Setelah Munirah menghabiskan bacaan Al-Qurannya yang terakhir, dia pun pulang ke asrama. Sewaktu dalam perjalanan pulang, dia terserempak dengan Uzair yang tengah mengisi air botolnya di depan dewan. Uzair memaling ke arah Munirah dan gerakan mereka terkunci. Mereka memandang antara satu sama lain. Selama ini, Hanalah yang menemaninya untuk berjumpa dengan Uzair walaupun dari jauh sahaja. Tetapi kali ini, tanpa ditemani oleh sesiapa, baik Munirah ataupun Uzair, mereka bersendirian. Uzair tidak tahu bagaimana dia harus memulakan bicara. Adakah dia perlu pergi sahaja ataupun tegur Munirah seperti biasa? Uzair tidak dapat berfikir pada saat genting itu. Namun, Munirah hanya melewatinya sahaja tanpa memandangnya lagi mahupun memberikan senyuman yang selalu diberikan untuknya. Jauh dari sudut hati Uzair, dia berasa sedikit kecewa apabila Munirah tidak menegurnya dan hanya melewatinya sahaja. Dia mula memikirkan soal semalam. Mungkinkah Munirah sudah tidak mahu berkawan dengannya lagi?
"Malam ni saya bagi jawapan ye." Munirah bersuara lalu dia pergi dari situ.
Hati Uzair semakin berdebar. Walau apa sahaja keputusan yang Munirah katakan, dia perlu terima dengan hati yang terbuka. Lantas dia menuju ke asrama dan menunggu panggilan dari Munirah. Tidak lama kemudian, telefonnya berdering dengan lagu yang lain dari yang lain menandakan panggilan masuk dari Munirah lantas dia menjawabnya.
"Helo. Assalamualaikum." Uzair memulakan bicara.
"Waalaikumsalam." Sahut Munirah.
Itulah kali pertama mereka menelefon sesama sendiri ditemani oleh Aisyah, rakan sebiliknya.
"Need a space?" soal Aisyah apabila dia melihat Munirah sudah meletakkan telefon ditelinganya.
Munirah mengangguk tanda setuju. Aisyah pun keluar dari bilik untuk singgah ke bilik kawannya yang lain.
"Okay. Awak dah bersedia nak dengar jawapan saya?" soal Munirah membuatkan hati Uzair semakin berdebar.
"InshaAllah. Teruskan."
"Boleh saya bercerita dulu?" soal Munirah kembali.
"Silakan. Saya sedia mendengar." Jawab Uzair pendek.
Munirah memulakan ceritanya.
"Cerita ni saya tak pernah pun cerita dekat kawan-kawan saya melainkan kawan rapat saya. Awaklah orang pertama yang akan tahu cerita ni. Dulu, saya pernah kenal dengan seorang lelaki ni. Dia macam awak jugak. Baik, sempurna akhlaknya, tak suka rapat dengan perempuan. Peribadi dia yang buatkan saya jatuh hati dekat dia. Dan dia pun simpan perasaan yang sama." Jelas Munirah.
"Dia pernah kata kat saya, tunggu sampai dia mampu, tunggu sampai kitorang bersedia. Kitorang masih belajar. Masih jauh lagi perjalanan yang perlu ditempuh. Then saya cakapla, saya akan tunggu masa tu." Sambung Munirah lagi.
Setelah itu dia kembali senyap.
"Ira. Awak okay ke?" soal Uzair khawatir.
"Ye. Saya okay." Munirah tersenyum apabila Uzair mula khawatir tentangnya.
"Nak sambung ke? Kalau tak mampu takpe. Saya boleh tunggu hari lain." Soal Uzair lagi.
"Tak. Saya dah janji dengan awak. Saya nak bagi jawapan kat awak malam ni jugak. Saya nak teruskan jugak." Jawab Munirah tegas.
"Okay."
Munirah menyambung ceritanya.
"Then, bila masing-masing dah jauh, jarang jumpa, jarang pulak tanya khabar. Saya baru tahu yang dia dah pun jumpa dengan pilihan hatinya. Saya tak tahu nak gambarkan macam mana keadaan saya waktu saya dengar dia jumpa orang lain. Dan dia pun tak bagitau saya. Jadi, sekarang ni saya masih lagi dalam proses healing."
Munirah senyap seketika.
"Uzair. I need to ask you a question. Can you answer it honestly?"
"What is it, Ira? InshaAllah I can."
"Do you love me or you just like me?" soal Munirah.
Perbincangan mereka semakin serius.
"From the first time I know you, yes I liked you. But now, I think I love you. Lillahi Ta'ala." Uzair menjawabnya dengan tenang.
"What's the reason you love me? Do you love me just for fun?" soal Munirah lagi.
"No. I've never think of that. Ira. Jujur dalam lubuk hati saya, pertama kali saya tengok awak, saya dapat rasakan yang awaklah orang yang saya cari selama ni. Even though you didn't do anything to make me like you before, tapi perwatakan awak, peribadi awak, penampilan awak buatkan saya semakin kuat nak awak jadi milik saya" Jelas Uzair.
"Ira. I just want you to know that, I have intend to marry you in the future. I'm serious with you, Fatin Munirah."
Munirah terkedu mendengar apa yang dikatakan oleh Uzair. Sebelum ini, dia tidak pernah menemui orang yang berani mengatakan soal kahwin dengannya. Uzairlah orang pertama yang mengatakannya. Sememangnya umur mereka sudah layak berbincang soal perkahwinan.
"Then, Uzair. Try to win my heart."
YOU ARE READING
Capal Ungu
RomanceAkak nak tanya something. Adik masih sayangkan dia? -Khadijah Adik tawakkal je dengan Allah. Kalau ada jodoh, adalah. Kalau takde, adik mintak satu je dengan Allah. Jaga hati kami masing-masing dan hadirkan perasaan sayang kepada orang yang tepat sa...