15. Human Kiss

59 8 0
                                        

"Saya dah sampai. Awak rindu saya tak?" Sakura peluk aku di depan orang ramai. Aku tolak Sakura dari peluk aku. "Awak tahu malu tak?"

Dia hanya sengih kerang busuk. Aku pergi dari situ. "Okey, semua pelajar Sishswa. Sila berkumpul di dataran sekarang."

Semua pelajar berkumpul. Pelajar sekolah Heun duduk berbaris di hadapan. Major perempuan yang ada kat sini.

"Sepanjang seminggu ni, pelajar Sekolah Heun akan belajar di sini. Separuh pelajar tingkatan 5 dan separuh pelajar tingkatan 4. Jadi, berbaiklah dengan mereka."

Ucapan Pengetua Park kali ni sangat membuatkan ramai pelajar gembira.  Aku bukan taknak terima pelajar ni tapi disebabkan ade Sakura, aku tak berminat pun.

Setiap kelas ade seorang pelajar laki, seorang perempuan. Dan tak sangka Sakura di listkan dalam kelas aku. Aku tak tau nak terima ke tak.

"Takpe, niat dia maybe nak belajar kot." Aku hanya berikan sangkaan baik. "Okey class. Kita ade dua orang pelajar. Kamu boleh pilih tempat mana kamu nak duduk."

Disebabkan Sakura perempuan, semua orang nak duduk sebelah dia. Tapi sangkaan aku tepat, dia nak duduk sebelah aku.

"Can I sit here, Siyoon?" Nak angguk ke taknak. Aku belum jawab, dia dah letak beg dia dan duduk tapi... "Aarghh!!" Dia terjatuh. Aku sedar kerusi tu tiba tiba kebelakang.

Biasanya orang gelak tapi kali ni, orang kecam aku. Aku buat tak tahu jelah. "Sakura, kamu boleh duduk sebelah Park Jihoon kat sini."

Dia terus ambil beg dan pergi ke sebelah Jihoon. Aku dan Minkyu lega. Dan aku nampak kelibat seseorang muncul sebelah aku.

"Ni kerja kau ke, Moonbyul?" Dia senyum. Aku sebenarnya dah puji banyak banyak kat dalam hati aku ni. Minkyu yang perasan kewujudan dia pun tergelak.

"Minah tu memang suka berkepit dengan kau ke?" Aku angguk. "Kenapa? Kau jealous ke?" Dia diam dan pipi dia start merah. Aku dah agak dah.

"Hei, hantu. Kenapa pipi kau blushing?" Aku mengusik dia. Dia beri renungan yang tajam kat aku. Aku terus fokus kat cikgu. Renungan dia seram tau.

Habis kelas...

Cikgu hari ni tak datang. Aku tengok ramai laki pergi ke arah Sakura. "Kau taknak buat ape ape ke? Takkan nak biar je?"

"Biar jelah. Lagipun aku dah ade pompuan hantu kat sebelah aku." Dia tengok arah lain. "Ooo. Malu lah tu." Minkyu menyampuk.

Aku perasan Sakura pandang aku. Oh lupa, sebelah Minkyu ade budak lelaki dari sekolah Heun. Yang peliknya dia senyap je. Adakah dia dengar kitorang cakap pasal Moonbyul?

"Chani, taknak borak dengan kitorang ke?" Chani pandang kami dan toleh ke belakang. "Aku nak tanya sikit, Siyoon." Aku menanti soalan darinya.

"Kat sekolah kau memang ade hantu ke? Aku nampak roh terbang ke mana mana. Termasuk hantu kat sebelah kau." Dia tunjuk Moonbyul.

"Aah. Sebab sekolah ni sekolah lama. Jadi banyak kejadian berlaku. Lagi lagi tahun 2000." Chani angguk tanda faham.

"Kau dengar aku cakap ke, Chani?" Dia angguk. "Jangan risau, Moonbyul hantu yang baik. Tak perlu takut." Aku segera memeluk bahu Moonbyul secara langsung.

"Wei, Siyoon. Tu." Minkyu tunjuk arah Sakura yang berada di mejaku. "Syok awak semua borak. Boleh saya pinjam awak sekejap, Siyoon?" Suara gedik dia membuatkan telinga aku nak pecah.

Aku terus bangun dan keluar dari kelas bersama Sakura. Moonbyul hanya diam tak terkata.

Kami berada di luar kelas. "Sakura, apa yang awak nak cakap?" Dia memandangku dengan senyuman. "Saya nak awak bawak saya jalan jalan nanti di sekolah, boleh?"

Dia menghampiri badan dia dekat badan aku. Aku rasa nak lemas. "Kenapa awak tak suruh cikgu kami bawak awak semua pergi lawat sekolah sebelum masuk kelas?"

