23.

43 5 0
                                    

Aku pulang ke rumah. Mood aku lari. Aku tak tahu nak buat ape. "Kau dah balik? Kenapa muram je."

Aku jatuhkan beg sandang aku. Mata aku memandang bawah. Dan beberapa titisan air terbentuk di lantai.

"Moonbyul... aku dah tak tahan dengan semua ni. Aku... dah berhenti.... aku nak buang semua kat kepala aku ni."

Aku menangis dengan kuat. Kenapa diri ni fikir mampu? Kenapa diri ni degil nak buat jugak! Kenapa...

Lalu satu pelukan berlaku. "Yoon Siyoon, kau memang bodoh. Diri tu dah tahu dah nak habis lepas tu berhenti. Memang takkan ade pompuan yang kahwin dengan kau."

"Dahlah bodoh, lepas tu lagi nak nangis macam dia tu terlalu feeling. Nampaknya kau anggap aku ni halimunan walaupun kau boleh nampak aku? Tak guna..."

Aku membalas pelukan Moonbyul. "Ya, aku memang bodoh di hadapan orang.... tapi aku tak bodoh di hadapan hantu macam kau."

"Tak.. guna.." Aku membelai rambutnya yang agak panjang ni. "Kau masih nak aku teruskan ke? Kalau aku tak dapat ape kau nak? Macam mana?"

"Aku akan bunuh kau. Jadi hantu macam aku." Dia melepaskan aku. Aku cubit pipi dia. "Okey, apa kata malam esok kita ke pejabat pengetua?"

Moonbyul angguk. Sekarang aku ade dia je. Takde sesiapa lagi yang di samping aku.

Sementara itu...

"Wau, memang nak terus mencari aku ke? Diorang memang tak reti nak berhenti."

Secawan teh o dihirup. "Lepas ni lokasi diorang just kat bilik pengetua. Park... kau memang nak sangat jaga imej kau."

Kriikk...

"Um... tuan, orang tu dah datang." Aku meletakkan cawan di tepi dan keluar dari bilik tersebut.

Di ruang tamu, datanglah orang tu. "Encik Gulim, dah datang?" Aku duduk di sofa hadapannya.

"Kenapa tuan panggil saya? Sudah hampir 20 tahun nama tuan tak didengari di telinga saya." Aku tersenyum.

"Aku nak minta kau kuatkan lagi sumpahan kat diary tu?" Senyuman di bibir Encik Gulim membuatkan aku happy.

"Baiklah tuan, saya akan buat yang terbaik." Aku terus bangun dan pergi dari ruang tamu. Pembantu aku mengiringi Encik Gulim tu keluar.

"Tuan, tuan sama sahaja seperti dulu. Masih gilakan gadis tu." Aku hanya mampu senyum dalam hati je.

"Bulan tu memang indah. Tapi ade masanya matahari yang kena rampas semua tu. Bulan hanya sesuatu yang kecil."

(Author pun tak tahu ape yang dibebelkan oleh laki ni. Lantak dialah.)

Aku memasuki semula bilik itu. Bilik ni hanya aku sahaja yang boleh masuk.

Kembali pada main character...

Aku bangun dari tidur. Makin lama makin sakit badan aku tidur banyak kali kat sofa.

Aku siapkan sarapan. Lepas makan, aku terus ke sekolah.

Sampai je sekolah, aku nampak Minkyu dan Chani bersama. Aku nak sapa tapi ayat ayat yang diorang cakap semalam masih lukakan hati aku.

Aku terus masuk ke kelas. Malam ni aku kena fikirkan plan untuk ke bilik pengetua.

Aku duduk di meja aku. Aku keluarkan buku teks SEJ. Tapi buku diary tu terkeluar dan jatuh. Aku cuba nak ambik tapi seseorang ambik.

"Hoi, Siyoon. Kau ni takde kerja lain ke tengok buku buruk ni?" Why pembuli ni ade kat sini?

"Siyoon... kau sorang je dalam kelas sekarang. Yang lain pergi ke dewan. Kenapa kau menyendiri ni? Mana lagi kawan kau?"

