Nazrin menguap sedikit lalu turun dari katil. Dia mengambil tuala di ampaian baju lalu masuk ke dalam tandas untuk membersihkan diri. Usai bersiap dia keluar dari bilik tidur untuk mencari isterinya,dia menuruni tangga lalu kaki melangkah menuju ke dapur. Kelihatan ibunya dan Mak Nab sedang menyiapkan sarapan pagi manakala isterinya sedang membuat air panas. Nazrin menarik bangku di meja makan lalu duduk sambil memandang isterinya.
"Baru bangun Naz,banyak kerja ke kat pejabat tu?" Tanya puan Carla kepada anaknya.
"Ye mama,Naz nak settle kan semua kerja pejabat tu pastu nak bawak Nazilah balik kampung opah" jawap Nazrin kepada ibunya. Tengku Carla tersenyum menganggukkan kepala.Setelah Nazrin dan isterinya menginap di rumah orang tuanya selama 3 hari,mereka pulang ke rumah pada petang Sabtu. Esoknya mereka akan bertolak ke kampung neneknya Hajah Aminah yang terletak di Kedah.
🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃
Nazilah sedang duduk di birai katil sambil melipat bajunya dan suaminya lalu disusun ke dalam bagasi besar. Esok pagi mereka bertolak ke kampung nenek Nazrin di Kedah.
Setelah habis mengemas pakaian mereka ke dalam bagasi,Nazilah meletakkan bagasi itu di tepi almari lalu kakinya melangkah keluar dari bilik untuk mencari suaminya di bilik kerjanya yang terletak di sebelah bilik perpustakaan mini.
Sebelum dia masuk ke dalam bilik kerja suaminya,dia sempat ke dapur untuk membuat Milo panas untuk Nazrin."Tok tok tok"
Nazilah membuka pintu bilik kerja Nazrin sambil membawa secawan Milo panas. Cawan itu diletakkan di atas meja kerja Nazrin.
"Sayang,kenapa tak tidur lagi ni?" Tanya Nazrin apabila melihat isterinya masih berjaga. Jam dipandang sekilas. Pukul 10 malam.
"Sayang tak dapat tidur kalau abang takde kat sebelah" jawap Nazilah sambil memeluk leher Nazrin dari belakang.
"Alolo manjanya mak bunting ni" tangan Nazilah di tarik lalu didudukkan di atas ribanya. Nasib baik tak berat sangat sebab kandungan masih 7 bulan lagi.
Kepala Nazilah diusap perlahan. Lama kelamaan Nazilah tertidur di dalam pelukan Nazrin.
Nazrin membiarkan isterinya tertidur. Dia mencapai cawan yang berisi Milo itu lalu diminumnya. Nazrin menyiapkan kerja pejabatnya yang tinggal sedikit itu.Pukul 11:35 malam
Nazrin menguap lalu wajah Nazilah yang senang nyenyak tidur itu dipandangnya. Setelah habis mengemas kertas kerjanya,dia mencempung tubuh isterinya lalu di bawa ke dalam bilik tidur mereka.
Tubuh Nazilah dibaringkan lalu selimut ditarik sehingga paras dada. Dia menutup lampu bilik dan lampu tidur dihidupkan.
Nazrin naik ke atas katil lalu baring menghadap isterinya. Dahi isterinya dicium lalu tubuh kecil itu di pelukkan sehingga dia pun turut tertidur kerana penat menyiapkan kerja di pejabatnya.🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼
Bunyi jam loceng mengejutkan Nazilah yang sedang tidur di dalam pelukan suaminya. Jam dimatikan lalu dia bangun untuk membersihkan diri. Usai mandi dan mengambil air wuduk dia membangunkan suaminya untuk menunaikan solat subuh.
"Abang..bangun bang,kita solat subuh" Nazilah mengejutkan Nazrin. Nazrin menggeliat kecil lalu bangun dari tempat tidurnya.
