<Fourteen>

58 11 14
                                    

"ADUH! SAKIT LA YERIN~" Taehyung merintih kesakitan apabila Yerin dengan sengaja menekan pipinya yang lebam itu dengan kapas.

Yerin merengus.

"Siapa suruh kau buat macam tadi? Kau tahu tak bahaya?" Soal Yerin tidak berpuas hati.

Taehyung menundukkan kepalanya.

"Saya cuma nak tolong awak je. Jangan lah marah" Balas Taehyung sambil bermain-main dengan jarinya.

Yerin memegang dagu Taehyung agar memandangnya semula.

Taehyung membuat muka sedih.

Simpati lah pada dia--

"Aku tak marah. Cuma aku kecewa dengan kau. Tak perlu lah tunjuk hero sangat. Kau jugak yang sakit" Kata Yerin sambil merawat lebam di pipi Taehyung itu.

Taehyung merenung wajah cantik yerin yang jauh 10 cm sahaja dengan mukanya itu.

Taehyung tersenyum nipis.

"Awak risau kan saya eh?" Soal Taehyung dengan senyuman mengusik.

"Aku?"

Taehyung menganggukkan kepalanya laju.

"Memang tak la. Aku cuma risau kalau omma kau dapat tahu anak kesayangan dia ni kena tumbuk sebab aku." Balas Yerin.

Hilang terus senyuman dibibir Taehyung.

"Alaa awak ni. Jangan la jujur sangat" Taehyung mencebik dengan muka sedih.

Yerin terus membuang kapas tadi ke tong sampah.

"Okay. Aku dah habis rawat kau. Aku nak balik dulu--

Belum sempat Yerin mahu beredar, Taehyung menarik lengan Yerin sehingga gadis itu terduduk semula di bangku.

Yerin sedikit tergamam.

Taehyung tersenyum nipis sebelum tangannya naik menyentuh pipi Yerin.

Ibu jarinya lembut menyentuh bibir yerin yang luka itu.

Yerin terkaku.

"Saya tak kesah kalau awak tak risau pasal saya. Tapi awak kena risau pasal diri awak sendiri" Kata Taehyung seraya itu letak ubat cream pada bibir Yerin.

Yerin hanya berdiam diri dan melihat sahaja apa yang Taehyung lakukan pada bibirnya.

"Okay dah" Taehyung terus tutup ubat cream itu sambil mata fokus pada bibir yerin.

Yerin berdecit.

"Jangan seksa diri aku please" Kata Yerin perlahan.

"Apa dia?" Soal Taehyung.

Yerin terus menggeleng kepalanya.

"Tak. Takde pape. Aku balik dulu" Yerin terus berlalu pergi meninggalkan Taehyung seorang diri.

Taehyung menggaru kepalanya yang tak gatal

☆✼★━━━━━━━━━━━━★✼☆。

·̩̩̥͙**•̩̩͙✩•̩̩͙*˚  Ş€ĆŘ€Ŧ ŁØV€  ˚*•̩̩͙✩•̩̩͙*˚*·̩̩̥͙ (Chapter Fourteen

・‥…━━━━━━━☆☆━━━━━━━…‥・

"SELAMAT PAGI SEMUA!" Laung Taehyung riang yang baru masuk ke dalam kelas itu.

Krik krik.

Semua murid dalam kelas 11-2 itu memandang Taehyung dengan muka 'pahal mamat ni?'

[OG] Secret Love •TAERIN•Where stories live. Discover now