Bab 5✳️

165 15 0
                                    

  Sungguh sunyi malam tersebut.
Nazrin melihat ke dada langit,terdapat ribuan bintang menghiasi kepekatan malam. Bayang Nazilah menerjah ketika dia memandang ke dada langit malam. Lalu dia tersenyum sedikit.
"Hahhh" sergah tengku Arash kepada anaknya.
"Pa...."ujar Nazrin lalu mengurut dadanya. Terus mati senyumannya sebentar tadi.
Tengku arash duduk disebelah anaknya lalu memeluk bahunya.
"Anak papa ni kenapa? Tersenyum2..nanti orang nampak tak pasal2 kena cop orang gila senyum sorang2. Alih2 papa juga yang kena hantar Naz
Ke hospital gila. Nak ke? Ujar Tengku Arash dengan sindirannya itu. Nazrin hanya tersenyum mendengar kata2 ayahnya itu.
"Anak papa ni dah jatuh cinta ya?"tanya tengku arash lagi.
"Kalau ada papa marah tak sebab Naz masih belajar lagi.?
Jawap Nazrin kepada ayahnya.
"Papa tak marah pun cuma jangan abaikan pelajaran dan jangan sesekali buat benda tak elok" ucap Tengku Arash kepada Nazrin sambil menepuk bahu anaknya itu.
"Terima kasih pa" ujar Nazrin sambil memeluk papanya. Siapa sangka orang yang paling dingin disekolah itu seorang yang manja dan penyayang orangnya.
"Dah la,jom kita masuk tidur. Dah lewat malam ni esok kamu nak pergi sekolah lagi." Ujar Tengku arash lalu mereka berdua bangun dari tempat duduk dan berjalan masuk ke dalam rumah.

✳️✳️✳️✳️✳️✳️✳️✳️✳️✳️✳️✳️

Hari berganti hari,tinggal sebulan lagi hari peperiksaan terbesar mereka yang akan bermula iaitu SPM. Mereka berhempas pulas mengulangkaji pelajaran kerana keputusan yang akan keluar nanti akan menentukan masa depan mereka.

Nazilah bangun dari tempat duduknya untuk pergi ke tandas,terasa ikatan rambutnya di dalam tudung terlepas.
"Awak nak pergi mana tu? kejap lagi cikgu nak masuk" Tanya Nazrin apabila melihat Nazilah mahu berjalan ke luar kelas.
"Saya nak pergi tandas kejap" jawap Nazilah lalu keluar dari kelas dan menuju ke tandas.
Sampai sahaja di tandas,dia membuka tudungnya lalu disangkut di atas pintu. Tanpa dia sedari, sally dan Nelly mengambil sebaldi air lalu menyimbah ke atas kepala Nazilah.
"Argggh" jerit Nazilah. Habis basah lencun baju sekolahnya. Mujur sahaja tudungnya sudah dibuka terlebih dahulu,kalau tidak dengan tudungnya sekali basah.
Dia mencapai tudungnya lalu dipasang ke kepalanya. Dia tidak tahu siapa siapa yang telah menyimbahnya tadi.
Dibalik pintu mereka ketawa setelah puas mengenakan Nazilah.
"Tu la,sape suruh rampas boyriend orang" monolog Sally dalam hati sambil tersenyum jahat. Puas hatinya apabila dapat mengenakan perempuan yang telah merampas kekasih hatinya. Lalu mereka pun keluar sambil ketawa gedik. Mereka tidak perasan Nazrin yang sedang menyandar di dinding. Orang dah gila mana sedar kan ahaha..
Nazrin yang melihat mereka berdua terasa pelik,mesti ada sesuatu yang mereka telah lakukan. Dia masih lagi menyandar menunggu Nazilah keluar dari tandas.

Nazilah berjalan keluar dari tandas dengan bajunya yang basah. Dia terlihat Nazrin sedang menyandar di dinding. Nazrin yang telah melihat Nazilah yang basah lencun itu segera ditujunya ,dia terus berjalan ke arah Nazilah."Ni mesti kerja perempuan tu" monolog hatinya.
Nazrin menanggalkan jaketnya lalu disarungkan di badan Nazilah.
"Kau ok tak ni? Jom aku hantar kau balik,kau dah basah teruk ni" ujar Nazrin kepada Nazilah.
"Saya ok je takpe..jom la masuk kelas,mesti cikgu dah masuk kelas sekarang ni"jawap Nazilah sambil memegang jaket yang tersarung di badannya.Mereka berjalan bersama-sama menuju ke kelas.
  Sampai sahaja mereka ke dalam kelas,mereka dipandang oleh penghuni kelas tersebut. Milah yang melihat pakaian sekolah Nazilah basah,dia terus menerpa ke mereka.
"Beb,kenapa pakaian kau  basah ni,apa dah jadi? Tanya Milah bernada risau.
"Takde apa la,aku ok ja..kena hujan tadi" tipu Nazilah kepada sahabatnya itu. Milah melihat ke luar tingkap,hujan turun dengan lebatnya.
"Eihh tua2 pun nak mandi hujan,dah la kau duduklah dulu. Cikgu tak masuk kelas hari ni sebab ada hal" gurau Milah kepada Nazilah sambil duduk kembali di tempatnya.
Nazilah menggelengkan kepala melayan karenah sahabatnya itu,dia pun duduk di sebelah Nazrin sambil mengemaskan kedudukan jaket di badannya.

