BAB 3

17 1 0
                                    

Munirah dan Hana terkejut mendengar apa yang dikatakan oleh Iqram.

"Awakkk. Janganla main-main. Saya tak suka tau." Ujar si Hana.

"Ye betul. Tak tipu. Memang ada orang sukakan Ira. Tapi saya tak boleh bagitau direct la. Saya hanya cakap yang orang tu rapat dengan saya dan baru-baru ni Ira ada accept follow request Ira kat Instagram. Hehe. Okay tu je. Dahlah. Member ajak lepak. Bye." Jelas Iqram lalu mematikan panggilan telefonnya.

Munirah dan Hana hanya memandang antara satu sama lain.

"Siapa do? Geng Iqram tu bukannya sikit. Ramai tau tak. Tapi pasal follow request tu, aku rasa aku tahu." Munirah bersuara.

"Siapa wei?" soal Hana yang ingin tahu siapa.

Munirah membuka skrin telefonnya dan membuka laman akaun Instagramnya lalu menunjukkan akaun yang baru sahaja dia accept beberapa hari yang lepas.

"Ada 3 orang je yang aku accept dalam minggu ni. Dan salah seorangnya Uzair. Sebab aku tahu yang Uzair ni sama kampus dengan kita so aku accept je la." Jelas Munirah.

"Hm. Kau nak tahu ke siapa orang tu?" soal Hana.

Soalan Hana sepertinya mempunyai maksud yang tersirat. Dia tahu bahawa Munirah masih lagi dalam proses melupakan lelaki itu. Lelaki yang Munirah kenal dan berkawan baik semenjak zaman sekolah lagi. Dulu berjanji ingin menghabiskan pelajaran bersama dan memikirkan soal perasaan yang dah lama terpendam dalam diri masing-masing. Apabila masing-masing masuk ke alam universiti masing-masing, perjanjian itu pun hilang apabila mendapat tahu bahawa lelaki itu telah menemukan pilihan hatinya. Munirah pasrah dengan ketentuan Ilahi kerana mungkin tiada jodoh antara mereka berdua. Genggamlah sekuat mana sekalipun, jika ia bukan milik kita, ia akan terlepas juga.

"Dah tiba kut masanya aku bukakan hati untuk seseorang." Jawab Munirah.

***

Setelah Iqram mematikan panggilan telefonnya, dia tidak perasan rupa-rupanya Uzair berada di sebelah katilnya sahaja.

"Eh. Uzair. Hehe. Lama ke kau kat sini wei? Tak perasan pun. Hehe." Soal Iqram tersengih-sengih ingin mengelak daripada Uzair yang menjeling ke arahnya.

"Aku dengar perbualan kau dengan Hana sampai habis, Iqram." Jawab Uzair dengan serius.

"Hehe. Em. Kenapa serius sangat ni Uzair? Marah ke? Tak baik tau monyok-monyok. Nanti Ira lari. Haa" gurau si Iqram.

Uzair lantas mengambil bantal di belakang Iqram lalu menghempuknya dengan kuat.

"Woii. Sakitlah. Adoiii." Iqram mengadu kesakitan.

"Tau pun sakit. Malulah aku wei kalau Ira tahu aku suka dia. Mana aku nak menyorok nanti? Tak ada can la aku nak curi-curi pandang dia. Mesti dia tak selesa kalau aku ada dekat dengan dia nanti. Mesti dia fikir aku ni stalker. Tapi memang aku stalkerla. Kau ni kan. Eyy." Bebel si Uzair.

"Hahaha. Sabarlah Uzair. Kalau tak masa ni, sampai bila kau nak menyorok? Lagipun aku baru dapat tahu yang dia ni belum berpunya. Apa tunggu lagi? Mulalah action kau." Jelas si Iqram sambil menepuk belakangnya.

***

Setelah habis waktu kuliah, Jabbar menuju ke tempat duduk Uzair.

"Uzair. Petang ni teman aku jom pergi bazar. Teringinla nak makan murtabak daging."

"Ada kereta sewa ke tak ni?" soal Uzair.

"Ada. Pagi tadi aku book dah. Kau bawak eh. Hehe." Jawab si Jabbar melemparkan senyum kambingnya.

Uzair hanya mengangguk tanda mengiyakan sahaja. Setelah beredar dari kelas kuliah, mereka berdua pun menuju ke surau untuk menunaikan solat Zohor secara berjemaah. Setelah selesai mengambil wudhuk, Uzair menuju ke arah Iqram yang masih lagi ligat bermain telefonnya.

"Sudah-sudahla tu. Dah nak Zohor dah ni. Tak lari Hana tu kalau kau ambik wudhuk." Tegur Uzair.

"Hahaha. Asal aku main phone je, kau cop aku dengan Hana. Aku tengah survey kasut bola la tadi. Haiyaa." Rungut si Iqram lalu pergi meninggalkan Uzair dan menitipkan telefonnya kepada Uzair.

Tidak lama kemudian, telefon Iqram bergetar panjang menandakan panggilan masuk lantas dia menjawabnya apabila dia melihat nama Hana terpapar di skrin telefon milik Iqram.

"Helo. Assalamualaikum, Iqram. Ira ni. Hana tak berapa nak sihat. So, tolong belikan dia apa-apa je lah makanan yang boleh naikkan selera dia. Kau pergi bazar kan lepas ni?"

"Waalaikumsalam. Er. Iqram takde. Dia.. emm... tengah ambik.. err wudhuk tadi." Sahut Uzair tergagap.

"Oh. Siapa ni?" soal Munirah.

Uzair mendiamkan diri seketika.

"Uzair." Jawab Uzair.

Uzair dan Munirah terdiam seribu bahasa.

Capal UnguWhere stories live. Discover now