Soalan:
Assalamualaikum tuan,
Saya buat cerita 18 tahun ke atas dan saya dah beri larangan jangan tengok kepada yang berumur bawah 18 tahun dan orang yang tidak suka perkara kotor.
Apakah saya berdosa?
Jawapan:
Waalaikumussalam saudara/saudari,
Hendaklah saudari mengetahui skop dosa ialah luas dan pengertiannya adalah satu bentuk pemberian berbentuk hina dan jijik kepada manusia yang melakukan larangan dan tegahan Allah SWT.
Dan dalam konteks dosa, ia tidak tertakhluk pada sesiapa. Waima ulama' tertinggi dunia pun belum maksum. Yang maksum hanyalah Nabi dan Rasul sahaja.
Jadi, saudara/saudari sudah memberi amaran kepada pembaca berumur 18 tahun ke bawah, saya akan membahagikan pada dua aspek.
Pada aspek penulis, saudara/saudari sudah bagus kerana menjalankan tanggungjawab.
Namun, saudara/saudari tidak memberi kerana apa?
Adakah sebab benda itu kotor dan jijik dan sesuai untuk yang berumur 18 tahun sahaja?
Jadi, ini bermaksud saudara/saudari menyukai perkara jijik dan kotor dan menterjemahkannya dalam bentuk penulisan,
Surah Asy-Syams Ayat 10,
"Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya-yang sedia bersih-itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat)"
Dalam sambungan ayat ini, diceritakan tentang kaum Thamud, kaum kufur di zaman Nabi Soleh A.S
Nampaklah bahawa saudara/saudari sama sahaja berperilaku seperti kaum Thamud, sukakan kejahatan dan kejijikan.
Samalah dengan pembacanya yang turut berserta.
Dan bagi kamu ialah dosa jariyah (berterusan) sehinggalah kamu membuang cerita itu atau menukar jalan cerita itu.
Samalah macam penyataan kamu seterusnya,
'...dan tidak suka kepada perkara kotor'
Bermakna saudara/saudari sendiri kotor kerana mengajak kepada berlakunya pemikiran maksiat.
KESIMPULAN
Sama ada orang itu sudah berumur lebih 18 tahun, dosa itu tetap mengalir. Dan selagi dosa itu mengalir pada pembacanya, dosa itu turut mengalir pada penulisnya.
Dan pada pembaca itu mengalirnya satu aliran dosa. Tetapi pada penulisnya mengalirnya beribu aliran dosa, sama dengan jumlah pembaca penulisan lucahnya.
Wallahualam
YOU ARE READING
Coretan Tarbiah Demi Allah [ Q & A ]
RandomDalam menulis ni kita tak sedar ada satu benda sedang masuk pada kita? Perkara ini yang penting bagi seorang mukmin, sama ada dahulu, kini dan selamanya. Mengapa? Kerana padanya terdapat satu metodologi dalam menentukan pengakhiran kita kelak. Itula...