Penulisan Yang Bertukar Hukum

17 1 0
                                    

Soalan:

Assalamualaikum tuan,

Bolehkah penulisan itu bertukar hukum dari harus ke hukum yang lain?

Jawapan:

Waalaikumussalam,

Saya hanya boleh menyentuh yang penulisan kita boleh bertukar ke dua keadaan, sama ada harus ke elok dan harus ke haram.

Apakah yang dimaksudkan dari harus ke elok?

Harus ke elok maksudnya penulisan itu dari harus ke penulisan itu elok ditulis.

Sebagai contoh, kita mempunyai ilmu feqah yang mungkin orang lain tidak tahu, mungkin kerana kita berguru dengan Asatizah yang tinggi ilmunya.

Maka, disitu ia bertukar ke elok disampaikan. Sedangkan para rasul itu bersifat tabligh, tidak salah jika kita juga berperilaku sepertinya.

Elok kita sampaikan, bagus kita 'tabligh' kan orang.

Itulah sebaik baik ilmu dan dakwah. Kita juga mendapat pahala darinya.

Dakwah bermaksud mengajak. Dan mengajak manusia keluar dari kegelapan dengan memberi ilmu itu juga dikira dakwah.

Kedua, harus ke haram.

Apabila kita punya penulisan memang sepenuhnya berteraskan nafsu serakah dan kotor.

Jelik, jijik dan penuh adegan kelucahan.

Setiap seorang pembaca mendapat kepadanya 1 dosa. Dan setiap sedetik manusia itu membaca, maka mengalirlah dosa kepada penulisnya.

Maka katakan yang membacanya 120 orang. Pembacaan selama 2 minit jadi 1×120 = 120 dosa (ini ialah kiraan kasar, bukan kiraan di sisi Malaikat Raqib dan 'Atid, boleh ajdi lebih banyak atau sedikit). Jadi 120 dosa kita peroleh dalam 2 minit, kalau pembaca itu membacanya berulang kali, boleh sampai beribu malah berjuta.

Sanggupkah kita memegang dosa sebanyak itu?

Sedangkan teh O panas pun kau tiup, ini ada hati mahu memasuki neraka yang panas membakar.

KESIMPULAN

Hukum menulis itu boleh berubah.

Sama ada ianya kekal harus, elok atau haram. Pilihan semuanya di tangan anda.

Wallahualam


Coretan Tarbiah Demi Allah [ Q & A ]Where stories live. Discover now