Husna melangkah kaki ke perpustakaan untuk mencari maklumat berkenaan dengan tugasannya ditemani kawannya, Alwani. Keadaan perpustakaan pada waktu itu tidaklah seramai seperti biasa kerana kebanyakan pelajar masih berada di dalam kelas. Ketika Husna sedang sibuk mencari buku di rak-rak, Uzair dan Jabbar pun masuk ke dalam perpustakaan sambil diperhati Husna dan Alwani. Senyuman terukir di bibir Husna melihat kelibat lelaki pujaan hatinya berada di tempat yang sama. Sudah lama dia menyimpan perasaan terhadap Uzair memandangkan rumahnya tidak jauh dari rumah Uzair. Keluarganya amat mengenali Uzair kerana Uzair selalu singgah di rumah mereka untuk mengajar Husna sewaktu mereka berdua masih sekolah dahulu. Tujuan Husna untuk memasuki institusi adalah kerana dia ingin sentiasa dekat bersama Uzair. Dan sebab itulah Uzair selesa apabila berbual dengan Husna.
"Hai abang Uzair." Tegurnya riang apabila Uzair mula mendekati rak yang berhampiran dengan Husna.
"Allahu Akbar. Terkejut abang. Haha. Hai. Dah lama Una kat sini?" soal Uzair. Panggilan 'Una' sudah mampu membuatnya tersenyum kerana ia merupakan nama panggilan manjanya dan hanya ibu dan Uzair sahaja yang memanggilnya dengan panggilan itu.
"Tak. Baru je. Abang buat apa kat sini?" soal Husna kembali.
"Nak cari bukulah dik oi. Takkan nak cari makwe pulak." Seloroh Uzair.
"Hehe. Mana tau nak cari makwe." Usik si Husna.
"Ada-ada je lah Una ni. Haha."
"Em. Abang Uzair free tak malam ni?" soal Husna lagi.
"Em. Free kot. Kenapa?" soal Uzair kembali.
"Macam biasa. Hihi. Ajar Una Syariah please." Jawab Husna tersengih.
"Una tak faham la apa yang diajar Prof Fatimah semalam." Sambungnya lagi.
"Okey. Nak jumpa kat mana?"
"Kat sini jelah." Jawab Husna.
Uzair memberikan simbol tangan 'okey' ke Husna lalu beredar ke rak lain. Senyuman tidak lekang dipipi Husna dapat berhadapan secara dekat dengan Uzair. Dia tidak sabar ingin meluahkan perasaannya terhadap Uzair kerana dia yakin Uzair mempunyai perasaan yang sama seperti Husna.
Uzair pun menuju ketempat duduknya disebelah Jabbar yang sibuk menyiapkan tugasannya di dalam laptopnya.
"Awat lama sangat kau cari buku tadi?" soal Jabbar.
"Takde apa. Aku jumpa Husna tadi. Dia nak mintak ajar Syariah malam ni." Jawab Uzair sambil tangannya sibuk menyelak setiap helaian buku yang dia pilih sebentar tadi.
"Ohh. Hm. Aku just nak cakap satu. Budak-budak kampus dah heboh cerita pasal kau dan Husna rapat." Ujar Jabbar. Uzair tertawa kecil mendengar apa yang disampaikan oleh Jabbar sebentar tadi.
"Haha. Kenapa pulak sampai macam tu? Aku dengan Husna kan berjiran. Mestilah rapat." Ujar Uzair.
"Yelah. Memanglah rapat. Tapi baru-baru ni orang dapat tahu yang kau ada sukakan someone. Cuma tak tahu siapa. Jadi diorang syak Husna la yang kau suka sebab ramai-ramai banat yang ada dalam kampus ni, Husna sorang je yang kau rapat. Orang langsung tak tahu pasal kau dan Munirah sebab korang berdua tak pernah interact dekat-dekat pun sebelum ni." Jelas Jabbar panjang.
Penjelasan daripada Jabbar membuatkan Uzair berfikir sejenak. Adakah berita ini telah sampai di telinga Munirah?
Sepanjang mereka berada di perpustakaan, rupa-rupanya Munirah sudah lama berada di perpustakaan bersama Aisyah. Mereka berdua duduk di hujung rak sedang membaca buku. Perbualan antara Uzair dan Husna pun Munirah sudah melihatnya kerana mereka berdua pada ketika itu berdekatan dengan tempat Munirah cuma mereka tidak perasan kehadiran Munirah di situ. Hatinya seolah-olah remuk apabila khabar angin dengan apa yang baru sahaja dilihatnya adalah benar.
"Kenapa dengan aku ni? Kenapa aku rasa sakit hati? Aku cemburu ke?" bertubi-tubi soalan muncul difikiran Munirah.
"Aku balik dululah, Aisyah. Tiba-tiba aku rasa tak sedap badan ni." Ujar Munirah.
"Ohh. Okey. Kalau kau nak aku tapaukan makanan tengah hari nanti, Whatsapp je tau. Syafakillah(Semoga Allah sembuhkan kamu)." Jawab Aisyah.
"Kau okey ke sorang-sorang ni?" soal Munirah kembali.
"Okey je. Lagipun si Syakinah dan Intan nak kesini jugak nanti." Jawab Aisyah.
"Ohh. Okeylah. Aku balik dulu ye." Ujar Munirah lalu berangkat dari tempat duduknya.
Sebelum melangkah kaki keluar perpustakaan, dia terserempak dengan Uzair dan Jabbar. Wajah Uzair terukir ceria melihat gadis idamannya di depan mata. Dia memberikan senyuman manis ke arah Munirah namun tidak dibalasnya lalu pergi dari situ. Uzair mulai hairan dengan tingkah lakunya. Kebiasaannya Munirah akan membalas kembali senyumannya tetapi kali ini tidak.
"Aku rasa dia dah tahu." Ujar Jabbar.
YOU ARE READING
Capal Ungu
RomanceAkak nak tanya something. Adik masih sayangkan dia? -Khadijah Adik tawakkal je dengan Allah. Kalau ada jodoh, adalah. Kalau takde, adik mintak satu je dengan Allah. Jaga hati kami masing-masing dan hadirkan perasaan sayang kepada orang yang tepat sa...