∴ ════ ∴ ❈ ∴ ════ ∴
▶ᴘʟᴀʏ
∴ ════ ∴ ❈ ∴ ════ ∴
Hari ini merupakan hari terakhir rancangan Moonstar Lifes , sebelum rancangan ini diatayangkan , moonstar dan staff moonstar telah membuat perbincangan tentang episod terakhir rancangan ini .
Dan mereka telah bersetuju untuk memberi rehat kepada moonstar pada episod terakhir .
Di mana mereka akan pergi ke sebuah tempat dan mereka bebas membuat apa - apa aktiviti yang mereka minta seperti bermain piano dan sebagainya .
Mereka akan tinggal di sana selama 3 hari 2 malam .
∴ ════ ∴ ❈ ∴ ════ ∴
" Minhae ah , panggil yuha dan seoul makan " arah soomi , minhae berlari menuju ke ruang permainan di mana yuha berada .
Buka sahaja pintu , kelihatan yuha sedang fokus bermain permainan video pada komputer .
" Yuha , soomi unnie panggil makan " ujar minhae lembut , dia menepuk peha yuha perlahan .
" Nae , nanti yuha turun " balasnya tanpa memandang minhae , minhae hnaya menggeleng perlahan . kalau dah main permainan , khusyuk betul .
∴ ════ ∴ ❈ ∴ ════ ∴
Pintu bilik seoul diketuk perlahan , kelihatan seoul yang sedang menonton drama Record Of Youth yang dilakonkan oleh Park Bogum.
Rambutnya dibaluti dengan plastik disebabkan dia ingin mewarnakan rambutnya bewarna hitam disertai dengan hijau dibahagian bawah .
Sesekali dia mewarnakan kuku mengikut kreativitinya . Selalunya seoul akan mewarnakan rambut dan kukunya setiap bulan .
" Seoul , nanti turun makan tau " seoul hanya mengganguk , selepas itu minhae beredar ke ruang makan .
∴ ════ ∴ ❈ ∴ ════ ∴
Selepas sahaja mereka habis makan , soomi masuk ke biliknya untuk menulis lagu , disebabkan dia malu untuk meluahkan perasaannya terhadap moonlights , dia membuat keputusan untuk meluahkan isi hatinya pada lagu .
Soomi menjadi semakin mahir dalam mengarang lagu disebabkan oleh ajaran ahli moonstar .
Beberapa papan kekunci piano ditekan untuk mencari not yang sesuai untuk lagunya .
Soomi mula menyanyi beberapa rangkap yang telah ditulis sambil bermain piano , dia tersenyum riang apabila lagunya telah siap selepas 1 jam .
Soomi merebahkan diri di atas katil , paket gula - gula yang berada di dalam beg dimakan sambil menonton filem sebelum dia terlena dibuai mimpi .
∴ ════ ∴ ❈ ∴ ════ ∴
Minhae menuju ke belakang rumah , di mana beberapa jenis pokok yang dimintanya berada . Minhae mengisi air di dalam bekas sebelum.menyiram pokok - pokok itu sambil menyanyi kecil .
Dia tersenyum riang apabila melihat pokok - pokok itu membesar dengan baik .
" Pandai mak awak jaga pokokkan ? " soal minhae pada patung penguinnya yang berada di atas kerusi .
" kejap eh , nanti saya bawa awak tidur dengan kawan - kawan awak " sambungnya lagi , selepas minhae selesai menyiram pokok , dia membawa patung penguin itu ke dalam bilik .
Patung penguin itu diletakkan di atas katil kecil bersama patung koleksi penguin yang lain .
" Mari kita berehat ~~ "
∴ ════ ∴ ❈ ∴ ════ ∴
Pejam celik pejam celik , hari ini merupakan hari ketiga mereka berada di situ , beg pakaian di letak di hadapan pintu .
Selepas sahaja barang mereka dimasukkan ke dalam kereta , mereka masuk ke dalam perut kereta untuk pulang kerumah .
Beberapa minit kemudian , mereka sampai di rumah , ahli moonstar berdiri di hadapan pintu dan memandang ke arah kamera .
" Terima kasih sebab bersama kami sepanjang 10 episod ini " ujar yuha
" Jumpa lagi , moonlights , saranghaee !! " jerit moonstar serentak sambil membuat bentuk hati .
∴ ════ ∴ ❈ ∴ ════ ∴
YOU ARE READING
❝𝐌.𝐍𝐒𝐓𝐀𝐑❞ ❪✔❫
Fanfic𝖦𝗂𝗋𝗅 𝗀𝗋𝗈𝗎𝗉 𝗎𝗇𝖽𝖾𝗋 𝖲𝖬 𝖤𝗇𝗍𝖾𝗋𝗍𝖺𝗂𝗇𝗆𝖾𝗇𝗍 ❝ ᴡᴇ ɢᴏᴛ ʏᴏᴜʀ ʙᴀᴄᴋ , ʜᴇʟʟᴏ ᴡᴇ ᴀʀᴇ ᴍᴏᴏɴsᴛᴀʀ ! ❞ ━soomi, minhae, yuha, seoul 𝗽𝘂𝗯𝗹𝗶𝘀𝗵𝗲𝗱 𝗼𝗻 : 𝟢𝟫𝟣𝟤𝟣𝟫 𝗲𝗻𝗱𝗲𝗱 : 𝟢𝟫𝟣𝟣𝟤𝟢 𝘀𝘁𝗮𝘁𝘂𝘀 : 𝖼𝗈𝗆𝗉𝗅𝖾𝗍𝖾𝖽 𝗹𝗮𝗻𝗴𝘂�...