Soalan:
Assalamualaikum WBT, tuan ada kata haram menulis tulisan berunsur maksiat.
Bagaimana dengan maksiat pengajaran. Maksudnya dengan watak kita melakukan maksiat itu dapatlah kita beroleh pengajaran darinya.
Mohon pencerahan.
Jawapan:
Waalaikumussalam WBT,
Alhamdulillah,
Sebab saya dah hurai apa itu maksiat, dan kesannya dalam penulisan sebelum ini jadi tak perlulah ulang lagi kan?
Senangnya maksiat ini ialah perkara tidak disukai Allah SWT dan kita mencuba untuk menyoroknya dari pandangan manusia.
Maka apakah pula dengan menulis maksiat dengan pengajaran.
Sebagai contohnya, kerana suka merogol atau menjadi bapa ayam maka dia kemudian dimasukkan kedalam penjara (ibarat gerak khas kan).
Jadi, jawapan saya ialah dibenarkan atau dibolehkan. (harus)
Asalkan niat saudara/saudari berlandaskan pengajaran dan bukan perbuatan yang dia lakukan.
Kalau paling boleh pun tulis pada akhir penulisan, kifarah itu ada.
Setiap perbuatan jahat akan dibalas jahat.
Macam itulah, tambah sebanyak mana kesedaran dalam penulisan.
Tidak mustahil, kamu sendiri mampu mengubah hidup seseorang yang bergelumang dosa.
Bagaimana pula kalau kita biarkan tanpa pengajaran tetapi pembaca merasakan benci pada watak tersebut?
Dekat sini dia dah masuk konteks lain.
Sebab rambut sama hitam, hati lain lain.
Ada orang yang mempunyai persepsi positif dan ada yang negatif.
Yang positif, ialah orang yang membenci watak tersebut dan ditanamkan dalam hatinya supaya tidak berbuat olehnya sedemikian.
Maka,
Pahala kita dapat✅
Pembaca yang positif dapat pahala✅Kenapa, hendaklah setiap mukmin membenci kemungkaran.
Daripada Abu Said Al-Khudri,
Barangsiapa di antara kamu yang melihat kemungkaran, hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya. Apabila dia tidak mampu, maka dengan lisannya. Dan apabila dia tidak mampu lagi, maka dengan hatinya. Sesungguhnya itu adalah selemah-lemah iman." [Riwayat Muslim (78)]
Tetapi, kalau orang itu berpersepsi negatif.
Dia kata kalau aku buat ini dengan teliti, konfem aku terlepas dan tak masuk penjara. Dapat duit lagi, siapa taknak kan.
Maka,
Kita boleh raih pahala dan dosa✅❎
Pembaca yang negatif raih dosa❎Bukan salah kita orang itu berfikiran negatif,
Jadi selagi boleh jauhkan unsur begini. Buat jahat tanpa mendapat kifarah.
Kalau susah jugak takyah buat langsung unsur maksiat.
KESIMPULAN
Hukum menulis 'maksiat' pengajaran ialah harus dan dibolehkan.
Tetapi, adalah ditegah menulis maksiat tanpa pengajaran kerana persepsi orang lain.
Negatif akan kekal negatif.
Positif akan kekal positif.
Wallahualam.
YOU ARE READING
Coretan Tarbiah Demi Allah [ Q & A ]
AcakDalam menulis ni kita tak sedar ada satu benda sedang masuk pada kita? Perkara ini yang penting bagi seorang mukmin, sama ada dahulu, kini dan selamanya. Mengapa? Kerana padanya terdapat satu metodologi dalam menentukan pengakhiran kita kelak. Itula...