"Tapi kami rahsiakan."
Aku dengan Moonbyul terkejut. Rahsiakan? "Kenapa dirahsiakan?"
Makcik Noah diam. "Wei, Moonbyul. Kau buat macam kes Kang Daniel tu." Moonbyul angguk.
"Sorry, saya terpaksa." Tiba tiba, mata makcik Noah bertukar jadi merah. "Kenapa semuanya dirahsiakan? Apa yang yerjadi."
Moonbyul menyoal dengan serius. "Sebenarnya, puan Choi suruh saya sembunyikan. Kalau pengetua tahu, pasal sekolah ni pasti terbongkar.
"Kami menanam mayatnya di belakang sana. Jadi, bau tu sentiasa ade walaupun kami dah wangikan banyak kali."
"Jadi kalau saya beritahu, anak anak saya tak dapat hidup dengan baik. Keluarga saya. Tolonglah saya."
Makcik Noah mengenggam tangan aku dengan erat. "Baik makcik. Saya akan tolong selesaikan semua perkara kat sini."
Kami pulang ke rumah. "Moonbyul, next time aku bawak beg baju mandi kat sini. Habis pun dalam pukul 1 atau 2 pagi."
Moonbyul hanya diam. Tanda malas melayan orang. "Aku rasa ade sesuatu akan berlaku." Kening aku terangkat.
"Dahlah, jom balik!" Aku jalan lebih cepat dari Moonbyul. "Hoi, tunggulah!" Moonbyul berlari menghampiri aku.
.
.
.
.
.Hari ni, aku nak cari mayat tu. Awal pagi lagi, aku berada di sekolah. "Makcik Noah cakap kat belakang ni kat hutan."
Kami mulakan langkah masuk ke dalam hutan. Kalau tempat orang letak mayat, mesti tempat tu ade sesuatu di atasnya.
Mata aku ternampak kepada satu himpunan daun kering. "Moonbyul, situ!" Aku berlari ke situ tapi....
"Siyoon! Hati hati ade ular!" Lepas Moonbyul cakap, seekor ular besar yang berbisa datang.
"Aaarrghhh!!!" Lalu, ada sebatang kayu memukulnya. Dipukul banyak kali. "Moonbyul, nasib baik..." Aku pandang ke atas dan....
"Apa kamu buat kat sini! Ni tempat bahaya!" Makcik mekap tebal tu ke selamatkan aku? Bukan, dia nak selamatkan mayat ni.
"Maafkan saya, Makcik! Saya datang sini sebab... sebab saya tercicir sesuatu kat sini. Saya baling dari rooftop."
Makcik tu taknak percaya tapi dia akhirnya lepaskan aku. Aku lari keluar dari hutan.
"Asal kau tak lawan balik je?" Aku pandang Moonbyul yang selamba cakap macam tu. "Aku manusia. Mestilah aku takut. Kau hantu senanglah."
"Makcik tu taknak kita tahu. Kalau macam tu, mesti dia tahu yang kita tahu tentang mayat tu dan sasaran utama dia..."
"Makcik Noah?" Moonbyul angguk. "Dah nak time kelas!! Jom!!" Aku lari pergi kelas dulu tinggalkan Moonbyul.
Di kelas...
Disebabkan cikgu tengah mensyuarat, keadaan kelas agak bising. "Siyoon, kau okey tak hari ni?" Chani memandangku dengan simpati.
"Chani, kalau kau tanya soalan dia okey ke tak, setiap hari dia tak okey." Minkyu start gelak dia. "Bukan, tadi dia nak siasat kes belakang sekolah. Kitorang tahu apa jadi tapi satu insiden tadi."
Aku memandang Moonbyul dengan memberi isyarat diam. "Oh, lepas tu?" Minkyu dah buat mata nak kena cungkil dah. Besar kebenor.
"Lepas tu ade ular berbisa. Masa tu adelah makcik mekap tebal tu datang acah acah penyelamat kat situ. Nasib lepaskan kitorang."
Diorang berdua meng ooo je. Nak hampir mati aku tengok ular tu. "Siyoon, nak copy kerja rumah kau." Minkyu membuat muka comel macam babi depan aku.
"Nah, ambiklah. Aku dari pihak dia." Selamba Moonbyul ambik beg sekolah aku dan keluarkan buku latihan aku. Aku punya stres nak siapkan, selambanye dia.
"Kenapa cikgu pergi mesyuarat pagi pagi? Biasanya cikgu pergi time petang. Hari ni lain pulak." Aku bertanya dengan diorang berdua.
"Alah, takpe kan kalau cikgu gi mesyuarat pagi pagi. Senang aku nak siapkan kerja rumah yang aku tak siap."
Aku campak sampah bola kertas kat kepala Minkyu. Dasar pelajar ambik kesempatan.