  Selesai sahaja waktu sesi pembelajaran,penghuni kelas 5 Mawar mengemas buku dan berpusu-pusu untuk balik ke rumah masing2.
"Beb aku balik dulu tau dengan Anida dan Hamidah,hati2 balik tu."ujar Milah kepada mereka berdua,mereka hanya mengangguk lalu Milah berjalan meninggalkan mereka berdua.
"Nahh jaket awak,pakaian saya dah kering dah"Nazilah mengembalikan jaket Nazrin yang dipinjamkan kepadanya tadi.
"Takpe awak simpan la"  balas Nazrin dengan mukanya yang dingin."entahlah bila dia nak senyum dekat aku,mesti comelkan"monolog Nazilah didalam hati sambil memandang Nazrin. Pandangannya jatuh ke wajah lelaki itu,mukanya putih tanpa sebarang jerawat,mata sepet sedikit,hidung mancung dan bibirnya merak bak delima menandakan dia tidak merokok. Dia melihat wajah Nazrin dengan kusyuk sehingga dia tak sedar bahawa Nazrin sedang memandang tajam ke arahnya.
"Dah puas tilik muka aku yang handsome ni?" Tanya Nazrin dengan muka dinginnya. Padahal dalam hati bukan main berdebar lagi bila gadis di depan matanya ini memandangnya sebegitu. Nak gugur jantung tengok muka comelnya itu.
"Erk mana ada saya tengok muka awak,saya tengok pakcik jual aiskrim kat sana tu" tunjuk Nazilah ke arah pakcik jual aiskrim di tepi jalan dengan suara yang terketar-ketar. Merah padam muka Nazilah apabila ditegur sebegitu.."haa tau pun nak takut,tadi bukan main pandang anak teruna orang macam nak tembus je" monolog Nazilah hati. Lalu Nazrin memandang ke tepi jalan yang ditunjuk Nazilah sebentar tadi. Lalu dia berjalan di tepi jalan menuju ke arah pakcik jual aiskrim itu. Dia membeli dua batang aiskrim lalu dia berjalan semula ke arah Nazilah yang sedang duduk di perhentian bas.
Dia menyuakan satu batang aiskrim itu kepada Nazilah. Mereka makan tanpa sebarang bunyi.
Setelah sejam menunggu namun kelibat ayahnya belum lagi sampai2. Hatinya berasa risau,selalunya ayahnya tidak mengambilkan lewat seperti hari ini. Lalu dia memandang ke arah Nazrin.
"Erm awak..boleh tak hantar saya balik? saya rasa ayah saya tak dapat nak ambil saya la" tanya Nazilah kepada Nazrin. Wajahnya ditundukkan sedikit menunggu jawapan Nazrin.
"Ok jom saya hantar" lalu mereka berdua berjalan seiringan menuju ke kereta Nazrin. Lalu kereta bergerak keluar dari pagar sekolah dan menuju ke rumah Nazilah.
Sampai sahaja mereka di rumah Nazilah, rumah terkunci rapat seperti tidak berpenghuni. Lalu rumah jiran Nazilah dituju lalu bertanya kemana orang tuanya pergi.
"Assalamualaikum pakcik, ada tak nampak keluarga saya?" Tanya Nazilah kepada pakcik Ahmad merangkap jiran mereka.
"Waalaikumsalam Mia,ya ada tadi. Mereka cakap ayah kamu masuk hospital" jawap Pakcik Ahmad. Nazilah amat terkejut dengan ucapan pakcik Ahmad.
"Ya Allah betulkah pakcik,takpa la saya pergi dulu..terima kasih pakcik" ucap Nazilah kepada jirannya lalu dia berlari semua ke arah Nazrin yang sedang menyandar di tepi keretanya.
"Awak temankan saya pergi hospital boleh? Ayah saya masuk hospital" ucap Nazilah sambil menahan airmatanya jatuh.
"Dah jom masuk,aku hantar" mereka berdua masuk kedalam kereta lalu bergerak menuju ke hospital.

#ok done for today..jgn lupa vote and komen ya,terima kasih🤗
Maaf klw ada typo😁

Cinta Pandang PertamaWhere stories live. Discover now