Announcement 2

161 32 19
                                    

Assalamualaikum semua! Hai!

Bertemu kita kembali di sini. Baiklah saya tak naklah buang masa... Jadi, saya ingin memaklumkan yang tarikh senarai pendek  kini dianjakkan kepada 26 Jun dan tarikh pengumuman pemenang kepada 10 Julai.

Ada beberapa juri kita ni sibuk sedikit jadi, dia minta saya anjakkan tarikh.

Memandangkan keadaan sekarang agak rumit bagi kita semua, saya harap anda bertenang dan diharap anda dapat publish semula buku sebelum tarikh senarai pendek.

Banyakkan berdoa agar masalah ini dapat ditangani. Kita sebagai penulis jangan berputus asa.

Yelah, siapa yang tak risaukan pasal isu plagiat ni. Satu website apatah namanya, saya pun tak ingat yang membolehkan sesiapa copy paste karya orang lain.  Mestilah ramai yang risau, kan? Tapi, saya sarankan anda supaya tidak perlu gelabah. Perkara ini dah pernah berlaku.

Jangan jadi seperti saya. Risaunya tak tentu. Hahaha... saya juga telah unpublish karya saya dan mengambil keputusan untuk berhenti menulis buat sementara waktu 😅😅. 

Saya tahu anda semua kuat jadi, tabahkan diri menghadapi perkara seperti ini...

Seseorang pernah berkata kepada saya;

Tidak kiralah apapun masalah yang datang, kejarlah cahaya yang tetap menantimu di hujung sana,”

Think positive. I know we can do this.

Maklumkan kepada saya sekiranya karya yang anda pertandingkan di dalam award ini, telah di publish semula.

Sebarang perubahan akan dimaklumkan semula.


That's all from me,

liaa_nadh

V's Award (2020 Closed)Where stories live. Discover now