Secara tak sedar, Moonbyul pegang tangan aku. Reaksi muka yang diberi menunjukkan masa ni boleh cari. Aku mula mula geleng tapi lepas kena pukul, pergilah jugak.
Di belakang sekolah...
Aku dan Moonbyul sorok sorok kat batu batu besar. "Wei, kau nampak makcik Noah?" Moonbyul geleng.
"Hah! Tu." Moonbyul menunjuk makcik Noah di situ. Aku nak sapa tapi bila nampak makcik mekap tebal tu kat situ, aku kena tarik dengan Moonbyul.
"Kau bagitahu sesiapa ke pasal benda tu!" Makcik mekap tebal tu tinggikan suara kat makcik Noah. Makcik Noah hanya menggeleng.
"Saya tak bagitahu apa apa pun." Lalu, satu tamparan kuat diberi sehingga makcik Noah jatuh. "Kalau kau tipu, semua keluarga kau takkan jumpa kau lepas ni."
Woishh... kejamnya. "Jom kita pergi." Aku tahan pergerakkan Moonbyul. "Sebelum tu, kita kena buat sesuatu."
Di stor barang cleaner...
"Knock! Knock! Makcik Noah!" Aku membuka pintu. Kelihatan makcik Noah sedang mengemas peralatan.
"Kenapa datang sini, nak?" Aku mengeluarkan bekas makanan. "Ni untuk makcik. Saya tahu makcik sibuk kerja tapi jangan lupa tentang kesihatan."
Makcik Noah menerima bekal yang aku bawak. "Mari duduk sini temankan makcik." Aku duduk sebelah makcik Noah.
"Nama kamu siapa?" "Nama saya Yoon Siyoon." Makcik Noah memegang tanganku. "Tolong jangan bagitahu sesiapa pasal semalam dan mungkin ni kali terakhir kamu jumpa makcik."
Air mata mengalir di pipi makcik Noah. Aku memegang tangan makcik Noah. "Apa kata makcik larikan diri kembali ke keluarga makcik sekarang? Rasanya nyawa makcik masih selamat."
"Makcik takut...." Aku baring di atas pahanya. "Jangan risau. Saya pasti takkan bagitahu sesiapa."
Rambut aku diusap. Aku dah lama tak dapat sentuhan macam ni. Aku hampir menangis.
"Dahlah makcik. Saya kena balik kelas. Saya pergi dulu." Aku bangun dan keluar dari situ. "Yoon Siyoon."
Aku menoleh. "Mesti bertuah kalau mak kamu ade anak macam ni." Aku hanya senyum. Aku taknak lukakan hati makcik sebab ibu sebenar aku dah takde.
"Wei, jom kita pergi." Kami memulakan langkah ke kelas. Tapi makcik mekap tebal berada di hadapan kami.
"Kamu tahu ni tempat larangan pelajar, kan?" Makcik mekap tebal meninggikan suaranya.
"Saya cuma berjalan kelilingi sekolah. Tidak salahkan." Aku menjawab dengan selamba.
"Tidak salah? Kamu budak yang masuk hutan tu kan? Kamu ni memang budak tak serik." Aku harap ade orang tolong aku sekarang.
"Siyoon!!! Cikgu dah keluar!!" Minkyu dari jauh jerit kat aku. Nasib dia ade. "Maaflah, makcik. Saya kena masuk kelas. Saya minta diri dulu."
Aku dan Moonbyul pergi ke arah Minkyu. Tapi aku terdengar makcik mekap tebal tu cakap sesuatu.
"Aku harap kau tak ganggu plan aku."
Plan ape? Aku tak beberapa faham. "Maksud dia makcik Noah dalam bahaya." Mata aku membulat.
"Malam ni kita kena gerak. Tak kesah ape yang terjadi." Minkyu yang terdengar tadi terus berhenti.
"Jom kita semua pergi." Minkyu selamba cakap. "Tapi tak bahaya ke? Aku takut kau..."
Bahu aku dipeluk olehnya. "Siyoon, kita kawan. Kawan mesti tahu yang terbaik untuk kawannya. Aku dengan Chani akan ikut."
Chani baru keluar dari tandas pun angguk. Aku mengukir senyuman. Moonbyul dia tunjuk simbol ok.
"Jom pergi sama sama."

ANDA SEDANG MEMBACA
MOON DIARY || moonbyul✔
Mistério / SuspenseKisah silam yg lalu... Seorang gadis bernama moonbyul mati akibat batu bata hempap di kepalanya dan bergolek di tangga sekolah sehingga mati..... "Mustahillah ada citer mcm tu...mustahil!"rontak Yoon Siyoon, pelajar yg penakut. "Kau ni penakut sgtl...