Soalan:
Assalamualaikum tuan,
Benarkah inspirasi itu seperti mencuri?
Jawapan:
Waalaikumussalam,
Perkataan inspirasi ditakrifkan sebagai sesuatu yang menggerakkan hati untuk mencipta (Kamus Pelajar Edisi Kedua).
Dalam takrifan karyawan bahasa, inspirasi bermaksud mencipta sesuatu dari sesuatu yang lain dengan mengambil sedikit ciri, komponen atau perkara menarik di dalamnyan
Perkataan mencuri pula bermaksud mengambil kepunyaan orang tidak dengan kebenarannya.
Manakala dalam penakrifan ulama' dan fuqahak, mencuri ialah mengambil hak seseorang secara zahir, jelas atau tersembunyi di mata manusia.
Hak bermaksud kepunyaan mutlak seseorang. Dalam konteks agama, semua benda ialah hak Allah SWT namun diberikan padanya manusia oleh Allah SWT sebagai pinjaman sementara untuk dia merasakan kegembiraan atau keperluan.
Maka semua benda yang disukai dan diperlukan manusia ialah hak, dan semua hak itu ialah kepunyaan manusia.
Mencuri sememangnya haram.
Namun, inspirasi bukan dalam kategori mencuri.
Kerana inspirasi ialah mencipta dengan idea orang lain bukan secara bulat-bulat atau zahir.
Tetapi, adalah jatuh haram jika tukang buat cerita tidak membenarkan sesiapa mengambil karyanya walaupun dalam bentuk inspirasi.
Jikalau mengambilnya juga maka jatuhlah hukum haram pada orang yang mengambilnya.
KESIMPULAN
Boleh mengambil inspirasi dari karya orang lain.
Haram orang tersebut masih mengambil inspirasi jikalau telah diharamkan si pembuat karya.
Wallahualam.
YOU ARE READING
Coretan Tarbiah Demi Allah [ Q & A ]
RandomDalam menulis ni kita tak sedar ada satu benda sedang masuk pada kita? Perkara ini yang penting bagi seorang mukmin, sama ada dahulu, kini dan selamanya. Mengapa? Kerana padanya terdapat satu metodologi dalam menentukan pengakhiran kita kelak. Itula...