Nazrin dan Nazilah bersiap untuk pergi ke rumah Hamida dan suaminya Haris. Nazrin hanya duduk di birai katil dan memandang ke arah isterinya yang sedang duduk di meja solek.
"Haih isteri sape la yang cantik sangat ni" desis Nazrin dalam hati sambil tersenyum kecil memandang isterinya tercintanya yang sedang memakai tudung.
"Dah cantik dah tu sayang..jom la gerak,kang lambat pula nak sampai" ujar Nazrin. Terhibur hatinya melihat gelagat isterinya memasang tudung,kejap lilit ke kanan pastu ke kiri lepastu buka tudung balik. Ni la perempuan kalau dapat bersiap hehe.
"Ok jom abang,dah siap hehehe" jawap Nazilah sambil tertawa kecil. Sedar akan kesilapannya yang lambat bersiap. Tu la tadi dikejutkan awal pagi taknak,kan dah lambat.
"Ok jom" mereka berdua keluar dari bilik dan menuruni anak tangga ke tingkat bawah. Usai mengunci pintu rumah dan tingkap,mereka menerobos masuk ke dalam kereta Nazrin yang diparkir di garaj kereta. Kereta dipandu menuju ke rumah Hamida dan suaminya Haris.🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹
"Assalamualaikum.." ujar Nazilah sambil mengetuk pintu rumah Hamida. Salam disahut dari dalam,lalu muncul suami Hamida iaitu Haris merangkap sahabat baik Nazrin.
"Waalaikumsalam..hah dah sampai pun,jemput la masuk" Haris berjabat tangan lalu memeluk sahabatnya itu.
Mereka bertiga berjalan menuju ke ruang tamu. Kelihatan Hamida,Syukri,Milah,Amir,Anida dan anaknya yang berusia 2 tahun sedang duduk di ruang tamu. Nazilah berpelukan dengan Milah,Adina dan Hamida manakala Nazrin berjabat tangan dengan Amir dan Syukri.
Lalu Nazrin dan Nazilah duduk di sofa berhadapan dengan sahabat-sahabat mereka manakala Haris pula duduk bersebelahan dengan isterinya Hamida."Ok tujuan aku kita berkumpul hari ni sebab aku ada berita gembira nak bagitau dengan korang" ujar Haris sambil tersenyum. Dia memandang isterinya sekilas lalu Hamida menganggukkan kepala.
"My wife pregnant,dah dua minggu" ucap Haris sambil tersenyum lebar. Jelas sinar kegembiraan terpancar di wajahnya.
"Alhamdulillah.." ujar mereka berlima dengan serentak sambil meraup wajah. Mereka sangat gembira mendengar berita itu. Setelah hampir setahun akhirnya Hamida dan Haris telah dikurniakan cahaya mata.
"Aku pun ada berita gembira juga,nak dengar tak?" Tanya Syukri sambil tersenyum kambing.
Dia memandang Milah yang menundukkan kepala sedikit.
"Apa tu? Bagitahu la" ujar Nazrin dan yang lain menganggukkan kepala sambil memandang Syukri,menanti berita yang akan disampaikan.
"Hujung bulan ni aku nak kahwin dengan Milah" ujar Syukri sambil tersenyum gembira.
"Alhamdulillah..akhirnya kahwin jugak kawan kita sorang ni,ingatkan nak membujang sampai ke tua" usik Haris sambil tertawa.
"Mestilah,ingat korang je ke nak ada anak bini,aku pun nak la" marah Syukri lalu memukul bahu Haris.
"Ahaha jangan la marah,gurau je" balas Haris. Amir dan yang lain hanya menggelengkan kepala. Dah nak ada bini pun masih macam perangai budak².
"Dah lah,jom kita pergi makan kat dapur" ujar Hamida lalu mereka semua berjalan menuju ke arah dapur.❇️❇️❇️❇️❇️❇️❇️❇️❇️❇️❇️❇️
Majlis perkahwinan Syukri dan Sharmilah berjalan dengan lancar dan meriah. Terdapat ramai tetamu yang data ke majlis itu.
"Sayang duduk dulu,abang ambil makanan ok" ujar Nazrin menyuruh isterinya duduk sementara dia mengambil makanan. Nazilah hanya mengangguk.
Tidak lama kemudian suaminya muncul sambil membawa dua pinggan dan air mineral dikepit dibawah lengannya.
"Nah makan la" Nazrin meletakkan makanan dan air mineral di atas meja.