Dia mencapai tualanya lalu berjalan masuk ke dalam tandas.
Selepas Nazrin habis mandi,dia memakai pakaiannya lalu berdiri di atas sejadah yang sudah dibentangkan oleh isterinya.Selepas habis bersarapan,Nazri memasukkan bagasi ke dalam kereta. Dia memandu kereta ke kampung neneknya.
Setelah memandu selama tiga jam,wajah isterinya dipandang sekilas.
"Sayang ok tak?" Tanya Nazrin apabila melihat isterinya yang senyap dari tadi.
"Ok je abang cuma lapar sikit hehe" Nazrin tersengih menayangkan giginya yang cantik dan tersusun rapi itu.
"Owh patutlah senyap je,kejap lagi kita makan eh"ujar Nazrin sambil mengusap lembut kepala isterinya. Nazilah tersenyum lalu menganggukkan kepalanya.
Tidak lama kemudian,Nazrin membelok masuk ke kanan lalu keretanya di parkir di hadapan kedai makan. Nazilah dan Nazrin berjalan beriringan masuk ke dalam kedai makan.Selepas makan,mereka meneruskan perjalanan balik ke kampung. Nazilah yang terasa matanya mengantuk menyandarkan tubuhnya kebelakang. Perutnya yang kian membesar diusapnya perlahan.
"Sayang tidurlah dulu kalau penat,abang boleh je drive sorang²" ujar Nazrin setelah melihat isterinya yang sedang menahan matanya daripada tertidur.
"Takpe ke abang?" Tanya Nazilah meminta kepastian. Nazrin hanya menangguk sambil tersenyum.
"Terima kasih abang" ujar Nazilah. Dia merebahkan badannya ke belakang. Nazrin menghidupkan radio lalu suaranya diperlahankan.Nazilah dikejutkan oleh Nazrin apabila sampai di kampung halaman nenek Nazrin.
Seorang wanita berumur dalam lingkungan 50-an sedang berjalan ke arah mereka.
"Assalamualaikum opah" Nazrin memberi salam lalu tangan tua neneknya itu dicapai dan di ciumnya,Nazilah turut menyalami nenek suaminya.
"Waalaikumsalam..sampai pun cucu² opah. Meh la masuk" ujar hajah Aminah kepada cucu dan cucu menantunya.
Nazilah berjalan beriringan dengan hajah Aminah menuju ke dalam rumah manakala Nazrin mengambil bagasi di dalam bonet kereta lalu dia turut berjalan masuk ke dalam rumah neneknya."Naz dengan Mia pergilah masuk bilik dulu rehatkan badan. Kesian isteri Naz ni penat berjalan jauh dengan perut besar macam ni. Naz pun rehatlah,mesti penat bawa kereta jauh²" ujar hajah Aminah apabila mereka sudah masuk ke dalam ruang tamu. Hajah Aminah lebih suka memanggil nama Nazilah,Mia. Sebab dulu Nazilah dan keluarganya selalu datang ke rumahnya semasa umur Nazilah berusia dua tahun.
"Baiklah opah,kitorang masuk rehat kejap" balas Nazrin lalu bagasi mereka di bawa masuk ke dalam bilik tidur.
"Mia masuk bilik dulu ya opah" Nazilah meminta izin kepada hajah Aminah sambil tersenyum.
Hajah Aminah mengangguk sambil tersenyum.
Lalu Nazilah berjalan masuk ke bilik manakala hajah Aminah menuju ke dapur untuk menyiapkan kerjanya.***
#ok done for today..dont forget to vote oky💋🌼
YOU ARE READING
Cinta Pandang Pertama
Teen Fiction[COMPLETE] Nazilah Armia,gadis yang pendiam dan pandai didalam kelas,anak kepada puan Dalisha dan encik Rahmat. Tengku Nazrin Arman,jejaka yang sangat tampan dan terkenal dengan sikapnya yang dingin,anak kepada Tengku Carla dan Tengku arash yang mer...