BAB 4

14 1 0
                                    


"Oh ya. Jangan lupa pesan kat Iqram tau pasal tadi." Ujar Munirah.

"Err. Okay." Sahut Uzair pendek kerana dia masih terkejut dengan situasi yang agak janggal ini.

"Nice to talk to you, Uzair." Balas Munirah membuatkan Uzair terdiam lagi.

"Okay. Bye. Assalamualaikum." Munirah mematikan panggilan telefon.

Uzair hampir tidak percaya bahawa akhirnya dia telahpun berjaya menegurnya walaupun agak kekok dan Munirah yang memulakan bicara. Uzair tersenyum riang apabila mengimbau kembali situasi tadi sehinggakan Iqram yang baru sahaja selesai mengambil wudhuk hairan melihatnya.

"Kau ni dah kenapa? Seriau darah aku tengok kau macam ni. Jarang tau kau senyum sampai ke telinga ni melainkan..." Iqram tidak mampu menghabiskan kata-katanya.

Sepertinya Iqram sudah agak bahawa penyebab senyuman itu tidak lain tidak bukan, Munirahlah penyebabnya.

"Dia call kau tadi guna phone Hana. Suruh kau belikan makanan untuk Hana. Hana tak berapa nak sihat. Tu je." Jawab Uzair masih lagi tidak hilang senyuman dibibirnya.

"Eleh. Tu je. Tapi dalam hati excited bagai nak rak. Tahniah bro." Iqram menepuk bahunya.

Azan sudahpun kedengaran di jam digital azan menandakan masuk waktu Zohor.

***

Setelah Munirah mematikan panggilan telefon, dia pun menjenguk Hana yang masih lagi berperang dengan kesakitan.

"Kau nak apa-apa tak? Nanti aku buatkan." Pelawa Munirah.

Hana tidak mampu bersuara. Hanya mampu menggeleng sahaja.

"Hm. Jap eh. Aku buatkan air teh panas. Perut tu takleh biar sejuk. Mesti panas. Kalau tak, sakit tu jadi melarat pulak." Jelas Munirah yang masih bimbangkan Hana.

Dia pun memanaskan air dalam water heater. Sambil menunggu air dalam water heater panas, dia teringat dengan situasi tadi. Baru pertama kali dia menegur si Uzair kerana dia tidaklah begitu rapat dengan lelaki melainkan lelaki sekelas dengannya. Sebelum ini ada sahaja lelaki yang ingin mendekatinya namun ditolak begitu sahaja kerana bimbang timbul perasaan suka dan bimbang juga perkara sama berulang lagi. Tetapi kali ini, Munirah merasakan sesuatu yang lain dari Uzair seperti ada yang menarik perhatiannya untuk mendekati dan memahami Uzair.

"Patutkah aku?" Munirah hanya mampu mengeluh panjang.

Bunyi 'ketik' menandakan air dalam water heater sudahpun panas. Munirah lantas menuangkan air panas ke dalam cawan yang sudah diisi uncang teh lalu diberikan kepada Hana.

"Aku masuk bilik dulu tau."

Hana menganggukkan sahaja.

"Nanti kalau sakit dia makin parah, bagitau saya ye, Fatin." Ujar Munirah kepada teman sebilik Hana yang merupakan junior mereka.

"Okay, kak." Jawab Fatin yang sibuk menyiapkan tugasannya namun tidak lupa memberikan senyuman manis ke arahnya.

Munirah merebahkan dirinya ke atas katilnya yang empuk. Dia mencapai telefonnya lalu membuka laman Instagramnya. Jarinya ligat menaip nama seseorang iaitu Uzair. Dia membuka satu persatu postingan Uzair sebelum ini.

"He's not that handsome. And not my type also. But... emm. Kenapa aku tertarik nak tahu pasal dia ah? Sebelum ni aku tak tertarik pun kalau ada orang sukakan aku. Tapi kali ni lain. Apa yang ada pada kau ni ha?" soal Munirah dalam hati.

Persoalan semakin banyak timbul dalam diri Munirah. Adakah dia jawapannya? Adakah dia sebenar-benar orangnya? Adakah dia orang yang tepat mengisi ruang kosong di hatinya? Patutkah Munirah memberinya peluang?

***

Munirah terjaga dari lenanya apabila mendengar penggera di telefonnya. Dia pun menuju ke bilik air untuk mengambil wudhuk dan bersiap sedia untuk qiamullail. Dalam sujud terakhirnya, dia memohon petunjuk kepada Sang Kholiq untuk menjawab segala persoalan yang timbul dalam dirinya.

"Ya Rabb. Adakah dia yang selayak-layaknya? Adakah dia orang yang aku cari selama ini? Mungkinkah juga dia hadir hanya untuk menghilangkan rasa duka lalu pergi begitu sahaja dan akan menimbulkan luka yang baru? Apa mesej yang ingin Kau sampaikan, Ya Rabb? Berilah petunjuk kepada hamba-Mu yang lemah ini. Hanya Engkau tempat aku mengadu dan hanya Engkau sahaja yang mengetahui apa yang aku perlukan."

Capal UnguWhere stories live. Discover now