Pagi yang aku rasa nak mulakan yang baharulah. Sebab rasanya semalam Moonbyul punya angin tak macam selalu. Rasa macam kena marah dengan pompuan yg period.
"Moonbyul, aku gi sekolah tau. Jaga diri." Aku keluar dari rumah aparment. Dia dengar tak aku cakap ape? Lantak kaulah.
Sampai di sekolah...
"Siyoon, wei Siyoon!!" Minkyu berlari pantas ke arah aku. Macam sesuatu yang mengejutkan terjadi. "Kenapa?"
.
.
.
.
."Hai." Just that? "Tu je?" Dia jadi kerang busuk. First nak marah tapi dia legakan aku dengan lawak tak bertauliah ni. Ada ada je.
"Jom masuk kelas!" Minkyu memandang aku dengan penuh ketidakcayaan. "Serius kau tak marah? Kau ade sakit ape ape ke? Kau hidup lagi ke?"
"Kau pilih nak kanan ke kiri?" "Okey okey. Jom masuk kelas." Menguji kesabaran betul dak ni. Hari ni maybe hari yang last Sekolah Heun kt sini.
"Kau nak tahu satu berita gembira?" Aku menunjukkan reaksi ingin tahu. "Chani pindah sini terus!" Wau, fantastic!
"Dia cakap kat mak ayah dia nak pindah sini terus dapat woi! Aku pun dengar macam tak caye. Akhirnya kita ade kawan!!!"
Penerangan Minkyu membuatkan aku rasa tenang sebab kehilangan Han bukan penghujung bagi kami bersama.
Sebenarnya aku nak sedih sebabkan aku punya pencarian, Han korbankan diri dia untuk misi. Tapi nasib baik, kedatangan Chani boleh buat Minkyu tersenyum semula.
Dlm kelas...
"Gais!! Sakura nak cakap!" Ketua kelas bersuara. Aku terpaksa pandang depan. Kami bertiga rasa mengeluh nk tengok muka baik dia kat dunia ni.
"Sebenarnya, saya sangat sangat berterima kasih kepada pihak sekolah ini kerana kami dapat belajar di sini. Ilmu di sini lebih menarik berbanding di sekolah kami."
Dah habis dia cakap, dak dak semua bagi tepukan. Tepukan kami paling sendu.
"Dengan itu, saya nak ajak kamu semua datang ke party rumah saya. Terutamanya boyfriend saya iaitu Yoon Siyoon."
Semua pandang kat aku. Yang ni perkara aku tak suka bila aku jadi perhatian.
"Siyoon, kau okey?" Aku menghantukkan dahi kat meja dan berikan simbol okey.
Dengan bunyi tapakan kaki datang ke tempat aku. "Siyoon, awak tetamu paling penting untuk hadir. Jangan lupa."
Siapa ade baldi kat dalam kelas ni. Rasa macam nak muntah je. "Okey, saya akan datang."
Sakura kembali ke tempat duduk dia. Aku menghembus nafas yang aku tahan.
"Party?"
.
.
.
.
."Seriuslah kau nak pergi?" Aku angguk dengan perlahan. Moonbyul pandang ke siling. "Aku harap dia tak buat ape ape kat aku."
Aku habis menggosok baju kemeja biru. Aku pakai singlet dan sarungkan kemeja tersebut. Tak butang tapi tie in. Alah macam artis kpop buat.
"Moonbyul, kau nak ikut tak?" Moonbyul hanya geleng. "Nanti dia curah air tak guna tu." Aku memahami.
Aku keluar dari aparment. Menunggu mencari kereta Minkyu. "Hoi! Sini!" Aku lihat diorang berdua kat bumbung kereta.
"Tak sangka dapat member macam ni." Aku memasuki ke dalam kereta mewah dia.
"Amboi, Siyoon. Pakaian bukan main lagi." Aku hanya diam. Aku pakai macam ni pun sebab...
Flashback....
Aku dah pilih baju t-shirt biasa. Tapi baju tu kena rampas dengan Moonbyul. "Kenapa kau rampas?"
"Kau pakai macam ni je? Laki jenis ape kau ni?" Aik? Asal dia nak marah aku? "Biarlah aku pakai macam ni."
Moonbyul campak baju aku masuk tandas. "Walaupun dia bukan pilihan kau, dia sentiasa nantikan kau. Jangan sakitkan hati wanita."
