Bab 13 🎉

121 10 0
                                    

  Nazrin tersedar apabila tangan Nazilah bergerak sedikit. Dia tertidur di sisi isterinya setelah sehari Nazilah tidak sedarkan diri.
"Sayang nak air?" Tanya Nazrin lalu Nazilah mengangguk sedikit.
Dia menuang air mineral ke dalam gelas lalu disua ke mulut Nazilah.

"Sayang ok? Ada sakit kat mana2 tak?" Nazilah hanya menggelengkan kepala. Kepalanya pening sedikit,tiba2 dia terasa mual lalu dia berlari ke arah tandas. Nazrin menggosok belakang isterinya itu. Selepas itu Nazilah berjalan perlahan-lahan sambil lengannya dipegang oleh Nazrin. Tidak lama kemudian, seorang doktor perempuan masuk ke dalam wad itu untuk memeriksa keadaan Nazilah.

"Macam mana keadaan isteri saya doktor?" Tanya Nazrin dengan riak kerisauan.
"Isteri awak baik-baik sahaja dan tahniah juga kerana isteri awak mengandung 2 minggu" jawap doktor tersebut sambil tersenyum ke arah Nazilah dan Nazrin.
"Alhamdulillah..terima kasih doktor" ucap Nazrin meraup wajahnya. Dia bersyukur kerana tidak lama lagi dia akan bergelar seorang ayah. Nazrin memeluk isterinya dan mencium pipi Nazilah sekilas.
"Ya sama-sama,saya minta diri dulu" ujar doktor itu lalu dia keluar dari wad Nazilah.
"Alhamdulillah,terima kasih sayang sebab sudi kandungkan zuriat abang. Abang janji akan jaga saya dan baby kita baik-baik" Nazrin memeluk isterinya dengan erat.
"Sama-sama abang..kita akan jaga dan didik baby ni sama-sama" balas Nazilah dengan riak wajah yang gembira sambil membalas pelukan suaminya. Dia berasa sangat bahagia dengan berita itu.
"Ya sayang..i love you" ucap Nazrin lalu mencium dahi Nazilah.
"I love you too abang" balas Nazilah sambil mencium pipi kanan suaminya.
"Abang, apa jadi dengan Sally?" Tanya Nazilah apabila teringat akan perkara yang berlaku kemarin.
"Dia dah kena tangkap dengan Nelly sebab dah bersubahat sama, dah la tak payah nak stress² kesian baby kita nanti"
Ujar Nazrin kepada isterinya.
"Owh yelah bang,sayang nak tidur kejap boleh? Rasa pening pula tiba²" ujar Nazilah lalu membaringkan tubuhnya.
"Yelah,sayang tidurlah. Abang temankan". Balas Nazrin lalu mengusap ubun² isterinya.

🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹

4 bulan kemudian...

"Abang..bangunlah..sayang
teringin nak makan tomyam" Nazilah menggerakkan bahu Nazrin apabila tekaknya teringin nak makan sesuatu. Lalu Nazrin mencelikkan matanya dan memandang wajah monyok isterinya itu. Dia memandang jam di telefonnya sekilas.
"Sekarang pukul 3 pagi la sayang..mana ada restoran tomyam pagi² lagi,esok je la abang carikan ye sayang" Nazrin menguap seketika. Sungguh mengantuk dia waktu itu.
"Sayang nak abang masak..bukan beli kat restoran" Nazilah menayang muka² comel. Kut² berjaya pujuk suaminya.
"Abang mengantuklah sayang..esok je la ekk" lalu Nazrin membaringkan tubuhnya.
"Abang memang tak sayangkan baby dalam perut ni kan,takpe la esok la" Nazilah mengalirkan airmata lalu membaringkan dirinya dan menutup wajahnya menggunakan bantal. Dah nak jadi mak orang pun masih kuat merajuk. Nazrin rasa bersalah lalu bangun dari katil untuk memujuk isterinya.
"Sayang jangan la nangis,abang minta maaf. Ok jom abang masakkan" pujuk Nazrin sambil menarik bantal yang menutupi wajah isteri kesayangannya itu.
"Tak nak la,esok je la" rajuk Nazilah lalu menutup wajahnya kembali.
"Ok kalau sayang tak merajuk dah..abang janji bila kerja abang dah settle semua,kita balik kampung opah" pujuk Nazrin lagi. Berharap isterinya tidak merajuk. Nazilah yang mendengar ucapan Nazrin terus bangun.
"Betul ni? Ok dah tak merajuk dah" ucap Nazilah sambil tersenyum lebar.
"Ye betul..dah jom kita pergi dapur. Abang nak masakkan sayang tomyam" ajak Nazrin lalu bangun dari katil untuk menuju ke dapur.
"Nak dukung" Nazilah menayang muka comelnya kepada Nazrin.
Nazrin berjalan ke arah Nazilah lalu tubuh kecil itu di cempungnya menuju ke dapur.

Selepas sahaja Nazrin memasak tomyam. Dia meletakkan ke dalam mangkuk lalu di letak dihadapan isterinya yang sedang duduk di meja makan.
"Terima kasih abang..maaf kalau susahkan abang masakkan sayang tomyam pagi² lagi" Nazilah menundukkan kepalanya sedikit. Dia berasa bersalah kerana menyusahkan suaminya.
"Sama² sayang..takpe abang tak kesah pun,baby abang juga kan" Nazrin mengusap kepala Nazilah. Rambut diselitkan di tepi telinga isterinya.
"Dah la,makan tomyam tu nanti sejuk pulak" ucap Nazrin sambil menguap sedikit. Rasa kasihan terbit dihati Nazilah.
"Abang taknak makan?" Tanya Nazilah. Nazrin hanya menggelengkan kepala.
"Abang pergilah naik tidur dulu,nanti lepas sayang makan sayang naik" ujar Nazilah sambil tersenyum.
"Takpe abang tunggu,sayang makan la" balas Nazrin sambil memandang isterinya yang makan dengan berselera itu. Nazilah menganggukkan kepala lalu meneruskan makan.

Usai sahaja Nazilah habis makan. Mereka berdua berjalan naik ke bilik tidur mereka. Nazilah baring menghadap ke arah suaminya.
Nazrin pun membaringkan tubuhnya lalu memeluk pinggang isterinya.
"Esok kita pergi rumah Hamida dan Haris,diorang ada buat makan² sikit. Kawan² yang lain pun ada" ujar Nazrin sambil membelai wajah Nazilah.
"Ok abang,dah la jom tidur. Goodnight i love you abang" Nazilah mencium pipi Nazilah sekilas lalu mengeratkan lagi pelukannya.
"Goodnight sayang..i love you too" Nazrin mencium dahi Nazilah lalu melelapkan mata.

***

#ok nanti author smbung,enjoy reading jgn lupa vote😁🌼

Cinta Pandang PertamaWhere stories live. Discover now