." Hana melemparkan senyuman yang paling manis ke arah Munirah.
"Kau kan tahu, aku ni liat sangat nak keluar malam kalau aku kat rumah. Aku ni belum tahu lagi mak aku lepas ke tak. Ni mak aku belum reply lagi chat aku. Kau kan tahu, aku ni satu-satunya anak perempuan dia. Mestilah dia risau anak dara dia keluar malam-malam." Bebel Munirah.
Tidak lama kemudian, notifikasi mesej Whatsapp kedengaran lantas Munirah membukanya dan membacanya.
"Em. Aku tak tahu apa mimpi mak aku harini. Mak aku kasi aku keluar malam la." Tutur Munirah sambil matanya tidak lekang dari membaca mesej yang dihantar oleh ibunya seolah-olah dia tidak percaya ibunya menyuruh dia keluar malam.
"Haa. Doa seseorang dah makbul la. Hehe." Hana merendahkan suaranya.
"Apa kau kata?" soal Munirah yang hanya samar-samar mendengar apa yang ditutur oleh Hana.
"Takde. Doa aku makbullah aku cakap tadi. Okay. Cepatlah kemas. Balik awal. Ambik kereta kau lepastu ambik aku kat sini." Arah si Hana.
"Amboi kau. Sedapnya nak mengarah orang. Aku ke kau yang drive? Takdelah lama mana nak campak kau kat tepi jalan sorang-sorang." Usik Munirah.
"Ala. Jahatnya kau ni." Hana mencebik lalu kembali ke biliknya untuk sambung semula mengemas bajunya.
Munirah hanya mampu tersenyum sahaja melihat karenah Hana.
Hana mencapai telefonnya di atas meja lalu menghantar mesej kepada Iqram sambil tersenyum puas.
***
Munirah menanti Hana di lobi sambil memasang lagu band kegemarannya iaitu One Direction.
"Dah lama sampai?" Hana membuka pintu kereta lalu meletakkan begnya ke tempat duduk belakang.
"Takdelah. Baru setengah jam. Takpe. Aku dah biasa dengan lambat berkemas kau ni. Tahap kesabaran aku ni boleh dapat anugerah tau sebab kau." Sindir Munirah menyebabkan Hana hanya mampu tersengih.
"Hehe. Sorry. Jomlah."
"Korang nak iftar kat mana?" soal Munirah lalu memulakan perjalanan.
"Tempat ni. Aku dah book tempat ni semalam." Hana menunjukkan tempat yang ada pada telefonnya lalu mengikuti jalan yang telah ditetapkan.
"Flight malam ni pukul berapa?" soal Munirah.
"Emm. Pukul 9.30 malam. Lepas berbuka ni, kiranya aku nak shopping jap nak beli barang raya. Aku tak beli lagi barang raya. Baju raya pun aku belum beli. Sedihnya." Ujar Hana.
"Uish. Sempat ke nak beli? Kau pun tahu diri kau ni kalau nak beli satu baju je dekat nak 2 jam." Usik si Munirah lagi.
"Takde. Kali ni aku beli yang simple je. Sebab aku nak sedondon dengan Iqram tahun ni. Ehek. Sebab tu aku ajak kau teman aku beli barang dengan Iqram. Takdelah aku rasa segan jalan dengan dia."
"Hm. Lepastu, kalau dah rancak berborak nanti, aku ditinggalkan."
"Hahaha. Takde. Kalini takde okay." Pujuk Hana sambil mengenyit matanya ke arah Munirah.
Setelah sampai ke destinasi yang dituju, mereka pun mencari tempat letak kereta yang berdekatan.
"Iqram dah sampai?" soal Munirah.
"Haah. Dah. Dia tunggu kita kat dalam." Jawab Hana.
Setelah mematikan enjin kereta dan menguncinya, mereka pun masuk ke dalam dan mencari Iqram.
"Uishh. Ramainya orang kat sini." Munirah memandang sekeliling tempat itu.
"Memanglah. Kedai ni baru bukak 3 hari lepas. Orang kata makanan kat sini sedap. So, kita try la." Mata Hana masih ligat mencari Iqram.
"Haa. Tu dia. Jom." Hana menjumpai Iqram lalu mengheret Munirah yang sudah seperti rusa masuk kampung.
"Hai. Dah lama sampai?" soal Hana.
"Takdelah. Baru je sampai tadi." Jawab Iqram sambil masing-masing mempamerkan senyuman indah mereka.
"Duduklah. Kitorang dah order sekali dengan korang tadi. Jadi kita tunggu je lah." Iqram mempelawa mereka duduk.
"Kitorang?" soal Munirah kehairanan.
Munirah perasan bahawa di meja mereka mempunyai 4 pinggan sedangkan dia hanya tahu dia, Hana dan Iqram sahaja yang ada di situ.
"Hai." Munirah memaling mukanya ke arah suara yang berada dibelakangnya.
"Uzair?"
YOU ARE READING
Capal Ungu
RomanceAkak nak tanya something. Adik masih sayangkan dia? -Khadijah Adik tawakkal je dengan Allah. Kalau ada jodoh, adalah. Kalau takde, adik mintak satu je dengan Allah. Jaga hati kami masing-masing dan hadirkan perasaan sayang kepada orang yang tepat sa...