Hari demi hari, Uzair dan Munirah semakin akrab. Walaupun masing-masing malu untuk berbual secara berdepan, mereka hanya mampu melambai dan saling membalas senyuman antara satu sama lain kerana tidak mahu orang lain tahu bahawa mereka sudah semakin akrab. Uzair belum lagi menyatakan perasaan yang sebenarnya terhadap Munirah walaupun Munirah tahu bahawa Uzair sudah lama menyimpan perasaan terhadapnya. Munirah hanya bersiap sedia menunggu Uzair untuk mengatakannya. Cepat atau lambat, Uzair akan beritahu tentang perasaannya.
Awak? -Uzair-
Ye saya? -Munirah-
Saya tahu yang awak dah tahu. Tapi saya tetap nak bagitau jugak. And kalau boleh saya nak jawapan dari awak. -Uzair-
Munirah membaca mesej yang dihantar oleh Uzair melalui Whatsapp. Hatinya mulai berdebar walaupun dia tahu apa yang Uzair ingin katakan nanti.
"Ya Allah. Sejujurnya aku tak pernah merasakan debaran seperti ini." Bisiknya dalam hati.
Munirah membalas mesej Whatsapp nya.
Okay. Apa dia? -Munirah-
Em. Jujur dari hati waktu saya mula-mula kenal awak, saya dah simpan perasaan terhadap awak. Tapi waktu tu saya takut nak bagitau sebab waktu mula-mula saya nak tegur awak, awak balas saya dengan kasar. -Uzair-
Munirah membaca satu persatu mesej yang dihantar oleh Uzair.
Saya bukanlah jenis suka dengan perempuan yang berperwatakan kasar. Tapi saya suka perempuan macam awak. Saya tahu awak perempuan yang baik dan ceria. Awak hanya kasar dengan lelaki yang tak rapat dengan awak sahaja. Itu yang saya suka dengan awak. -Uzair-
Munirah tersenyum membaca mesej yang dihantarnya.
Ira. Saya nak awak tahu, yang saya sukakan awak. Tapi saya taknak hubungan kita diteruskan dengan jalan maksiat. Saya hanya nak kita hanya berkawan sahaja. Saya tahu, kita berdua masih belajar. Jauh lagi perjalanan nak bincang hal ni. Tapi, saya nak awak tahu, saya dah mula serius dengan awak. Jadi saya nak jawapan dari awak. -Uzair-
Munirah berfikir sejenak dengan apa yang dikatakan oleh Uzair melalui mesej Whatsapp nya. Sejujurnya dia pun tidak tahu dengan hatinya sendiri. Dia takut untuk memberikan lagi hatinya kepada orang lain. Dia takut perkara sama berulang lagi. Anggap sebagai kawan. Tetapi akhirnya, perasaan itu sia-sia sahaja.
Awak. Terima kasih kerana sukakan saya walaupun saya ni bukanlah ciri-ciri yang awak nak. Tapi, boleh bagi saya sedikit masa nak berfikir? Esok malam saya bagi jawapan boleh? -Munirah-
Kini hati Uzair pula tidak keruan. Dia takut cintanya ditolak. Tetapi dia perlu bersedia kerana dia sudah menyatakan perasaannya. Buruk atau tidak jawapannya, Uzair kena terima.
Okay. Saya tunggu 😊 -Uzair-
Terima kasih bagi saya ruang. -Munirah-
Sama-sama. Dah lewat dah ni. Esok nak sahur. Nanti awak bangun akhir pulak sebab saya. Haha. -Uzair-
Hihi. Okay. Awak pun tidur awal jugak tau. Jangan selalu tidur akhir. Tak baik untuk kesihatan. Jangan selalu nak main game je tengah malam. Kang esok kelas mengantuk. Cakap tak cukup tidur, padahal tengah malam main game. Ingat pesan saya ni. Amaran keras! Jangan tidur akhir lagi. -Munirah-
Uzair hanya mampu tersenyum dengan mesej yang panjang yang dihantar oleh Munirah menyebabkan dia semakin menyukainya.
Iya. Saya janji tak tidur akhir lagi kecuali assignment. Hehe. -Uzair-
Buat assignment takpe. Tapi jangan selalu jugak. Banyak lagi masa lain. Kenapa nak kena tunggu tengah malam jugak nak buat ha? -Munirah-
Uzair ketawa membacanya.
"Comel. Macam manalah aku nak move on dengan kau ni?" bisiknya dalam hati.
Hahaha. Iya iya. Saya janji tak buat selalu okay? Dah. Pergi tidur. Lailah Saedah(Selamat Malam). Assalamualaikum. -Uzair-
Okay. Lailah Saedah(Selamat Malam). Waalaikumsalam. -Munirah-
Uzair pun merebahkan dirinya ke atas katilnya yang empuk. Debaran masih lagi belum hilang sehinggalah esok hari dia tahu jawapannya.
"Kalau dia yang selama ini aku cari, Kau permudahkan Ya Allah."
YOU ARE READING
Capal Ungu
RomanceAkak nak tanya something. Adik masih sayangkan dia? -Khadijah Adik tawakkal je dengan Allah. Kalau ada jodoh, adalah. Kalau takde, adik mintak satu je dengan Allah. Jaga hati kami masing-masing dan hadirkan perasaan sayang kepada orang yang tepat sa...