20.

48 5 0
                                    

"Kau buat ape tu?"

Aku mencari suara itu. Oh my god...

"Yoon Siyoon, kamu ikut saya ke bilik saya sekarang!!" Pengetua Park yang datang. Tak sangka pengetua yang datang.

"Oh, orang yang bersama kamu pun ikut jugak." Jap, dia nampak Moonbyul. Moonbyul agak ketakutan.

Di bilik pengetua...

"Boleh duduk kamu berdua." Kami duduk di kerusi yang disediakan. "Beritahu saya sebanyak mana kamu dah jumpa tentang bukti sekolah ni."

Kami terdiam. Kalau aku bagi, nanti segala perkara yang aku cari ni sia sia. "Haih... Byul, bagitahu apa yang kau tolong budak ni."

Dia tahu nama Moonbyul. "Aku tolong dia supaya boleh cari siapa bunuh aku." Jap, diorang ni saling berkenalan?

"Kenapa Yoon Siyoon? Terkejut kamu nampak kami agak bermesra?" "Kita tak bermesralah bongok!" Pengetua Park tergelak.

"Saya merupakan antara pelajar sekolah ni pada tahun 2000. Saya tahu hampir semua perkara yang berlaku di sekolah ni."

Aku agak terkejut. "Kenapa Moonbyul takut tengok muka pengetua?" Pengetua tergelak.

"Sebab adik saya antara orang yang buli dia dulu." Wau, memang tak disangka. "Dulu dia selalu buli aku. Tapi dia tak pernah sampai bunuh aku."

"Ya, betul. Kalau adik saya bunuh dia, adik saya pasti akan menyerah." Aku dalam kebingungan.

"Tapi, kenapa pengetua taknak hal ni tersebar?" Beliau memandangku dengan sayu. "Sebab saya taknak dipersalahkan. Dan pembunuh tu sebenarnya dah bunuh adik saya.

Adik? "Dia terbunuh sebab dia hampir beritahu polis pasal hal ni kan?" Pengetua angguk. "Start tu, saya tak berani nak bagitahu pasal sekolah ni."

Flashback pasal Pengetua Park

Tahun 2000

Pengetua Park (pov)

"Park Mingyu! Kau buat ape kat dalam bilik kau ni?" Aku mengemas kertas kertas yang berterabur.

"Abang, kenapa masuk bilik saya?" Mingyu baru keluar dari bilik air. "Kau buat ape sampai bilik bersepah macam ni?" Dia senyum.

"Aku tengah siasat sesuatu. Setakat ni semua kes siap!" Aku menggelengkan kepala. Adik aku sangat berminat dalam bab penyiasatan.

"Abang, aku nak semua tahu yang sekolah Sishwam ni ade banyak kes besar." Aku hanya angguk. Tak tahu nak jawab ape.

Dia sentiasa berhubung dengan Kim Minhee (abang Minkyu). Dia buat segala catatan.

Tapi suatu hari..... hari sebelum kami nak beritahu polis pasal kes itu....

"Adik! Kau kat mana!" Rumah kami terbakar tapi adik terperangkap di dalam.

Tapi aku cuba rempuh masuk. Ada seorang lelaki berhoodie hitam telah bunuh adik aku dan bakar rumah tu. Jadi segala bukti hilang macam tu je.

End flashback...

Seperti yang aku fikir, semua bukti tu hilang macam tu je. "Pengetua, apa perlu saya buat lagi?"

"Habiskan semuanya secepat mungkin. Maybe, saya takde masa kamu berjaya." Kata kata pengetua buat aku rasa terharu.

"Pengetua, saya ade lagi sikit je. Saya akan habiskan secepat mungkin!" Pengetua hanya senyum.

"Park Ganglim, kau tak tahu siapa pembunuhnya? Mestilah kau tahu kan?" "Aku tak ingat tapi namanya panjang."

Okey harap benda tu membantu. Kami keluar dari bilik pengetua. "Moonbyul, kau okey tak?" Dia angguk.

.
.
.
.
.

Aku mencatat dalam buku. Akhirnya kes 6 dah selesai. Kes 7 takyah ngan 8 sebab Moonbyul tahu ape terjadi. Sebab diary ni.

Tapi, takkan dia dapat diary ni terus jadi macam ni. Mesti buku ni disumpah. "Moonbyul, sini jap."

