Sebelum korang yang baca ni scroll lebih bawah kami nak ingatkan mungkin anda bosan kerana kami berkias dahulu.
Yalah, orang meminang pun nak berkias kitaorang nak 'meminang' hati korang takkan tak boleh kan?
.
.
.
.
.
.
.
.
.Pernah terfikir, selama ini aku menulis apa yang aku dapat?
Kepuasan?
Duit?
Pengaruh?
Sebelum tu, izinkan aku berkias. Aku dah bagi amaran. Hangpa jangan marah aku pulak nahh..
Bagi seorang muslim korang mesti tahu tentang Islam.
Dan dalam konteksnya, mengapakah sasaran kita ialah syurga.
Kerana jika bukan syurga sasaran akhir kita, tidak mustahil neraka persinggahan abadi kelak.
Malas nak ceritakan mengapa sasaran syurga.
Dalam Surah Al-Kahfi Ayat 31
Mereka itulah (orang-orang yang) bagi mereka syurga 'Adn, mengalir sungai-sungai di bawahnya; dalam syurga itu mereka dihiasi dengan gelang emas dan mereka memakai pakaian hijau dari sutera halus dan sutera tebal.
Dan ada pula yang tanya, kenapa tak nak neraka,
Cukuplah diceritakan pada Surah Al-Hajj Ayat 22,
Setiap kali mereka hendak keluar dari neraka lantaran kesengsaraan mereka, nescaya mereka dikembalikan ke dalamnya. (kepada mereka dikatakan): “Rasailah azab yang membakar ini.”
Cukuplah kan...
Berbalik pada tunjangnya,
Dalam nak pergi ke syurga neraka, ada satu kunci lain. Iaitu dalam meraih pahala dan mengurangkan dosa sebanyaknya dan semaksimum waktu atau tempoh sewaktu hidup dan meninggal dunia.
Bagaimana?
Yalah, hobi yang korang duk buat tiga hari tiga malam sampai berpinar biji mata dibuatnya.
MENULIS.
Menulis ni bagus. Terutama dalam Wattpad ni (#bukan iklan berbayar) sebab ramai yang membacanya.
Jikalau adanya manfaat dalam penulisan, maka mendapatlah dia pahala jariyah dimana yang ditakrifkan para ulama' sebagai pahala yang berterusan.
Namun,
Adakalanya kita tidak sedar, tidak mustahil selama ini pahala jariyah itu mungkin bertukar peribadi.
Menjadi apa?
Dosa jariyah.
Inilah yang paling ditakuti seorang mukmin dan orang yang beriman.
Jadi, dalam Coretan Tarbiah Demi Allah adalah satu bentuk Q&A kepada soalan yang terpacul dalam minda kami dan anda dapat menanyakan soalan di bahagian Q&A dan insyaallah kami akan menjawabnya.
Kalau ada sumbernya, kami akan cuba memasukkan sumber dari hadith, nas atau dalil Quran.
Jikalau tidak, diberikan penakrifan para fuqahak dan ulama'.
DALAM MENDALAMI HOBI,
MENGGAPAI REDHA ILAHI.
YOU ARE READING
Coretan Tarbiah Demi Allah [ Q & A ]
RandomDalam menulis ni kita tak sedar ada satu benda sedang masuk pada kita? Perkara ini yang penting bagi seorang mukmin, sama ada dahulu, kini dan selamanya. Mengapa? Kerana padanya terdapat satu metodologi dalam menentukan pengakhiran kita kelak. Itula...