Aku hanya memikirkan sahaja. Betul jugak hantu ni cakap tapi aku kena cari bukti dulu.
"Okeylah. Esok gi sekolah. Aku nak tidur." Aku pergi ke bilik.
●●●●
Di sekolah...
Aku perhatikan buku teks aku. Macam mana peramal tu nk meramalkan sesuatu yang buruk?
Mesti dia ade kisah silam. Macam dalam komik hantu tu. Semua kes ni ade sebab dan ade orang yang penyebab kes ni ade.
Aku ketuk kepala aku banyak kali kat meja. Tak tau nak buat ape. Biarlah aku jadi lembab kejap.
"Wei, Siyoon. Asal kau ni macam banyak sangat kat kepala tu. Nak meletop je aku tengok." Kata kata Han membuatkan aku pandang ke mereka.
"Entahlah. Dah empat ke lima aku selesaikan. Tapi satu ni agak sukar untuk nak diselesaikan." Aku tunduk balik.
"Kau selesaikan kes tu sorang sorang ke?" Aku terbangun balik lepas Minkyu tanya soalan rumit tu.
"Aku ade kawan yang tolong aku. Korang nak tolong aku ke?" Minkyu menepuk kepala aku.
"Hei, Siyoon. Kau kawan kitorang. Mestilah kitorang tolong. Ape dia?" Aku membuat mata bersinar sinar. I can't belive it.
"Okey, ade kes ni tentang seorang peramal buruk. Aku tak tau macam mana dia boleh ramal benda ni."
"Peramal buruk? Ape maksudnya?" Han bingung. "Peramal buruk ni di mana ape yang dia ramalkan sesuatu yang buruk, mesti akan terjadi. Lebih kurang macam witch lah."
Mereka meng ooo kan sahaja. "Kita tak boleh bincang pasal benda ni. Kita kena bincang kat rumah kau. Bawak kawan kau sekali."
Aku menelan air liur. Seriuslah diorang sanggup jumpa Moonbyul. "Korang tak kesah ke jumpa dia? Jangan nangis bila junpa dia."
Mereka pelik. Tak paham ape yang aku cakap ni. Kami terus sambung pembelajaran apabila cikgu masuk.
Habis sekolah...
"Malam ni kat rumah aku. Jangan lambat. Pukul 8 malam." Mereka angguk.
Aku pulang ke rumah.
●●●●
D
i rumah...
"Aku dah sampai.... wei! Ape jadi?" Banyak sampah kat rumah aku. Ape minah hantu ni buat.
Aku mencari Moonbyul. Dia tidur kat sofa. Aku memandang dia yang tidur lena. Taknak bangun ke minah ni?
Aku angkat belakang sofa sampai dia jatuh. Dia menjerit kesakitan. Baru kau tahu apa erti kesakitan.
"Kenapa kau buat macam tu?" "Hoi, yang kau sepahkan rumah aku kenapa? Malam ni kawan aku nak datang. Nak tolong kita."
Moonbyul terkejut. "Jadi, aku akan terlibat sekali. Diorang tak kesah ke nampak aku?" Aku senyum. "Takdelah. Aku sure diorang terima. Dah jom kemas!"
Kami kemas rumah sebelum mereka datang.
●●●●●
YOU ARE READING
MOON DIARY || moonbyul✔
Mystery / ThrillerKisah silam yg lalu... Seorang gadis bernama moonbyul mati akibat batu bata hempap di kepalanya dan bergolek di tangga sekolah sehingga mati..... "Mustahillah ada citer mcm tu...mustahil!"rontak Yoon Siyoon, pelajar yg penakut. "Kau ni penakut sgtl...