Eh, kenapa semua kat dewan? Oh, aku lupa ade pembelajaran kat dewan. "Kalau macam tu... aku keluar.."

Laluan aku di roadblock. "Well, aku tertanya kenapa kau suka dalam bab baba hantu ni?"

Lalu, mata aku ternampak sesuatu kat buku tu. Buku tu mengalirkan darah. "Aarrgghhh!!"

Pembuli tu mencampak buku tu jauh darinya. Bila aku lihat, tangan laki tu....

"Mana tangan aku!!" Tangannya dipotong dan hilang. Jap, aku dah sure dan pasti buku ni ade sumpahan di sebaliknya.

Aku mengambil buku tersebut. "Kenapa... kau ambik tak jadi ape ape!" Mata aku tajam memandang mereka.

"Sebab ni milik ghost aku. Kalau kau benci aku, korang pun kena sumpahan tu."

Mereka terus lari keluar kelas. Aku memandang buku diary yang aku pegang. "Adakah pembunuh tu yang sumpah buku ni?"

Aku berlari ke bilik pengetua untuk cari pengetua. "Pengetua Park! Izinkan saya masuk?"

Pintu dibuka. "Oh, Yoon Siyoon? Memang saya cari kamu pun." Jap, ni mesti pasal pembuli tu.

Aku masuk ke dalam. Kawan pembuli tu berada di sebelah aku. "Pengetua, saya nampak Yoon Siyoon penyebab Tae tangan dipotong. Dia main sihir pengetua!"

Meja dihentak dengan kuat. Sampai cikgu kat bilik guru pun dengar. "Haih.. Yoon Siyoon. Bagi saya benda tu."

Aku sorokkan buku tu dalam blazer aku. "Tapi pengetua, saya datang sini sebab nak kukuhkan pendirian saya sebab saya tak bersalah. Lagipun..."

Satu fail dicampak ke muka aku dengan kuat. "Yoon Siyoon, kamu tunggu. Yang kamu tu keluar."

Pelajar tu pun keluar. Lagi sekali Pengetua Park mengeluh. "Saya tak faham dengan kamu. Kenapa tak henti lagi?"

Aku hanya diam. "Bagi saya diary tu. Saya nak tengok." Aku menghulurkan diary tu.

Pengetua ambik dan mengeluarkan lighter. "Pengetua! Apa pengetua nak buat!" Beliau tak memandang aku.

Lalu dia membakar buku tu. "Mulai saat ni, fokus sahaja dengan pembelajaran kamu. Kamu fikir kamu dah pandai sangat sampai semua kamu boleh buat?"

Aku nak ambik balik buku tu tapi ditolak oleh pengetua sampai aku jatuh. "Kamu akan faham kenapa saya buat begini."

Jap, apa maksud pengetua? Aku bingung ni. "Pergi balik kelas kamu. Saya taknak kamu lepas pembelajaran kamu sebab kamu dah pandai."

Dan akhirnya aku keluar dari bilik pengetua. Pulang ke kelas membuatkan aku lebih baik rasanyalah.

"Wei, dialah orang tu."

"Seriuslah Yoon Siyoon? Tak sangka dari innocent jadi psycho."

"Maybe dia dah mati tapi ni hantu yang rasuk."

"Manusia biasa takkan berani sampai macam tu."

Apa semua ni? Kenapa hati aku sakit sangat? Langkah aku terhenti bila nampak Chani dan Minkyu bersama di hadapan aku.

Diorang tak pandang aku. Apa perlu aku buat? Aku hanya pendang diorang dari jauh.

Rasanya aku dapat rasakan aku bukan manusia lagi yang sanggup buat macam ni. Aku sanggup jumpa banyak hantu.

Aku hanya jalan masuk ke kelas. Chani dan Minkyu hanya memalaukan aku. Aku harap Moonbyul boleh happykan aku biler balik nanti.

Habis persekolahan....

Aku keluar dari pagar dan satu kereta mengejutkan aku. "Selamat petang, tuan muda. Tan Sri suruh tuan muda pulang ke rumah kerana sedikit hal untuk dibincangkan."

Apa lagi lepas ni?

MOON DIARY || moonbyul✔Where stories live. Discover now