BAB 5

12 1 0
                                    

Setelah selesai kelas petang dengan subjek yang membosankan, Uzair menuju ke bilik pensyarah untuk menghantar tugasan yang telah lama dia siapkan ditemani Jabbar. Sepanjang perjalanan mereka, Uzair layap memikirkan soal kelmarin. Dia akui, dia amat gembira apabila dapat berbual dengan Munirah walaupun hanya sekejap sahaja. Baginya, bukan senang ingin dekati seseorang perempuan. Lebih-lebih lagi, Uzair menjadi segan apabila bertemu dengan orang yang disukainya. Masih terngiang-ngiang suaranya di telinga Uzair dan terukir senyuman dibibirnya secara tidak sedar membuatkan Jabbar kehairanan.

"Uzair. Janganlah seram sangat wei. Aku tahu ni bulan puasa. Tak mudah kena sampuk. Tapi kalau kau senyum, creepy la wei. Macam perogol bersiri." Usik si Jabbar.

"Kuajo kau. Hahahaha. Aku tahulah aku tak hensem." Jelas Uzair sambil tertawa.

"Em. Jab. Kau sama sekolah dengan Ira kan?" 

"Aku dah agak dah. Kau senyum tadi mesti pasal Ira kan? Hahaha. Haah. Aku sama sekolah dengan dia dulu. Kenapa tanya? Oh okey aku faham. Em jap eh. Aku mengimbau kembali zaman dulu." Jelas si Jabbar mengetahui maksud yang tersirat disebalik soalan Uzair itu tadi.

Uzair hanya mampu mendiamkan diri sahaja. Ramai kawan rapatnya mengetahui dia menyimpan perasaan terhadap Munirah. Namun, tidak ada seorangpun yang menceritakannya kepada Munirah sehinggalah Iqram yang memberikan petunjuk kepada Munirah sendiri.

"Emm. Ira ni baik orangnya. Budak pengawas. Budak badar. Budak masjid. Peramah orangnya dulu. Tapi tak tahulah masuk je sini dia terus berubah. Takdelah banyak sangat berubah. Perwatakannya dulu ceria dan playful je. Masuk sini, dia terus kasar. Aku tak tahu apa penyebab dia berubah. Tapi, kalau kau serius dengan dia, aku sokong kau. Aku kenal Ira tu macam mana. Jadi aku rasa korang berdua kalau disatukan, okey je." Jelas Jabbar.

"Dia ada someone ke dulu?" soal Uzair lagi.

"Pasal peribadi dia, tak ramai yang tahu melainkan kawan yang paling dia rapat sahaja. Dia jenis taknak share peribadi dia dekat orang lain. Takut menyusahkan dia kata." Jawab Jabbar.

Uzair mengangguk tanda faham. Dapatkah dia mendekati Munirah? Adakah Munirah akan menerimanya? Semakin banyak persoalan yang timbul dalam minda Uzair. Setelah sampai ke bilik pensyarah, baru sahaja Uzair mengetuk pintu, pintu sudahpun terbuka dan muncul seorang gadis yang diminatinya berada didepannya. Munirah pula berdiri kaku apabila melihat Uzair berada didepannya. Jabbar yang berada disitu seperti sedang menahan kesakitan.

"Uzair. Uzair." Bisik Jabbar.

Uzair tersedar dari lamunannya apabila Jabbar memanggilnya.

"Kau ni dah kenapa? Ish potong line betulla." Bisik Uzair lagi.

"Uzairrr. Aku tak larang kau tengok dia lama-lama. Tapi kaki aku ni janganla kau pijak. Kaki kau tu dahla serupa batu berat nak mampus." Jelas si Jabbar yang semakin berkerut mukanya menahan kesakitan.

"Oh. Maaf. Tak sedar." Jawab si Uzair lalu mengalihkan kakinya.

"Memangla tak sedar. Kalau dah crush kat depan mata." Rungut si Jabbar.

"Apa kau kata tadi?" soal Uzair lagi.

"Ehem." Munirah berdehem ingin menarik perhatian mereka berdua.

Dia memberi isyarat ingin keluar kepada Uzair dan Jabbar lalu mereka memberi laluan.

"Terima kasih." Munirah bersuara sambil melemparkan senyuman ke arah mereka berdua.

"Sama-sama." Jawab Si Jabbar.

Uzair terlayap seketika melihat senyumannya lalu Jabbar menepuk belakang lehernya untuk menyedarkannya.

"Oh. Okey. Sama-sama." Jawab Uzair lalu Munirah berlalu dari situ.

Capal UnguWhere stories live. Discover now