Kejap. Ni ke Moonbyul yang aku kenal? "Lagipun aku tak kasi kau pakai t-shirt je sebab aku taknak orang lain cakap pasal kau."
"Dan walaupun dia buat kat aku teruk, dia akan terima balasan nanti. Jangan risau sangat. Just for today you be good for her."
Dia menamatkan kata kata dia dengan memberikan baju kemeja beserta singlet putih. Aku hanya terima.
End flashback...
Akhirnya, kami sampai ke lokasi rumah Sakura. Agak besar dan 2 kali ganda lebih besar daripada rumah ayah.
"Hai, Siyoon!! Awak datang!!" Sakura peluk aku. Aku terpaksa hadap benda ni. "Saya datang sebab awak jemput saya. Tapi saya tak datang sebab awak, okey?"
Aku suruh dia lepaskan aku. Akhirnya dapat jugak aku bernafas. "Chani, jom!" Kami bertiga tinggalkan Sakura.
Kami menjejak masuk. Ramai pelajar dan ahli keluarganya. "Wei, aku nak ambik desert. Nak aku ambikkan untuk korang?"
Kami angguk. Chani terus ke meja hidang. Aku berborak dengan Minkyu. Sekali tu, ade seorang perempuan datang kat kami.
"Siyoon, ade orang nak jumpa awak kat taman." Aku pelik? Siapa nak jumpa aku time macam ni. Aku nampak Sakura mesra je bersama dengan kawan dia.
"Aku gi dulu tau, Minkyu. Korang jangan habiskan aku punya makanan." Minkyu angguk dengan senyuman. Nampak sangat ade niat.
Di taman....
Siapa yang nak jumpa aku? Taman nya agak gelap.
"Situ pun kamu." Aku toleh ke belakang. Seorang lelaki yang kelihatan 30 an yang sedang menunggu di situ.
"Encik ke orang yang mencari saya?" Dia angguk. "Nama saya Yoshida Yuzan. Saya merupakan pakcik kepada Sakura."
Kami berjabat tangan. Senyuman pada muka dia mengingatkan aku pada seseorang. Adakah dia orangnya?
"Kamu tahu yang anak sedara saya sukakan kamu?" Aku angguk. "Tapi hati saya tak boleh membalas perasaan dia."
"Its okey. Lagipun dia tahu dia takkan bersama kamu." Aku memandang pakcik Sakura dengan pelik. Apa maksud dia?
"Encik Yoshida, apa maksud encik?" Dia memandang aku dengan mata yang tajam. "........"
Mulut dia kumat kamit. Aku tak dapat tahu apa yang dia cakap. "Apa pun, sebelum kamu pergi, minumlah air ni dulu."
Pakcik Sakura menghulurkan gelas berisi air kosong. Aku minum dengan sekali teguk.
"Siyoon, kamu tahu kenapa?" Kepala aku secara tiba tiba pening. "Kenapa..." Pandangan aku tak betul. Aku rasa....
"Siyoon!! Awak okey tak?" Aku hampir rebah tapi dipapah oleh Sakura. "Jangan risau. Saya ade!"
Kepala aku pening. Sakit sangat. "Kite..gi mana....Sakura?" Aku tak pandang dia. Mata aku hampir tertutup.
"Okey, kita sampai!" Dia meletakkan aku di atas sesuatu yang lembut. "Ini...katil... ke?" Dia tersenyum.
"Siyoon.... kenapa kau benci aku? Sebab hantu tu ke?" Dia bermain jari di atas badan aku. "Saku..ra..berhenti."
"Aku akan pergi mandi dulu tau, sayang." Dia bangun dan masuk ke bilik air. Aku tak mampu nak gerak.
"KREAKK..." Bunyi pintu tu terbuka. Aku hanya memandang siling je. Mata aku kabur.
"Kau fikir kau akan temui semua rahsia pasal sekolah kau?" Suara siapa tu? "Jangan mimpilah!"
Pembunuh tu!

ANDA SEDANG MEMBACA
MOON DIARY || moonbyul✔
Mistero / ThrillerKisah silam yg lalu... Seorang gadis bernama moonbyul mati akibat batu bata hempap di kepalanya dan bergolek di tangga sekolah sehingga mati..... "Mustahillah ada citer mcm tu...mustahil!"rontak Yoon Siyoon, pelajar yg penakut. "Kau ni penakut sgtl...