Hujung minggu telah tiba,
Nazilah sedang memasak di dapur menggantikan ibunya memandangkan hari ini ayah dan alongnya cuti dan ditambah pula dengan kedatangan abang susuannya ke rumah itu. Pasti meriah sekali suasananya."Assalamualaikum"
Kedengaran seperti ada orang yang memberi salam di hadapan rumah. Lantas encik Rahmat mengorak langkah ke arah pintu depan rumah.
"Waalaikumsalam..ehh Ash jemputlah naik" jawap encik Rahmat kepada tetamu tersebut.
Dia mempelawa semua tetamu itu untuk masuk kedalam rumah.
"Macam ni abang Mat,kedatangan kami ke sini untuk menyunting bunga dalam rumah ni"Tengku Arash menyatakan hasratnya kepada encik Rahmat.
"Owh kalau macam tu kena tanya tuan punya badan dulu. Abang setuju je,jadi jugak kita berbesan..ye dak" ujar encik Rahmat tertawa. Tengku Arash turut tertawa mendengar bicara sahabatnya itu.
"Baiklah kalau macam tu abang Mat.." jawap Tengku Arash sambil tersenyum. Puan Dalisha masuk ke dalam ruang tamu sambil membawa dulang berisi kuih dan air panas.
"Yang,tolong panggilkan anak kita tu" encik Rahmat menyuruh isterinya memanggil anak daranya di dapur. Puan Dalisha mengangguk dan berjalan menuju ke dapur.
Selepas beberapa minit,Nazilah muncul dan berjalan ke arah Tengku Carla dan menyalam tangan orang tua itu.
"Nazilah,hajat kami datang ni nak pinang Nazilah untuk anak kami Naz. Nazilah setuju ke? Tanya tengku Carla kepada bakal menantunya itu.
"Kalau babah saya setuju, saya terima je auntie,uncle" jawap Nazilah memandang ke arah tengku Carla sambil tersenyum.
"Kiranya jadilah ni kita berbesan abang Mat" tanya tengku Arash kepada bakal besannya itu merangkap sahabatnya sejak Universiti lagi.
"Ya macam tu la jawapnya..menjadi juga angan2 kita dulu nak berbesan kan" jawap encik Rahmat membalas senyumannya sahabatnya.
"Jadi bila majlisnya?" Tanya encik Rahmat kepada tengku Arash dan Puan Carla.
"Kalau boleh minggu depan majlisnya,terus nikah je tak payah tunang2..lagipun mereka dah kenal lama dah kan jadi lebih baik kita percepatkan. Abang Mat tak kesah kan?" Tanya Tengku Arash meminta pendapat daripada encik Rahmat.
"Ya abang Mat pun rasa lebih baik macam tu,jadi bila Nazrin balik dari luar negara?"tanya encik Rahmat kembali.
"Dalam minggu depan dia balik sini,dia dah habis study dah sekarang"jawap tengku Arash lagi.
"Owh ok la kalau macam tu,jadi kamu setuju tak angah?" Encik Rahmat bertanya kepada anaknya.
"Angah ok je ayah,uncle"jawap Nazilah sambil tersenyum. Lalu dia meminta izin untuk menyambung kembali kerjanya didapur diikuti Puan Carla."Terima kasih la Nazilah sebab sudi terima anak mama, mama suka sangat dapat bakal menantu macam Nazilah"ucap Puan Carla sambil memeluk Nazilah sebaik sahaja mereka tiba di dapur.
"Sama-sama mama,terima kasih juga sebab terima Nazilah jadi menantu dalam keluarga mama"
Jawap Nazilah membalas pelukan Puan Carla. Puan Dalisha hanya tersenyum memandang mereka berdua. Beruntung Nazilah kerana mendapat bakal mak mertua yang baik seperti sahabatnya semasa mereka di Universiti lagi.🎉🎉🎉🎉🎉🎉🎉🎉🎉🎉
Majlis perkahwinan antara Nazilah Armia dan Tengku Nazrin Arman begitu meriah sekali dengan kehadiran sanak-saudara yang setelah sekian lama tidak berjumpa. Kelihatan ramai orang sedang bergotong-royong untuk menjayakan majlis itu.
Nazilah duduk tersimpuh di sebelah ibunya dan bakal mak mertuanya. Nazrin duduk dihadapan memegang tangan walinya iaitu ayahnya yang tersayang,encik Rahmat.
"Tengku Nazrin Arman bin Tengku Arash"
"Ye saya"
"Aku nikahkan akan dikau dengan anakku Nazilah Armia binti Rahmat berwalikan aku dengan mas kahwinnya seribu ringgit tunai.."
"Aku terima nikahnya Nazilah Armia binti Rahmat dengan mas kahwinnya seribu ringgit tunai"
"Sah"
"Sah"
"Sah"
"Alhamdulillah"
Sekali lafaz sahaja Nazilah telas sah menjadi isteri Nazrin.
Nazilah mengalirkan airmatanya dan menyalami tangan ibu dan mak mertuanya dan memeluk mereka berdua.
Nazrin berdiri lalu berjalan ke arah Nazilah yang masih duduk tersimpuh itu.
"Assalamualaikum" ucap Nazrin sambil menghulurkan tangannya.
"Waalaikumussalam"
Nazilah menyambut huluran tangan itu dan menciumnya sementara Nazrin Mencium ubun-ubun Nazilah.