Moonbyul bangun sambil membawa potato chip. "Apa dia?" Aku menunjukkan diary dia.

"Aku tak rasa kau punya diary ni berfungsi benda tu dari kau dapat lagi. Benda ni terus jadi time tahun 2000 kan?" Dia angguk.

"Boleh jadi, seseorang yang sumpah buku ni. Sebenarnya, aku nak tanya kau. Ade ke lelaki yang sentiasa fanatik dengan kau?"

Soalan aku membuatkan Moonbyul terkejut. "Aku tak ingatlah. Aku tak rasa ade. Ke orang yang benci aku?" Aku geleng.

"For me, buku diary ni sebenarnya buku untuk protect kau. Kau ade tulis pasal diri kau dalam ni. Kau ade tulis nama boyfriend kau, orang yang kau benci. Mereka semua mati."

Kami saling berpandangan. "Maknanya, diary aku kena bomoh!" Aku tak tahu nak respon ape. Hanya pandang pada siling rumah.

"Jadi sekarang kita dah sampai dua je lagi kes. Kes belakang sekolah." Biasanya yang lepak kat belakang sekolah ni pakcik atau makcik cleaner.

"Moonbyul, mana kau curi badan makcik cleaner sebelum ni?" "Belakang sekolah." "Kalau macam tu, kes ni takde kena mengena dengan pelajar."

Moonbyul blur. Takpelah hantu.

.
.
.
.
.

Esoknya, aku ke belakang sekolah. Kenapa bau kat belakang ni bau busuk? "Hello, ade orang tak kat sini?"

Ada seorang makcik yang sama dengan makcik yang Moonbyul pinjam. "Apa dia nak?" Baiknya.

"Saya nak tanya makcik. Makcik dah kerja kat sini berapa tahun?" "25 tahun." Oh bagusnya!

"Sebab saya..." Belum habis aku cakap, seorang makcik lagi datang. "Hoi, tua! Cepatlah kerja!" Aku perhatikan makcik yang marah tadi. Agak muda dan mekap tebal.

"Maafkan saya. Saya pergi sekarang." Makcik tu pun pergi. "Kamu budak! Gi balik kelas kamu!" Aku hanya pergi dari situ.

Aku kena cari jalan untuk jumpa makcik tu lagi. Tak tahulah.

Waktu malam....

Aku start balik perangai lama iaitu gi sekolah time malam malam. "Moonbyul, aku ni jahat tak?"

"Kau sentiasa jahat." Aku tergelak dengar ayat tu sebab aku biar Moonbyul tu tidur kat lantai.

Kami mencari makcik tu. Dan aku nampak dia berada di dalam rumah kecil di belakang sekolah.

"Knock! Knock!" Makcik tu membuka pintu. "Oh, kamu kenapa datang sekolah malam malam? Bahaya."

"Saya dtg jumpa makcik." Kami diberi masuk. "Nama makcik Noah. Makcik dah kerja selama 25 tahun. Kenapa kamu tanya?"

"Sebab saya nak tanya makcik Noah. Apa terjadi kat sini 20 tahun lepas." Makcik Noah dengar aku cakap terus dia suruh diam.

"Knock! Makcik tua! Kau buat ape! Aku dengar bunyi ketukan dari rumah kau!" Makcik garang tu datang!

"Sorok kat bawah katil." Aku dan Moonbyul sorok kat bawah katil. Kami duduk diam.

"Kau sure yang takde orang kat dalam ni." Makcik Noah angguk. Lalu, makcik Noah ditampar dengan kuat.

"Aku taknak sesiapa datang sini! Nanti kau bocorkan pasal tu!" Jap, pasal ape? Aku tertanya soalan tu.

Lepas makcik mekap tebal tu keluar, aku keluar dari bawah katil. "Makcik janji makcik ceritakan?" Dia angguk.

"Sebenarnya, masa tahun 2000, ade seorang makcik ni dia muda, umur dia dalam 20 an kot. Nama dia Lin."

"Suatu hari, dia kena bunuh dengan seorang laki ni. Makcik nampak yang laki tu cucukkan gunting ke jantungnya."

"Lepas tu, makcik report ke kat ketua?" Dia angguk.

"Tapi kami rahsiakan."

MOON DIARY || moonbyul✔Where stories live. Discover now