Hukum Membenci Kritikan

21 1 0
                                    

Soalan:

Assalamualaikum tuan,

Saya menulis sebuah cerita di Wattpad dan saya agak terasa dengan kritikan terhadap saya.

Adakah saya berdosa?

Jawapan:

Waalaikumussalam saudara/saudari,

Kritikan boleh membawa pelbagai maksud sama ada kecaman, teguran atau celaan (Kamus Pelajar Edisi Kedua).

Saya akan memandang pada dua persepsi, kerana saya sendiri seorang penulis dan juga pembaca.

Dari persepsi pembaca, pada saya janganlah para pembaca melemparkan kata kata nista dan kesat kepada mereka.

Takut takut nanti pembaca berdosa.

Surah Al-Hujurat Ayat 11,

"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim"

Kritikan boleh menjadi dalam pelbagai aspek sebagai contohnya kritikan membina (teguran).

Maka lebih baiklah jikalau para pembaca menjadikan kritikan membina sebagai satu bentuk kritikan utama berbanding kritikan biadap (kecaman, celaan) dan kritikan hinaan.

Dari persepsi penulis,

Semua orang ada hak kebebasan bersuara dan menjadi tanggungjawab kita menerima ataupun menentangnya.

Wattpad ialah platform terbuka dan tiada menjadi penghalang bagi manusia untuk menyuarakan pendapat mereka.

Jadi, sebagai penulis hendaklah kita menerima dengan hati terbuka kerana itulah cabaran hidupan dunia.

Sedangkan Nabi Muhammad SAW berdakwah di Taif hingga bertakung darah baginda dalam kasutnya.

Apatah lagi, kita hanya menghadap kecaman dan teguran ringkas para pembaca.

Kalau susah sangat dan tidak mahu terasa, jangan buka komen dan terus berkarya tanpa apa orang kata.

Tetapi, tak semua komen itu komen mencela, masih ada komen membina.

Zaman Khulafa' Ar-Rasyidin dibinanya masjlis Syura walaupun mempunyai khalifah tetapi masih menyuarakan pendapat secara bebas mengikut syariee.

KESIMPULAN

Tak berdosa hukumnya terasa hati. Cuma dinasihatkan untuk menerima teguran dengan hati terbuka.

Dan kiranya berdosa pada pembaca yang komen pada tahap tertinggi, tahap menghina dan mencela kerana Allah SWT akan mengkategorikan orang tersebut sebagai fasiq.

Wallahualam


Coretan Tarbiah Demi Allah [ Q & A ]Where stories live. Discover now