Dia memuncungkan mulut macam itik. Dengan lipstik merah dia lagi. "Takkan tak boleh? Awak dah lama tak luangkan masa dengan saya."

Aku dah give up. "Fine. Tapi saya ajak kawan saya sekali tau. Saya bawak Minkyu dengan Chani." Dia hanya angguk walaupun aku tahu dia tak happy.

"Kita kena balik kelas. Kang cikgu jumpa kita ni ponteng kelas." Dia nak pegang tangan aku tapi aku elak. Saja nak buat dia marah.

Sampai kelas...

Moonbyul hilang dari tempat dia suka duduk. Balik rumah kot atau merayau. Aku duduk kat tempat duduk aku balik.

"Wei, ape yang kau cakap dengan Sakura tadi?" Aku memandang mereka berdua yang sedang memandangku. "Dia suruh aku bawak keliling sekolah. So, aku jawab aku bawak korang berdua sekali lah."

Mereka berdua ooo sahaja. "Chani, kau tahu tak macam mana perangai Sakura kat sekolah Heun?" Soalan yang ditanya oleh Minkyu membuatkan muka Chani takut.

"Sebenarnya, Sakura seorang yang amat popular dan digeruni oleh pelajar perempuan. Sebab dia seorang pembuli."

Aku dengan Minkyu terkejut. Pompuan muka lembik tu pembuli? Kau biar betik? "Dia dengan lelaki macam mana?"

"Dia boleh kata player lah. Tapi dia dengan kau lain. Aku rasa baik kau terima dia." Minkyu mencubit pipi Chani.

"Memang tak aku nak bagi kawan baik aku ni terima Sakura. Kalau aku jadi Sakura, aku pun tak ambik Siyoon. Hahaha."

Aku hanya gelak je. Aku dapat rasakan Minkyu jumpa kawan baru iaitu Chani. Dia nak lengkapkan kami bertiga semula.

"Moonbyul balik ke?" Mereka angguk. "Katanya dia nak balik rumah. Dia jealous ke???" Minkyu dah start kacau aku. Aku geleng je.

Habis sekolah...

Kami berjalan mengelilingi sekolah. Chani agak takut. Mana tak takut dah kat sini banyak hantu.

"Chani, I need your help." Aku bisik kat Chani suruh tengok kelas 6E dari jauh ade ape ape tak. Dia tengok dan dia bisik kat aku.. "Kenapa kelas tu macam ade club?"

Aku dengar terus aku keluarkan buku catatan. Chani usha. "Memang hampir semua ni kau selesaikan ke?" Aku angguk.

Secara tiba tiba, Sakura memeluk lengan aku. Nasib aku sempat simpan buku nota tu. "Siyoon, saya hauslah. Jom kita duduk kat situ."

Aku pun ditarik duduk kat sebelah dia. Memang nak buat macam mana kan? "Wei, Siyoon. Aku tak tahan nak gi tandas. Korang duduk sini tau. Chani jom!"

Minkyu dan Chani meninggalkan aku seorang. Aku pun sabar jelah. "Siyoon, kenapa awak taknak terima saya sebagai lover awak?"

Aku pandang pada muka dia yang penuh dengan makeup tu. "Sebab saya tak tertarik dengan kecantikan dan sikap awak. Lagipun saya masih sekolah menengah."

Dia lebih hampir dengan aku. Dada dia yang besar tu dah kena badan aku. "Awak tahu tak saya ni susah nak didapati sebab hati saya hanya untuk awak."

Dia hampir dekatkan bibir dia dekat bibir aku. Tetapi... ade satu tangan menghalang ciuman tu. "Makcik Cleaner?"

Makcik tu tidak cakap ape ape terus tarik tangan aku pergi dari situ.

Di dalam kelas 5A...

"Makcik buat ape ni makcik." Dia hanya marah. "Kau fikir aku Makcik Cleaner?" Suara tu suara.. "Moonbyul?"

Lalu Moonbyul keluar dari badan makcik tu. Aku dah agak dah sebenarnya. "Kau.... jealous ke?" Dia terus pandang aku.

"Ma.. mana ade." Senyuman aku hampir nakal. Aku dekatkan diri aku dengan dia sampai badan Moonbyul sampai ke dinding.

"Apa kau nak buat ni.. Siyoon?" "Kau akan tahu ape aku nak buat." Aku meletakkan perlahan lahan ke bibir Moonbyul. Aku cium dia.

"Aku nak luahkan kasih sayang aku kat kau, Moonbyul." Aku berhenti. Dia kaku. Aku hanya mengusap rambut dia agar dia bertenang.

"Tak guna, Siyoon."

MOON DIARY || moonbyul✔Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang