Sebaik sahaja mereka sampai di hospital,mereka segera menuju ke kaunter pertanyaan.
"Cik,tumpang tanya, nombor bilik rawatan Rahmat bin Ramli berapa ya?" Tanya Nazilah kepada seorang jururawat di situ.
"Sebentar ya cik" ujar jururawat tersebut sambil memeriksa di dalam komputer.
"Biliknya nombor 236 tingkat dua,jalan terus je ada lif kat sebelah kanan" ucapnya lagi sambil tersenyum kepada Nazilah dan Nazrin. Lalu tanpa membuang masa,mereka berdua berjalan ke arah yang ditunjukkan oleh jururawat tadi lalu mereka masuk ke dalam lif. Sampai sahaja ditingkat 2,Nazilah berjalan sambil mencari bilik yang menempatkan ayahnya diikuti Nazrin yang sedang mengekorinya sejak tadi.
Setelah mereka jumpa bilik tersebut,mereka terus ke dalam.
"Ya Allah,babah kenapa jadi macam ni?" Nazilah menerpa ke arah ayahnya yang sedang terlantar sakit. Dia memeluk ayahnya dengan erat. Ibunya dan yang lain mencuba untuk menenangkan Nazilah.
"Babah kemalangan tadi,itu pun polis yang call tadi cakap babah kemalangan,kereta babah berlanggar dengan kereta myvi,nasib baik tak teruk,esok babah dah boleh balik".ujar Fakri kepada nazilah sambil menepuk bahu adiknya agar bersabar. Nazilah hanya menangis. Nazrin yang melihat keadaan itu berasa sedih.
Puan Dalisha yang perasan akan kehadiran seseorang di dalam bilik itu terus bertanya kepada Nazrin.
"Anak ni siapa? Kawan Nazilah ke? Tanya Puan Dalisha kepada Nazrin sambil tersenyum.
"Saya Nazrin makcik,kawan Nazilah" jawap Nazrin sambil berbalas senyum kepada ibu Nazilah.
"Owh Nazrin..takpe panggil ibu je,tapi kenapa macam familiar je ibu tengok muka kamu ni" puan Dalisha memandang kearah Nazrin sambil memegang anak bungsunya Nailah Amira.
"Pelanduk dua serupa kut ibu" balas Nazrin sambik tersenyum menampakkan giginya yang putih dan tersusun rapi.
"Ya betul la tu" ucap Puan Dalisha.
"Takpe la ibu,Naz balik dulu. Nanti risau pulak mama dan papa Naz" setelah meminta pamit,Nazrin menyalami tangan puan Dalisha dan Fakri memandangkan ayah Nazilah belum sedar lagi. Selepas itu Nazrin bergerak membuka pintu dan keluar. Dia mahu pulang segera,takut papa dan mamanya risau kerana belum lagi pulang.Keesokan harinya,Nazilah tidak hadir ke sekolah kerana dia ingin menemani ayahnya di hospital.
Petang nanti ayahnya sudah boleh pulang ke rumah.Sebaik sahaja Nazrin balik dari sekolah,dia terus masuk ke dalam bilik dan menukar baju sekolahnya. Dia bergegas mengambil kunci keretanya lalu bergegas turun ke tingkat bawah.
Tengku Carla dan suaminya yang melihat anak mereka seperti terburu-buru bertanya kepada Nazrin.
"Naz nak pergi mana terburu-buru ni?" Tanya Tengku Carla kepada anaknya.
"Mama papa, Naz nak pergi lawat ayah kawan Naz,dia masuk hospital kemarin" Nazrin menyalami tangan orang tuanya.
"Owh kejap mama dan papa nak ikut" ujar Tengku Carla kepada anaknya.
"Boleh je ma,jom la" mereka berangkat ke hospital.Sebaik sahaja Nazrin dan orang tuanya sampai di hospital,mereka berjalan menuju ke bilik yang menempatkan ayah Nazilah. Dia memberi salam lalu mereka masuk ke dalam. Nazilah menyalami tangan ibu Nazrin sambil tersenyum. Nazrin menyalami tangan ayah Nazilah diikuti Tengku Arash berjabat tangan dengan Encik Rahmat.
"Ehh mat, ya Allah patutlah macam kenal. Ni Ash,kita satu kolej dulu" Tengku Arash memeluk sahabatnya itu.
"Ash,ya Allah akhirnya kita jumpa lagi ya setelah kamu pindah Ke KL ni" ujar Encik Rahmat.
"Ha'ah mat" balas Tengku Arash sambil tersenyum.
"Kak Dalisha mana abang mat?" Tanya Tengku Carla kepada Encik Rahmat.
"Dia ada kat rumah,jom la ikut sekali ke rumah. Boleh sembang2"jawap Encik Rahmat kepada isteri sahabatnya itu merangkap teman baik isterinya.
"Takpe lah mat,lain kali kami datang sebab kejap lagi kami ada urusan kerja" balas Tengku Arash kepada sahabatnya itu.
"Owh baiklah kalau macam tu,nanti ada masa singgahlah ke rumah" ucap Encik Rahmat lagi.
"Baiklah insyaAllah" ujar Tengku Arash.
Nazrin dan Nazilah yang menonton adegan itu berasa pelik.
Tiba2 seorang doktor lelaki cina masuk ke dalam.
"Hi uncle,macam mana hari ni..dah ok? Hari ni uncle boleh balik dah" ujar doktor tersebut sambil tersenyum manis.
Nazilah hanya memandang ke arah doktor itu. Nazrin yang perasan Nazilah asyik melihat doktor itu ditegurnya.
"Ehem,doktor kat depan tu nak pulak ditengoknya,boyfriend kat sebelah ni taknak pandang pulak" ujar Nazrin dengan mukanya yang dingin,dia sedikit cemburu dengan doktor itu.
Puan Carla yang melihat anak dan anak sahabatnya itu hanya tersenyum. Nazilah berdiam diri mendengar ucapan lelaki di sebelahnya.Selepas beberapa jam berbual,mereka meminta izin untuk pulang ke rumah. Seusai mereka bersalaman,mereka berjalan ke luar dari bilik itu.
# Ok done for today,nnti smbung ok,stay baca crta nora tau and vote.❤️😇
#Hari ni hari jdi nora,so hppy brthdy tuk diri sendiri😂😂
YOU ARE READING
Cinta Pandang Pertama
Fiksi Remaja[COMPLETE] Nazilah Armia,gadis yang pendiam dan pandai didalam kelas,anak kepada puan Dalisha dan encik Rahmat. Tengku Nazrin Arman,jejaka yang sangat tampan dan terkenal dengan sikapnya yang dingin,anak kepada Tengku Carla dan Tengku arash yang mer...