Mereka menjamu selera dengan iringi lagu pengantin baru.Usai majlis,mereka minta izin untuk pulang ke rumah kerana Nazilah berasa pening kepala dan sakit badan.
Maklum la dah berbadan dua jadi memang senang sangat pening kepala dan sakit² badan.Setelah Nazilah selesai membersihkan diri,dia duduk di birai katil lalu pinggangnya diurut sedikit untuk melegakan sakit di pinggangnya.
Nazrin yang sudah selesai menyiapkan sedikit kerja pejabatnya di dalam bilik kerja mengorak langkah menuju ke bilik tidur. Kelihatan isterinya sedang duduk di birai mengurut pinggangnya. Terbit rasa kasihan di hatinya lalu dia berjalan menuju ke arah Nazilah.
"Baring sini meh,abang tolong urutkan" Nazrin mengambil tempat di atas katil lalu tubuh isterinya dibaringkan.
"Eh takpe bang,kesian abang penat kerja. Lagipun sayang tak penat mana pun" ujar Nazilah menolak pelawaan Nazrin.
"Takpe abang tak penat pun. Sayang lagi penat kena bawa baby kita yang berat ni dalam perut,pengorbanan abang tak sama dengan pengorbanan sayang macam sekarang ni..dah meh sini"Ujar Nazrin lalu pinggang Nazilah diletakkan minyak angin lalu diurut perlahan.
"Terima kasih abang..sayang terharu sangat. Nazilah sayang abang,love you" tangan Nazrin dikucup sekilas. Lalu sedikit sebanyak matanya mulai kuyu. Kurang sikit sakit badannya.
Lalu dia tertidur kerana kepenatan seharian menolong di majlis perkahwinan Milah dan Syukri.
"Sama² sayang..abang pun sayang sangat dengan Nazilah,love you more.." Ucap Nazrin lalu pipi dan ubun² isterinya dicium. Dia membaringkan tubuhnya menghadap ke arah Nazilah lalu tubuh isterinya dipeluk.Tengah hari itu,Nazrin mengajak isterinya ke rumah orang tuanya.
Sudah lama tidak menjenguk orang tuanya.
Nazilah dan Nazrin menuju ke rumah Tengku Arash dan Tengku Carla.
"Assalamualaikum mama papa"
Nazrin memberi salam sampai ke rumah orang tuanya.
"Waalaikumsalam Naz,Mia..ya Allah rindunya dengan korang berdua,lama tak datang" Tengku Carla menyambut anak menantunya. Nazrin dan Nazilah menyalami tangan Tengku Carla dan dipeluknya tubuh orang tua itu.
"Sorry ma,Naz busy sangat banyak kerja kat pejabat" tubuh Tengku Carla dipeluk lalu mereka berjalan menuju ke ruang tamu.
"Takpe mama faham..Nazilah macam mana, sihat?" Tanya tengku Carla lalu belakang Nazilah diusap perlahan.
"Nazilah ok je mama,cuma kadang² pinggang ni sakit. Nasib baik la abang Naz tolong urutkan" ucap Nazilah sambil tersenyum. Tangan tengku Carla digenggam.
"Bagus la kalau macam tu" ujar tengku Carla sambil membalas senyuman menantunya itu.
"Papa kat mana mama? Dari tadi Naz tak nampak" Tanya Nazrin apabila menyedari kelibat ayahnya tidak kelihatan.
"Papa macam biasa la,ada kat padang golf dengan kawan-kawannya" ujar tengku Nazilah. Nazrin hanya menganggukkan kepalanya.
"Naz bawa la Nazilah rehat kat atas dulu,mama nak tolong Mak Nab kat dapur" suruh tengku Carla lalu dia berjalan menuju ke dapur untuk menolong pembantunya memasak.
"Baiklah mama, jom kita naik ke bilik sayang" ujar Nazrin lalu mereka berdua berjalan menaiki anak tangga untuk ke bilik tidur mereka berdua.***
#Ok done..tak sabar nak habiskan crta ni😁enjoy reading jgn lupa vote ok para readers😘🌼
YOU ARE READING
Cinta Pandang Pertama
Teen Fiction[COMPLETE] Nazilah Armia,gadis yang pendiam dan pandai didalam kelas,anak kepada puan Dalisha dan encik Rahmat. Tengku Nazrin Arman,jejaka yang sangat tampan dan terkenal dengan sikapnya yang dingin,anak kepada Tengku Carla dan Tengku arash yang mer...