Fakri Harith mengambil gambar adiknya itu sebagai kenangan.
Aril tidak dapat menghadiri majlis perkahwinan Nazilah kerana ada hal mustahak yang perlu dia selesaikan di luar negara.Nazilah masuk ke dalam bilik selepas selesai majlis. Dia membuka tudungnya dan menukar baju kahwin yang telah dipakainya tadi. Belengas badannya dengan baju itu.
Nazrin turut masuk ke dalam bilik.
Terkejut Nazilah apabila Nazrin muncul dengan tiba2.
Nazrin memandang Nazilah yang hanya berkemban itu.
Nazilah yang perasan pandangan tajam Nazrin segera masuk ke dalam tandas. Nazrin memegang dadanya yang berombak kencang.
Lalu dia pun baring di atas tilam menunggu Nazilah selesai mandi.Nazilah menjengket-jengketkan kakinya dan berjalan menuju ke almari bajunya. Selesai memakai baju dia mengorak langkah ke arah suaminya yang tertidur di atas katilnya.
"Erm awak..bangun la mandi" Nazilah menggerakkan sedikit bahu suaminya itu. Namun Nazrin tidak bergerak. Nazilah malas membangunkan Nazrin lalu dia berura-ura untuk berjalan keluar dari bilik itu. Belum sempat dia berjalan,tangannya ditarik dengan kasar dan terjatuh diatas badan Nazrin. Nazilah tersentak, dup dap dup dap. Jantungnya tiba2 berombak kencang.
"Erm awak lepaslah,saya nak turun bawah ni nak tolong mak"
Ujar Nazilah dengan terketar-ketar suaranya. Dia tidak tahan memandang wajah lelaki itu, confirm hatinya tak tenteram.
Nazrin buat2 tak dengar dengar. Dia mengelus rambut panjang Nazilah dengan jarinya. Setelah puas menatap wajah insan yang dirinduinya itu,dia bangun dan menuju ke arah tandas sambil membawa tualanya.Setelah seminggu mereka dirumah ibu Nazilah. Nazrin meminta izin kepada ibu Nazilah untuk berpindah rumah. Ibu dan ayah Nazilah menyetujuinya. Lebih mudah untuk mereka mempunyai privasi sendiri.
Nazilah melipat kain bajunya dan suaminya itu kedalam beg besar. Tengah hari nanti mereka akan berpindah rumah ke rumah Nazrin."Babah,ibu,along,adik..kami pergi dulu ya" selesai menyalami tangan keluarga isterinya. Nazrin mengangkat begnya dan isterinya masuk kedalam bonet kereta BMW berwarna birunya itu.
"Ibu..babah,angah pergi dulu ya. Halalkan makan minum angah selama ini" Nazilah memeluk dan mencium kedua belah pipi ayah dan ibunya. Selepas itu dia menyalami tangan kedua orang tua kesayangannya.
"Angah jaga diri baik2..jaga makan minum suami,dengar cakap dia kerana syurga angah ada ditelapak kaki suami. Jangan ingkar arahan suami. Ada masa datanglah ke rumah"
Ucap puan Dalisha memberi nasihat lalu memeluk anaknya itu.
"Dengar pesan ibu ya Angah" ujar encik Rahmat kepada anaknya itu.
"Baiklah ibu,babah.." balas Nazilah kepada ibu dan babahnya.
Dia berjalan menuju ke arah alongnya. Tangan alongnya disalam.
"Along jagakan ibu dan babah ya,maafkan angah kalau selama ni angah susahkan along" ucap Nazilah kepada abangnya Fakri Harith.
"Ya angah pun jaga diri dengar cakap suami,pasal ibu dan babah jangan risau along boleh jaga." Jawap Fakri kepada adiknya itu sambil mengusap kepala adiknya yang sudah sah menjadi isteri orang.
"Baiklah along" balasnya lagi.
Nazilah memandang adik bungsunya itu lalu dipeluk dan diciumnya.
"Adik belajar rajin2 tau,dengar cakap ibu" Nazilah memberi nasihat kepada adiknya itu.
"Baiklah angah,jaga diri nanti datang rumah jenguk kitorang tau" ujar adiknya itu sambil menahan airmatanya dari mengalir.
"Oklah kalau macam tu,kami gerak dulu ya ibu,babah,along,adik..nanti sampai sana gelap pula. Ada masa nanti kami datang jenguk" ujar Nazrin kepada ayah Nazilah.
"Baiklah hati2 bawak kereta tu"
Jawap ayah Nazilah.
"InsyaaAllah,kami gerak dulu. Assalamualaikum" ujar Nazrin lalu mereka berdua menerobos masuk ke dalam kereta.
"Waalaikumsalam.." ucap mereka berempat. Mereka memerhatikan kereta anak menantunya itu bergerak keluar dari perkarangan rumah mereka.***
#oky done,nanti author sambung lagi keyy..teruskan membaca dan jangan lupa vote😘😘🎉
YOU ARE READING
Cinta Pandang Pertama
Teen Fiction[COMPLETE] Nazilah Armia,gadis yang pendiam dan pandai didalam kelas,anak kepada puan Dalisha dan encik Rahmat. Tengku Nazrin Arman,jejaka yang sangat tampan dan terkenal dengan sikapnya yang dingin,anak kepada Tengku Carla dan Tengku arash yang mer...