Bab 16🤗

120 10 0
                                    

  "Assalamualaikum" terdengar suara seseorang sedang memberi salam dari luar rumah. Lalu Nazrin berjalan keluar untuk melihat gerangan yang memberi salam sebentar tadi.
"Waalaikumsalam..ehh Fatihah,lama tak jumpa,jemput la naik opah ada kat dapur" jawap Nazrin sambil tersenyum.
"Ye lama tak jumpa,bila balik sini?" Tanya Fatihah lalu berjalan menaiki tangga
"Baru semalam sampai" balas Nazrin lalu Fatihah hanya menganggukkan kepala.
"Pergilah ke dapur,saya nak masuk bilik kejap" ujar Nazrin lalu pintu bilik di buka lalu dia masuk dan pintu itu ditutup semula. Kelihatan isterinya masih nyenyak tidur. Mesti penat duduk lama² dalam kereta. Lepas solat subuh isterinya melelapkan mata semula. Dia hanya membiarkan isterinya berehat.
"Sayang..bangun sayang,dah tengah hari ni" Nazrin mengejutkan Nazilah untuk bangun. Kepala Nazilah diusap perlahan. Nazilah perlahan-lahan membuka mata lalu duduk menghadap suaminya.
"Maaf abang,sayang penat sikit"
Ucap Nazilah. Nazrin hanya mengangguk sambil tersenyum.
"Takpe abang faham sayang penat,dah jom kita ke dapur" mereka berjalan beriringan ke dapur.
"Opah,maaf Mia bangun lewat..kesian opah masak sorang²" ujar Nazilah lalu dia memeluk tubuh tua itu.
"Takpe la..opah faham Mia penat,meh duduk Naz kita makan" ujar hajah Aminah sambil menarik kerusi di meja. Nazilah yang baru perasan akan kelibat seseorang di dapur itu lantas bertanya kepada hajah Aminah.
"Eh baru perasan,ni sape opah?" tanya Nazilah.
"Ni sepupu Nazrin,Fatihah namanya"balas hajah Aminah.
Fatihah berbalas senyuman kepada Nazilah.
"Ni Nazilah Armia,isteri Naz. Panggil Mia je" ujar hajah Aminah lagi. Nazrin hanya menjadi pemerhati sahaja.
"Owh patut la tak perna nampak sebelum ni" ujar Fatihah sambil tersenyum.
"Dah² jemput makan" ujar hajah Aminah. Mereka meneruskan makan tengah hari mereka.

"Opah,kat sini ada mangga tak? Mia teringin la nak makan" tanya Nazilah. Dia mengidam nak makan benda masa sekarang ini.
"Ada kat belakang tu haa..pergi suruh Naz ambilkan" ujar hajah Aminah. Dia meneruskan kerja menanam pokok bunganya di tepi tangga. Walaupun sudah berumur, hajah Aminah masih kuat untuk melakukan kerja.
Nazilah mencari kelibat suaminya di dalam rumah namun tiada. Dia kembali turun ke halaman rumah lalu bertanya kepada hajah Aminah. Belum sempat bertanya, terlihat Nazrin dan Fatihah sedang berjalan menuju ke hajah Aminah sambil ketawa. Tak tahu apa yang lucunya sehingga dia yang sedang berdiri di tangga tidak di nampak.
Lalu dia naik ke rumah dan masuk ke dalam bilik menguncikan diri. Air matanya mengalir dengan perlahan. Dia menangis sehingga tertidur di atas katil.

  🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹

"Naz,tadi Mia cari kamu. Kamu tak bagitahu Mia ke kamu keluar? Kesian Mia mengidam nak makan mangga kat pokok belakang rumah tu" ujar hajah Aminah menceritakan perihal cucu menantunya yang teringin sangat nak makan mangga.
"Ye ke opah,kalau macam tu Naz nak ambilkan dia buah mangga kejap" Nazrin menjolok tiga biji buah mangga lalu dia mencari kelibat isterinya. Lalu dia menuju ke bilik tapi terkunci,dia membuka laci dan mengambil kunci pendua. Nazrin membuka pintu lalu isterinya yang tertidur itu di tujunya. Mata isterinya kelihatan sembap seperti lepas menangis.
"Sayang..bangun sayang,ni abang bawa mangga ni" ujar Nazrin,bahu isterinya digerakkan sedikit. Nazilah bangun dari tidurnya. Dia memandang ke arah lain.
"Takpe la,takde selera. Abang makan la dengan Fatihah. Dah la keluar tak bagitahu". Ujar Nazilah sambil menayangkan wajah tidak puas hati.
"Alolo comelnya isteri abang merajuk. Dah lah jangan sedih².
Sebenarnya abang nak bagitahu tadi tapi abang nampak sayang tidur jadi abang tak kejutkan la.
Lagipun abang keluar bertiga tadi dengan tunang Fatihah,hujung bulan diorang nak kahwin dah" jelas Nazrin panjang lebar. Dia tertawa kecil sambil menggelengkan kepala. Lucu pula bila Nazilah Armia yang pendiam ni boleh kuat cemburu dan kuat merajuk.
"Ye lah maaf..tak tahu pula Fatihah dah nak kahwin" ujar Nazilah sambil tersenyum kambing. Sedar akan kesilapannya  yang suka tuduh melulu.
"Fatihah dah bertunang masa kita baru nak kahwin tu. Tunang dia Farhan,ketua pengawas sekolah kita dulu ingat tak?" Tanya Nazrin kepada Nazilah. Nazilah hanya mengangguk.
"Dah jom kita ke dapur makan mangga" mereka berdua keluar dari bilik lalu menuju ke arah dapur. Mangga di capai oleh Nazrin lalu dikupas kulit mangga.
Nazilah sedang mengambil colek buah di dalam peti ais lalu dituangkan ke dalam pinggan.
Nazilah menarik kerusi di meja makan lalu duduk bersebelahan dengan Nazrin.
Nazilah mencapai mangga yang sudah dipotong kecil lalu dimasukkan ke dalam mulut. “Erm nikmatnya makan benda masam” ujar Nazilah dalam hati. Nazrin hanya menggelengkan kepala melihat gelagat isterinya itu.
Mereka makan dengan senyap.   "Esok kita balik KL ye sayang, abang ada kerja kat pejabat" ujar Nazrin. Nazilah hanya mengangguk sambil tersenyum. Dia perlu ikut ke mana sahaja suaminya pergi.

***

#ok dah nak ending dah ni,kejap lagi author sambung okay.💋

Cinta Pandang PertamaWhere stories live. Discover now