<One>

166 20 63
                                    



Taehyung p.o.v

Aku menyelak muka surat yang lain dengan perlahan.

Mata fokus membaca novel ditangan.

Aku tergelak kecil membaca part yang agak lawak.

"Haih comel je mereka berdua ni" aku berkata dengan sisa tawa.

"Aduh kepala ku~" aku terus tutup novel itu dan mengusap-usap kepala aku.

"Lama sangat aku baca novel ni" Aku terus simpan novel itu di bawah meja.

Aku membetulkan cermin mata aku yang sedikit besar itu sebelum menapak keluar dari kelas.

Dengan langkah yang perlahan aku berjalan menuju ke Koridor.

Aku mendongak memandang langit yang cantik.

"Emm~ cerahnya!" Aku menghirup udara segar pagi itu.

Aku menongkat dagu sambil memandang suasana di padang sekolah.

"Harini hari yang paling aman bagi aku. Aku suka sangat!" Aku tersenyum lebar sebelum masuk semula ke dalam kelas dan duduk di kerusi.

Novel dibawah meja dicapai.

"Arghh! Aku takleh muvon dengan part sweet tadi! Mari sambung baca!" Aku dengan perasaan teruja menyelak novel itu.

"Eh lemas lah pulak tak buka tingkap. Buka jela tingkap ni" aku terus membuka tingkap disebelah.

Well meja tepi tingkap is da best!

Nak intai awek blok sebelah pon senang-- Eh?

"Hmm segar sikit dah buka tingkap! Now sambung baca!" Aku fokus membaca novel itu.

Bibir setia tersenyum.

"Kau bagaikan bidadari di syurga~
Dan itulah sebabnya aku jatuh cinta pada pandang pertama~ WOAHHH SO SWEET ASHSHSHAGA!" Aku memukul meja berkali-kali kerana terlampau teruja.

Aku sambung membaca.

"Hari yang indah~ hari yang gembira di hari raya--

"WOI ANAK KIM!"

"MAK KAU SHREK!" Aku terus menekup mulut.

Mata aku membulat bila ternampak buku novel aku sudah selamat mendarat di tingkat bawah melalui tingkap.

"PINJAM NOTA SEJARAH SEMALAM BRADER! AKU TERDESAK NI! PLEASE! AKU TERTIDUR LAMBAT MALAM SEMALAM!"

Perlahan-lahan aku menoleh memandang ke arah Hong Jisoo.

Mari aku kenalkan. Ini Hong Jisoo. Orang panggil dia Joshua. 18 tahun. Classmate aku yang paling aku rapat. Dan juga bespren aku yang paling anat dan annoying.

Aku memandang Joshua dengan pandangan yang tajam

Aku pandang dia yang tengah sibuk tiru nota sejarah aku dekat meja sebelah aku.

Joshua mendongak memandang aku.

"Kau pahal? Tak nak duduk?" Soal Joshua sebelum sambung menyalin nota

Aku mengemam bibir. Mata dipejam rapat.

Geram je la aku dengan anak Hong ni.

"Aku turun sekejap" kata aku.

"Pegi mana?" Soal joshua. Mata masih fokus pada nota.

"Nak ambil balik novel aku yang dah selamat mendarat dekat tingkat bawah disebabkan kau" aku terus berjalan menuju ke pintu kelas.

[OG] Secret Love •TAERIN•Where stories live. Discover now